Buat Sendiri Sos Keropok Lekor, Resipi Original Dari Terengganu

Bila makan keropok lekor, celup tepung, atau popia mesti digandingkan dengan sos pencicah. Tapi nak jumpa sos pencicah yang kena dengan tekak dan selera sendiri, memang sukar.

Rupanya nak membuatnya tak susah mana, anda sendiri boleh membuatnya dirumah. Boleh buat banyak dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan boleh terus guna, tak perlulah makan dengan sos biasa kan.

Mari ikuti perkongsian resepi oleh Ayda Sallehudin di bawah ini.

BACA JUGA: Cara Buat Sos Cili Homemade Yang Sedap. Hanya RM5 Kosnya, Dapat 3 Botol!

RESEPI SOS KEROPOK LEKOR

Anak-anak kalau nak makan kerepok mesti nak sos keropok lekor. Kalau beli sebotol, sekali hadap jer. Malam ni buat sendiri. Lepas makan nasi sambung makan keropok plak.

BAHAN-BAHAN:

  • 800 gram cili kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil minyak
  • 2 cawan gula pasir (boleh lebihkan jika suka manis)
  • 1/2 cawan cuka makan
  • 1 cawan air (lebihkan jika suka sos cair)
  • Seketul gula melaka saiz sederhana

CARA PENYEDIAAN:

1. Tumis bawang putih yang sudah dicincang dengan 1 sudu kecik minyak masak. Tumis sehingga bawang putih menjadi kekuningan.

2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain iaitu cili kisar, gula pasir, cuka makan, air dan gula melaka.

3. Masak menggunakan api perlahan sehingga sos menjadi pekat dan bertukar kepada warna sedikit gelap.

4. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam botol. Selamat mencuba!

sos keropok lekor

Sumber/Foto: Ayda Sallehudin

Related articles