Buat Mereka Yang Berhalangan Melakukan Solat Tarawih & Ingin Meraih Pahala Qiyam

Antara keistimewaan Ramadan, Allah سبحانه و تعالى menggandakan pahala orang berpuasa melebihi amalan-amalan lain dan kadar pahalanya hanya diketahui oleh-Nya.

Selain itu Solat tarawih merupakan suatu solat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya hanya di dalam bulan Ramadhan sahaja.

Ganjaran melakukannya adalah sangat besar, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah رضي الله عنه beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya : Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosā-dosā yang terdahulu. (Riwayat Al-Bukhari no. 37)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa perbuatan qiyam Ramadhan yang meliputi solat tarawih, pembacaan al-Quran, zikir dan doa, serta selainnya daripada ibadah yang dilakukan pada malam hari bulan Ramadan, sekiranya ia dilakukan dengan penuh keimanan akan pensyariatannya serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah سبحانه و تعالى, nescaya pelakunya akan diampunkan dosā-dosā kecilnya yang terdahulu.

Imam Al-Nawawi di dalam kitab beliau Syarah Al-Nawawi ‘Ala Muslim (6/377) mengatakan : ‘’Qiyam Ramadhan adalah solat tarawih’’.

Menjadi kerugiān kepada mereka yang mengambil sikap bersahaja, tidak menghargai peluang untuk bertaubat, mendapat keampunan dan menggandakan ganjaran pahala yang dijanjikan.

BUAT MEREKA YANG BERHALANGAN MELAKUKAN SOLAT TARAWIH UNTUK MERAIH PAHALA QIYAM

Namun, bagi mereka-meraka yang berhalangan melakukan solat tarawih kerana tuntutan kerja dan mencari nafkah, ada cara lain yang boleh dilakukan untuk meraih pahala qiyam Ramadan. Paling kurang ialah solat dua rakaat sebelum sahur.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Siapa yang melakukan qiyam Ramadan kerana iman (percaya dengan janji Allah) dan ikhlas (hanya kerana Allah), akan diampunkan semua dosānya yang terdahulu.” (al-Bukhari dan Muslim).

Imam Wali al-Din al-‘Iraqi berkata: “Maksud qiyam Ramadan di sini bukan melakukan solat semalam penuh. Qiyam Ramadan boleh terhasil dengan melakukan solat pada sedikit masa di waktu malam seperti mutlak tahajud, solat tarawih bersama imam, atau solat isyak dan subuh berjemaah.” (Tarh al-Tathrib)

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles