Tauhu Telur atau Tauhu Jepun mungkin bukan kegemaran semua orang, namun bagi peminatnya ia merupakan satu jauhdah yang sangat menyelerakan. Macam-macam menu boleh dimasak menggunakan bahan ini. Boleh dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap.
MUDAH BERSIH DAN DIJAMIN HALAL, INI CARA BUAT TAUHU TELUR HOMEMADE
Kebiasaanya tauhu telur mudah didapati, boleh dibeli dipasaraya berdekatan, namun ia juga sangat mudah disediakan didapur anda. Caranya cukup mudah dan bahan yang digunakan pun sedikit sahaja. Malah rasanya juga lebih sedap dan bersih serta dijamin halal. Nak makan pun senang hati. Puan Zaimah Zakaria ada berkongsikan cara-caranya di bawah, jom cuba!
BAHAN – BAHAN :
- 5 biji telur gred A
- 225 ml air soya
- 1/2 sudu kecil garam
- Plastik aiskrim
- tauhu telur homemade
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan garam.
2. Kemudian tuangkan air soya dan kacau sebati.
3. Kemudian tapiskan ke dalam mangkuk lain untuk mengasingkan buih-buihnya.
4. Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat kemas.
5. Panaskan air dalam periuk, jangan sampai mendidih.
6. Masukkan tauhu tadi, masak selama 30 minit menggunakan api perlahan.
7. Bila dah bertukar warna, tandanya dah masak. Angkat tauhu dan sejukkan.
8. Sejukkan dulu baru sedia untuk dipotong.
9. Bila hendak digoreng, tabur dan salut kepingan tauhu dengan sedikit tepung jagung.
10. Goreng dalam minyak sehingga keperangan.
11. Sedia untuk dimasak dan digunakan dalam pelbagai jenis hidangan.
Selamat mencuba!
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysiaku
Sumber/Foto : Zaimah Zakaria via MyResepi