Buat Dry Chilli Pan Mee Ikuti Resepi Ni, Memang Sedap. Restaurant Kopitiam Pun Tak Leh Lawan!

Malaysia bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian masyarakat malah juga terkenal dengan kepelbagaian menu masakan yang lazat. Antaranya Dry Chilli Pan Mee ni.

Mungkin anda tak pernah dengar atau rasa masakan ini. Agak susah juga nak jumpa kerana sesetengah tempat je ada, kebanyakannye kopitiam style restaurant dan foodcourt tapi tak semua foodcourt ada penjual pan mee ni.

Jika anda ingin merasi kelazatan dan kesedapan Dry Chilli Pan Mee, anda boleh masak sendiri dirumah. Mudah dan ringkas sahaja. bahan-bahan pun mudah dapat dan tak mahal. Buat sendiri mesti sedap dan puas hati. Ikut sahaja resepi perkongsian Wan LuQman ini. Gerenti sedap dan menjadi.

Jom ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Mee Kari Style Chinese Ipoh. Ringkas Je Bahannya Tapi Sedapnya Lain Macam

RESEPI DRY CHILLI PAN MEE, CONFRIM SEDAP!

Tanya orang rumah kander dia pernah makan pan mee ke tak. Dia tak pernah…sedehhh hehe. Baik, jomlah saya masak untuk awak.

Menu pan mee ni susah jugak nak jumpa. Sesetengah tempat je ada, kebanyakannye kopitiam style restaurant dan foodcourt tapi tak semua foodcourt ada penjual pan mee ni.

Ade yang sedap, ade yang biasa je. Jadi kite buat sendiri, buat sedap-sedap OK!

Walaupun banyak perkara nak kena buat, ianya senang je sebenarnya.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :

  • – Pan Mee
  • – Ayam Kicap
  • – Chilli in oil
  • – Ikan Bilis
  • – Pakchoy atau sawi

Jom tengok satu-satu cara nak buat dia. Selamat mencuba!

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1st thing 1st, goreng ikan bilis dahulu

Dah siap ikan bilis, kite buat pulak cili dia.

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Udang kering
  • Sehiris halia

Blend guna food professor

Kemudian goreng dengan api perlahan. Jangan lupa lebihkan minyak ye. Kander tambah minyak lepas pada ni. Nak bagi mudah garing

Perisakan dengan garam dan gula

Dah siap. Pedas namati

Boleh la simpan dalam bekas. Cili in oil ni boleh buat makan dengan wantan mee, mee kari Nyonya, nasi goreng ke atau ape-ape je lah. Kalau tambah asam jawa dan blend halus, dia jadi cili pes for Tomyam hehe

Untuk oyster chicken, sediakan isi dada ayam dan cendawan. Kander guna 5 ketui cendawan shitake. Baru puas hati masak sendiri letak cendawan banyak-banyak hehe

Goreng tumis isi ayam dan cendawan

Masukkan sos tiram. Ni sos tiram ori tau bukan sos berperisa tiram. Lagi sedappp

Kicap cair

Kicap karamel. Sebelum korang tanya kicap karamel ni ape meh aku kabo siap-siap. Lebih kurang sama kicap pekat cuma kicap karamel sedap lagi

Masukkan sedikit air untuk bagi dia basah² sikit, kemudian perisakan dengan gula dan sedikit stok ayam

Lepas tutup api, tuang sikit minyak bijan. Dah siap…lazaaattt

Memang sedap ayam tiram cendawan ni

Pan mee kan mee dia flat leper tu. Banyak je ade jual kat pasaraya. Sepaket ni ada 6 ketul…harga RM4 lebih kalu tak silap.

Kander memang standby mee-mee segera kat rumah sebab anak teruna liat betul nak makan nasi. Kalau mee-mee sup dia memang lajuuu makan.

Mudah kan dia dah seketul-ketul macam ni. Senang nak allocate portion for 1 person. Rebus dulu ye

Lepas dah rebus mee tu, bilas dengan air sejuk sebab dia akan melekat-lekat. Tapis bagi turun semua air, kemudian Gaulkan dengan sedikit kicap karamel dan minyak bawang putih.

Lepas tu korang plating la susun cantik-cantik.

Pan mee ni sesuai dihidang dalam mangkuk. Lebih berselera. Makan pulak dengan chopstick…sooo chineseeee haha

Tabur daun bawang, serbuk lada putih dan pakchoy. Yang hitam tepi tu black fungus. I loikeeee…

Baru nampak macam makan kat kedai kannn

Buat sendiri, makan sendiri puas hati.

Cubalah buat ye…bahan-bahan pun mudah dapat dan tak mahal. Selamat mencuba!

Tarik jangan tak tarik!

Sumber/Foto : Wan LuQman

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles