Buat Satu Amalan Mulia Ini Banyak Masalah Kita Akan Setel

Di dalam satu habis disebutkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam al-Gharaib al-Multaqitah Min Musnad al-Firdaus menyatakan ada 3 perkara yang melihat sahaja pun dikira ibadah, iaitu mendapat pahala. Salāh satunya adalah

‎وَالنَّظَرُ إِلَى وَجْهِ الْوَالِدَينِ عِبَادَةٌ

melihat kepada wajah kedua ibu bapa adalah ibadah

ADVERTISEMENT

Tengok muka mak ayah sahaja dah dapat pahala, kita tengok mak ayah,

“..kita tengok layan dia berborak, dalam hati orang tua ni bila nak tido ni..”

Contoh la kan.. dia tanya sepatah sepatah, tengok sahaja dapat pahala. Sejam layan mak ayah. Tengok, tengok muka dia. Pahala, pahala, pahala

Janganlah kita rasa itu satu benda yang merugīkan.

ADVERTISEMENT

Ramai mana anak-anak yang akan balik beraya.. itu tak hairan. Tapi yang luar biasa bila ada anak-anak sanggup balik bulan Ramadhan.

Bang jom minggu ni kita balik kampung ..’ uihh bukan dekat, kedah tu, terengganu tu..

ADVERTISEMENT

Takpe bang, sepanjang perjalanan dicatat pahala.

Sebab apa?

Sebab pulang ke rumah orang tua, tak sīa-sīa. Kalau balik berlaku apa-apa yang burūk … Ya Allah, matī dalam keadaan syahīd.

Sebab apa Nabi صلى الله عليه وسلم sebut bila ditanya oleh para sahabat رضي الله عنه , apakah amalan yang paling utama?

Nabi صلى الله عليه وسلم sebut ada 3 perkara

أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ ‏”‏ الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا ‏”‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىُّ قَالَ ‏”‏ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ ‏”‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىّ قَالَ ‏”‏ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ‏”‏

Maksudnya: Apakah amalan yang paling dicintai disisi Allah سبحانه و تعالى‎? Nabi menjawab “Solat pada waktunya”. Dia (perawi) bertanya lagi kemudian apa, jawab Baginda “berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Dia bertanya lagi kemudian apa, jawab Baginda “Jīhad pada jalan Allah سبحانه و تعالى‎”. (Sahih al-Bukhari : 5970)

Nak kata seolahnya level 3 amalan ni sama level ni. Apa dia?

Yang pertama tadi solat di awal waktu. Susah ke senang nak solat di awal waktu?

Payah, memang payah.

Kalau meeting 2.30 boleh. 10 minit awal dah sampai. Orang puji, ‘oi bagus la engkau tepati waktu..’ ‘tengok la sape…’

Tapi solat masuk 1.20 misalnya mungkin pukul 2.00 baru solat. Kalau orang cakap pukul 2.00 lewatnya.. ‘eh awal lagi apa?’

Pergi meeting kalau 10 minit masuk lambat, kita kata lambat. Betul tak?

Kita masuk krikk, krikk, senyap je. Kalau boleh nak kecikkan badan supaya orang tak perasan. meeting pukul 2.30 , kita masuk 2.40 kita kata lambat.

Tapi masuk zuhur 1.20 kalau solat 1.30.. orang cakap, ‘eh lambatnya..’ ‘eh, apa lambatnya baru 10 minit..’

Tak rasa lambat. Temujanji dengan Allah kita tak rasa lambat. Tapi temujanji dengan manusia kita akan berkira-kira. Betul tak?

Jadi nak sebutnya solat diawal waktu, jīhad di jalan Allah kemudian berbakti kepada orang tua berada di kedudukan yang hampir sama. MasyaAllah

Sebab itu kalau kita ingat-ingatkan saat indah masa kita kecik apa?

Saat kita sahur bersama mak dan ayah, saat kita berbuka puasa dengan mak ayah. Betul tak?

Ya Allah سبحانه و تعالى‎, kembalikan kenangan yang indah itu.

Bulan ramdhan balik la sekali walaupun jauh. SubhanaAllah, lihatlah apa selepas itu berlaku.

Banyak masalah kita akan setel. Barakah kita gembirakan hati ibu ayah. SubhanaAllah itu tidak akan ternilai dengan apa pun. Sampai anak ni diingat, sampai mak kita sebut nama kita dalam doa. MasyaAllah.

Pernah satu kali kan Saidina Umar رضي الله عنه duduk seorang lelaki sedang tawaf keliling kaabah sambil dukung maknya. 7 kali pusing tak letak pun mak dia. Berdiri gendong.

Lepas dia nampak Saidina Umar رضي الله عنه, dia pun jumpa Saidina Umar رضي الله عنه,

‘Wahai Umar, adakah dengan perbuatan aku ini, aku telah membalas jasa ibuku?’

Lalu Saidina Umar رضي الله عنه berkata,

Kalau pun kamu melakukan hal ini seumur hidup kamu (gendong ibu)

Sebab lelaki ini menyatakan,

‘Wahai Umar, aku tidak pernah meletakkan ibuku melainkan melainkan 3 masa, waktu aku rehat (tidur) , waktu aku qada’ hajat dan ketika aku melakukan solat.

Waktu lain aku akan belaī ibuku, aku rība ibuku, beri ibuku makan, semuanya..

Tetap Saidina Umar رضي الله عنه berkata,

‘Walaupun engkau melakukan ini sepanjang hidup kamu, kamu tidak akan mampu membālas jasa ibu kamu, yang melahīrkan kamu sekadar kata-kata ah ( ketika menāhan kesakītan bersalīn)

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles