Telur dadar Thai atau ada yang memanggilnya Thai Omelette viral dalam kalangan masyarakat.
Viral dek kerana ada peniaga yang menjualnya seharga RM13 untuk hidangan ini.
Berbeza dengan telur dadar yang selalu kita makan, Thai Omelette ini ada penambahan bahan-bahan dan juga perasa yang biasa didapati di Thailand. Makan pula panas-panas, lagilah enak!
Kami kongsikan satu resipi mudah, gebu dan pasti jadi yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Rozmaliza Omar.
Mari ikuti resipi yang telah dikongsikan oleh beliau di bawah.
BACA JUGA : Cara Buat Telur Dadar Crispy Di Luar, Gebu Di Dalam. Tambah 1 Sudu 2 Bahan Ini.
RESEPI THAI OMELETTE
BAHAN-BAHAN
- 3 biji telur A
- 7 ekor udang cuci bersih
- Segenggam daun thai basil*
- Daun bawang*
- Cili padi hijau*
- Cili padi merah*
- Bawang rose hiris
- Sos ikan brand Tiparos
- Garam (empunya resipi tak letak)
- 2 jenis serbuk perasa (guna yang ada jenama)
- Gula perang (bukan gula putih)
CARA PENYEDIAAN :
1. Hiris semua bahan bertanda (*). Masukkan ke dalam telur dan campur semua bahan lain. Pukul sehingga rata dan sebati.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Wajib guna minyak yang baru bagi setiap omelette. (Goreng guna minyak panas dan banyak)
3. Bila dah siap goreng, angkat dan letak ke dalam pinggan. Hiaskan dengan taugeh.
4. Sedap jika dimakan dengan sos Prik Nam Pla. Mari ikuti resipi di bawah.
RESEPI PRIK NAM PLA
BAHAN-BAHAN :
- Bawang putih 5 ulas
- Cili
- Sos ikan
- Sos golden mountain
- Jus asam limau (jangan guna yang botol)
- Gula thai/gula somatan 1 sudu
CARA PENYEDIAAN :
1. Cincang bawang putih dan cili mengikut tahap kepedasan yang disukai. Letakkan di dalam mangkuk.
2. Kemudian, tuangkan sos ikan sehingga tenggelam bahan cincang. Letakkan juga sedikit sos golden mountain.
3. Perah asam limau dan masukkan gula thai atau gula somtam. Kacau rata dan siap!
Sumber/Foto : Rozmaliza Omar