Buat Mee Rebus Cara Orang Johor. Kuah Wajib Pekat & Ada Tepung Goreng Rangup Baru Sedap

Mee rebus antara hidangan popular di Johor. Ini kerana rasanya yang amat lazat. Kalau singgah ke Johor tak lengkap jika tidak rasai kelazatan mee rebusnya.

Kini, anda boleh dapatkan resepi mee rebus Johor dan menyediakannya sendiri.

Resepi perkongsian Emee Sham ini boleh anda jadikan panduan untuk menghasilakan mee rebus Johor yang sedap. Menurutnya resepi ini beliau berguru dengan orang Johor.

ADVERTISEMENT

Mari ikuti perkongsian di bawah ini.

BACA JUGA : Resepi Mee Jawa Yang Sedap, Memang Puas Hati. Banyak Kali Masak Guna Resepi Ni!

RESEPI MEE REBUS JOHOR

Lama nau tak kena mee rebus. Dulu nak kick makan kat muor, jadi kita buat sendiri. Ni pon berguru dengan orang Johor. Gerek sehhhhh, kata mak andeh kita. Jempot makan semua.

mee rebus johor

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • 1 peket mee kuning dicelur
  • 4 biji keledek,direbus dan dikisar.
  • 1 cawan tauchu,dicuci dan dikisar.
  • 6 ulas bawang putih,dikisar.
  • 3 biji bawang merah,dikisar
  • 1 inci halia,dikisar.
  • 3 batang serai,dititik.
  • 1 inci lengkuas,dititik.
  • 5 sudu makan rempah kari daging.
  • Udang kering
  • Udang basah kopek kulit – dikisar
  • Garam, gula secukupnya minyak untuk menumis.

BAHAN TABURAN :

  • Tepung beras dan gandum
  • Serbuk kunyit.
  • Garam.
  • Air secukupnya.
  • Bawang Besar didadu
  • Daun bwg racik halus
  • Minyak untuk menggoreng.

BAHAN HIASAN :

  • Tahu yang digoreng – dipotong kecil.
  • Daun sup – dimayang.
  • Bawang goreng.
  • Telur rebus – dibelah dua.
  • Lada hijau – dipotong bulat.
  • Taugeh – Dicelur.
  • Limau nipis – dibelah dua.

CARA PENYEDIAAN :

Cara Untuk Tepung Rangup

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  2. Cara menggoreng ada teknik sikit.
  3. Tuang tepung guna senduk Ditepi Kuali..sprti buat rempeyek
  4. Angkat dan toskan.
  5. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

mee rebus johor

Cara Untuk Kuah

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  3. Kemudian tumis bawang putih,bawang merah,halia dan udang kering dan udang basah yang telah dikisar hingga naik bau.
  4. Masukkan rampah kari kacau rata,
  5. Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar
    (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
  6. Masukkan garam dan gula

Siap dihidangkan.

ADVERTISEMENT

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Emee Sham

ADVERTISEMENT

Related articles