Cara Bancuh Teh Ais, Milo Ais, Nescafe Ais & Kopi Ais Yang Kaw Lagi Sedap. Nak Tambah Feel Boleh Ikat Tepi

Menarik dan nampak sedap betul tengok gambar-gambar air perkongsian Miz Juejue ni, siap ikat tepi lagi. Baru feel nak minum katanya. Sebiji macam kita order air kat kedai mamak dan lain-lain. Setiap air pula ada dikongsikan resepi. Nampak sedap dan memikat kan..

Mari kita ikuti perkongsian dibawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Teh Tarik Dah Biasa, Boleh Cuba Teh Pakistan Pulak. Kaww, Wangi Lemak, & Manis-Manis Buah.

RESEPI NESCAFE AIS, MILO AIS, KOPI AIS & TEH AIS KAW LAGI SEDAPPPP

Walaupun dok rumah, air tetap bungkus ikat tepi ahhaha.. Ni la kegembiraan saya sebagai suri rumah. Mana satu pilihan anda semua??

RESEPI NESCAFE AIS KAW

  • Nescafe 3 sudu kecil
  • Susu pekat ikot tekak nak manis mana
  • Air setengah gelas,jangan banyak nanti air tak kaw

CARA MEMBUAT :

  1. Kacau-kacau lama-lama, masukan ais dalam plastik
  2. Tuang nescafe..
  3. Ikat letak strawww da siap boleh minum daa

Boleh jugak letak susu cair…Kalau tak nak pun takpa

IKLAN : Selain Nescafe anda boleh cuba Coffee brand ni, memang padu rasanya 👉🏻 Moccona Coffee

RESEPI MILO AIS KAW

  • Milo 4 sudu besar
  • Susu pekat ikot tekak nak manis mana
  • Air setengah gelas, jangna banyak nanti air tak kaw

CARA MEMBUAT :

  1. Kacau-kacau lama-lama, masukan ais dalam plastik
  2. Tuang nescafe..
  3. Ikat letak strawww da siap boleh minum daa

Boleh juga letak susu cair atau fresh milk..
Nanti ada la rasa ala-ala air kotak.

Dan lagi 1 kalau nak buat neslo just tambah 2 sudu kecil nescafe
Milo kurangkan jadi 3 sudu

RESEPI KOPI AIS KAW

  1. Rendam 2@3 sudu serbuk kopi
  2. Biar sampai nampak pekat..
  3. Tapis air kopi..
  4. Susu ikot nak manis mana
  5. Kalau terlampau pekat boleh tambah air suam..

Masukan ais dalam plastik dan tuang kopi ikat tepi letak straw …

Boleh tambah susu cair kalau suka..

RESEPI TEH AIS KAW

  • 3 cawan air
  • 3-4 sudu serbuk teh
  • Susu pekat ikot tekak nak manis mana
  • 3/4 sudu susu cair
  • Secubit garam

CARA MEMBUAT :

  1. Rebus 3 cawan air dalam periuk sampai mendidih,
  2. Letak 3@4 sudu serbuk Teh, tak kisah teh apa pun, biar mengelegak seminit dua, lepas tu tutup api, tapis teh
  3. Saya guna tapis putih yang selalu kedai makan guna tu.
  4. Masokkan susu pekat agak-agak nak manis mana.
  5. Susu cair 3/4 sudu, nak lemak-lemak lebihkn lagi.
  6. Garam cubit ujung-ujung je(tak letak pun takpa)
  7. Garam untuk lemakkan lagi teh ais.
  8. Boleh dah letak ais..
  9. Da siapppppp

IKLAN : Rahsia teh ais kedai mek tomyam atau mamak kaw, pekat dan wangi. Guna teh ni rupanya 👉🏻 Teh Merah Thai Original

Maaflah kalau tak faham. Saya buat selalu agak-agak ja. Teh tu kalau tak nak rebus rendam dengan air betul-betul panas pun takpa.. Rendam smpai air teh tu da suam sikit… Saya klaau rajin je saya rebus, kalau malas saya rendam

Sumber/Foto : Miz Juejue

Related articles