Bulat Elok & Tak Berminyak! Ini Cara Buat Cucur Ikan Bilis Yang Rangup Diluar & Lembut Di Dalam

Cucur ikan bilis antara hidangan ringkas yang kebiasaanya dijadikan santapan untuk sarapan ataupun minum petang. Teksturnya yang garing diluar dan lembut di dalam membuatkan ia sangat sedap dimakan begitu sahaja ataupun di makan bersama sambal/sos.

Resipi perkongisan Mas Cotek ini bukan sahaja sedap dan cantik kejadiaanya malah cucur yang di masak tidak berminyak. Menu yang sangat sesuai dihidangkan kepada ahli keluarga di hujung minggu seperti ini.

Jika anda ingin cuba membuatnya boleh ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Bancuh Tepung Guna Cara Ini, Barulah Dapat Cucur Kucai Yang Sedap. Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam!

CUCUR IKAN BILIS (Oleh Mas Cotek)

Cucur Ikan Bilis.. ok ni last.. hambek.. bolat-bolat mata kome pagi ni ye… opah lalu lalang je dari td.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 1 biji cili merah dicincang
  • 1/2 cwn ikan bilis ditumbuk kasar
  • 1/2 sdt maggie cukup rasa
  • Sedikit daun bawang/ daun sup dihiris halus
  • Garam secukupnya
  • 2 cwn air panas

CARA-CARANYA :

1. Satukan semua bahan-bahan kecuali air panas. Sebatikan.

2. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air panas. Dengan menggunakan senduk gaul sebati /jadikan doh.

3. Ketepikan dan sejukkan doh.

4. Sapu tapak tangan dengan sedikit minyak, bulat-bulat kan doh.

5. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak/garing.

6. Angkat dan toskan

Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto :Mas Cotek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles