IB-LIS ialah musuh yang nyata bagi manusia kerana ia bersumpah di hadapan Allah SWT selepas mendapat kemur-kaan besar kerana angkuh dan enggan bersujud kepada Nabi Adam Alaihis Salaam.
Ib-lis dalam sumpahnya itu, berjanji akan menghasut dan menyesatkan umat manusia hingga Hari Kiamat, sekali gus bersama-sama dengannya dalam nera-ka kelak.
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ﴿١٦﴾ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ
Ib-lis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku terse-sat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, daripada hadapan mereka serta daripada belakang mereka, dan daripada kanan mereka serta daripada kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”
Begitulah dialog antara Ib-lis yang akan berjanji akan menghasut dan menyesatkan manusia. Di akhir zaman ini terlalu banyak godaan yang harus ditempuhi.
*************
Jika kita lihat contohnya, berapa lama masa yang nak diambil oleh jiin,syai-tan, ib-lis untuk merosakkan seorang wanita yang baik akhirnya melakukan zi-na (wal ‘iyadzubillah)
Wanita yang baik, asalnya tak berhubung, tak kenal mana-mana lelaki.
Tetapi mula dia ada whatsapp, mula dia ada facebook. Pada awalnya dia tak update pun muka dia (gambar). Tapi lama-lama kawan tag dia.. muka dia naik. Dah mula mula orang tag, lama lama dia sendiri upload.
Dah lama pun ada lelaki masuk PM (private massage) dengan lafaz yang mulia..
“…Bismillahirrahmanirrahim”.. Assalamualaikum wbt, saya ingin berkongsi satu sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam..”
Dapat massage macam ni cair tak? Cair… padahal dia (lelaki) copy paste je..
“.. Sekiranya diizinkan Allah dan Rasulullah.. dan diredhai oleh Allah, saya berhasrat untuk berkenal dengan enti.. Tidak lain tidak bukan untuk sama-sama mencari redha Allah..”
Nak bagi tahu, sudah ramai remaja-remaja kita tertipu dengan kalimah-kalimah islamik seperti ini, lalu akhirnya berakhir dengan zi-na
Berakhir dengan zi-na. Ramai yang buat pengakuan dengan saya.. ramai.. tegas Ustazah Asma Harun
Sebab rasa masyaAllah, ini cinta Lillah ni.. Till Jannah. Kemudian gini gini dia pun sambung lagi, esok lusa sambung lagi ayat ayat ni..
“.. manakan boleh kalau kita nak cari redha Allah tanpa kita tak taaruf…”
Saling berkenalan la pulak, mula mula serius.. lepas tu dah tukar emoji. Mula mula senyum, kemudian dan ada mata love love la pulak. Tipu Daya
Lama lama ternanti nanti.. alamak kenapa mesej dia tak masuk masuk. Kenapa ni? Berdoa pada Allah..
“Ya Allah, sampaikanlah rinduku padanya Ya Allah..
Lepas tu kebetulan naik (terima masej) kebetulan pulak.. Ya Allah mungkin ini jodohku.. begitulah seterusnya.. Ya Allah, cantiknya awak, saya tak pernah lihat wanita secantik awak.. Lama lama sampai peringkat dating, sampai peringkat pegang tangan dan sebagainya.
Ketahulilah usaha keras Ib-lis dan syai-tan selama bertahun dan berbulan ini hanya boleh dihancurkan dengan sekelip mata dengan 2 amalan ini.
PERTAMA : Taubat Dan Istighfar
Wanita tadi yang dijaga, yang baik tadi. Yang dijaga oleh kedua ibubapanya yang akhirnya melakukan zi-na, syai-tan pun horeyy berjaya. Berjaya mengalahkan. Berjaya menghancurkan. Dua orang ni, lelaki dan perempuan ni.
Lalu, perempuan ini rasa bersalah, rasa berdo-sa.. malam itu dia bangun malam lalu dia bertaubat nasuha dengan Allah. Terus dia putuskan berhubung dengan lelaki itu, semua dia block, dia tahu dia buat salah usaha keras Ib-lis dan syai-tan selama bertahun dan berbulan ini hanya boleh dihancurkan dengan sekelip mata dengan taubat dan istighfar
KEDUA : Minta/Mohon Maaf
Contohnya, syai-tan buat berga-duh suami isteri. Syai-tan buat panas, salah suami kecik sahaja, tapi si isteri bebel bebel sampai bingit telinga suami padahal pasal stokin sahaja. Suami pun tengah panas hati, lapar pula tu.. suami pun dah ge-ram.. pangggg sekali.. Sampai boleh berga-duh besar.
Jadi syai-tan horey horey.. gembira lah dia.. tetapi tiba-tiba kedua duanya saling bermaaafan.
“.. bang saya minta maaf ye bang.. yela saya pun minta maaf juga.. sodap tak kena penampo tadi.. saya pun minta maaf..”
Sama-sama minta maaf, MasyaAllah..
Syai-tan pun kece-wa.. Susah payah buat diaorang berga-duh dengan minta maaf habis usaha syai-tan.
Maksudnya 2 perkara yang boleh mengece-wakan syai-tan. Jadi semalam ada tak kita kece-wakan syai-tan? Dan sentiasalah kita setiap hari berusaha kece-wakan syai-tan.
Dengan 2 cara:
- Taubat (Do-sa kita dengan Allah)
- Maaf (Do-sa kita sesama manusia)
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk