Sedapnya kuih tepung gomak, Teksturnya yang lembut, sedikit kenyal dan manis intinya buat rasa tidak jemu menikmati kuih tradisional ni. Makan sekeping pun tak rasa puas
Di sesetengah tempat sangat susah nak jumpa orang jual kuih ini. Jika teringin anda boleh buat sendiri. Bahan dan cara penyediaanya pun ringkas dan mudah.
Berbeza dari resepi yang lain, resepi perkongsian Puan Rozita Daud ini menggunakan keledek oren dalam adunan dohnya. Biasanya resepi lain menggunakan tepoung beras sahaja. Patutlah lebih enak. Jom cuba resepi mudah ni. Anda pasti sukakan rasanya.
ARTIKEL PILHAN : Resepi Kuih Bakar Super Simple, Hanya Bakar Guna Air Fryer Sahaja!
RESEPI KUIH TEPUNG GOMAK PANDAN
Resipi kuih tepung gomak vs pandan, kalau yang suka kenyal tak perlu letak keledik. Tapi saya suka lembut kenyai-kenyal gitu
BAHAH INTI:
- 1 biji kelapa muda – ambik bahagian putih sahaja
- 2 senduk gula merah (*)
- Sedikit gula pasir (*)
BAHAN DOH:
- 1 biji keledek oren – buang kulit dan rebus
- 1 sudu teh garam
- 1/2 bungkus tepung pulut
- Sedikit perasa pandan
BAHAN SALUT:
- Tepung beras secukupnya – sangai sekejap
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat inti kelapa, masukkan bahan yang bertanda (*) ke dalam kuali dan letak sedikit air. Masak sehingga gula merah cair barulah masukkan kelapa putih. Kacau sampai kering sedikit kemduian tutup api. Biar sejuk
2. Untuk doh pula, rebus keledek hingga empuk kemudian kisar seketika. Tuang dalam bekas bersesuaian.
3. Dalam bekas berisi keledek tadi masukkan perasa pandan dan juga tepung pulut sedikit demi sedikit. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
4. Untuk salutan pula, sangai sekejap tepung beras di dalam kuali. Sejukkan.
5. Ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan tekan ke dalam. Letak inti kelapa yang telah disejukkan dengan secukupnya kemudian bulatkan kembali.
6. Masukkan ke dalam periuk berisi air panas. Ulang hingga doh habis.
7. Masak doh seperti memasak Buah Melaka. Biar hingga ia terapung sendiri.
8. Angkat dan tokan sekejap kemudian barulah letak dalam kuali berisi tepung beras. Gaul rata dan biar kuih sejuk sedikit.
9. Bila sudah sejuk, baru tekan kuih supaya jadi leper sebegini.
10. Kuih Tepung Gomak Pandan sedia untuk dinikmati.
Selamat Mencuba!
Sumber/Foto : Rozita Daud via RASA
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku