Bolehkan Membaca Satu Ayat Sahaja Selepas Membaca Surah Al-Fatihah Di Dalam Solat?

HUKUM BACA SURAH DALAM SOLAT SATU AYAT SAHAJA

SOALAN :

Saya hendak soal pasal hukum baca surah selepas baca fatihah adakah boleh baca satu ayat sahaja?

Bolehkah terang peraturan baca surah selepas baca fatihah?

JAWAPAN :

Orang yang membaca selepas fatihah akan satu ayat sahaja dari surah-surah Al-Quran sudah dikira mendapat pahala sunat tetapi menyebut ulamak sekurang-kurang afdhal itu ialah membaca tiga ayat.

Berikut saya sebutkan antara panduan membaca surah selepas membaca fatihah.

Telah berkata oleh Syeikh Nawawi Bantan :

 سنّ قِرَاءَة شَيْء من الْقُرْآن وَهُوَ (آيَة) فَأكْثر والأكمل ثَلَاث وَالْأَوْجه حُصُول أصل السّنة بِمَا دون آيَة إِن (و) أَفَادَ كَمَا قَالَ الرَّمْلِيّ وَابْن حجر (بعْدهَا) أَي الْفَاتِحَة فِي صَلَاة فرض أَو نفل (و) ذَلِك (فِي الْأَوليين) لَا فِي ثَالِثَة الرّبَاعِيّة ورابعتها وَلَا فِي ثَالِثَة الْمغرب وَيسن تَطْوِيل قِرَاءَة الأولى على الثَّانِيَة وَأَن يكون على تَرْتِيب الْمُصحف وَالسورَة أفضل من بعض سُورَة إِن كَانَ قدرهَا أَو أقل فَإِن كَانَ أَكثر فَهُوَ أفضل مِنْهَا على الْمُعْتَمد وَمحل أَفضَلِيَّة السُّورَة على الْبَعْض فِي غير الْمَوَاضِع الَّتِي ورد فِيهَا الْبَعْض كالتروايح فَإِن السّنة فِيهَا الصَّلَاة بِجَمِيعِ الْقُرْآن فيجزئه على اللَّيَالِي بِحَيْثُ يكون آخر الختمة منطبقا على آخر لَيْلَة فِي الشَّهْر وكركعتي الْفجْر فَإِن السّنة فيهمَا قِرَاءَة آيتي الْبَقَرَة وَآل عمرَان وَلَو كرر سُورَة فِي الرَّكْعَتَيْنِ حصل أصل سنة الْقِرَاءَة وتكفي فواتح السُّور نَحْو الم وص وق ون

Artinya : “Dan disunatkan membaca suatu daripada Al-Quran dan yaitu satu ayat atau lebih. Dan yang sempurnanya tiga ayat. Dan pendapat dari ashab Syafie hasil asal sunnah dengan membaca dengan kurang dari satu ayat jika memberi faedah seperti kata Syeikh Ramli dan Ibnu Hajar. Dan tempat membaca surah itu ialah selepas membaca fatihah pada solat yang fardu atau sunat pada dua rakaat yang awal bukan pada rakaat ketiga dan keempat pada solat yang empat rakaat dan bukan pada rakaat yang ketiga solat maghrib.

Dan disunatkan memanjang bacaan surah rakaat pertama dari yang kedua. Dan bahawa adalah ia mengikut tertib mushaf. Dan membaca satu surah lebih afdhal dari sebahagian surah jika adalah kadarnya atau lebih kurang lagi. Maka jika adalah lebih banyak maka ia lebih afdhal daripadanya atas pendapat yang muktamad. Dan tempat afdhal baca suatu surah atas surah yang lain pada selain dari sekelian tempat yang telah datang oleh setengah seperti tarawih maka yang sunnahnya di dalam solat itu ialah membaca sekelian Al-Quran maka dibahagikan juzuknya atas sekelian malam sekira-kira adalah akhir penutup Al-Quran berbetulan dengan akhir malam dalam sebulan. Dan seperti dua rakaat sunat subuh maka sungguhnya yang sunnah padanya ialah membaca ayat-ayat dari surah Al-Baqarah dan Ali-Imran. Dan jikalau seorang itu mengulangi surah yang sama pada dua rakaat nescaya berhasil asal sunat membaca. Dan sah membaca segala permulaan surah seperti الٓـمّٓ dan صٓ dan قٓ dan نٓ.” (Kitab Nihayah Zain)

Keterangan :

Membaca surah selepas membaca fatihah adalah sunat pada dua rakaat pertama solat lima waktu bagi imam dan yang solat sendirian dan begitu juga pada solat-solat sunat.

Adapun makmum jika dia mendengar imam membaca surah disunatkan dia diam mendengar bacaan surah imamnya. Dan jika makmum tidak dengar seperti pada solat zuhur dan asar atau sebab suara imam perlahan atau makmum berada diluar masjid maka disunatkan makmum membaca surah selepas membaca fatihah sebelum imam rukuk.

Sekurang-kurang sunat ialah dibaca satu ayat sahaja dari surah Al-Quran dan yang afdhalnya tidak kurang dari tiga ayat.

Disunatkan surah pada rakaat pertama lebih panjang dari surah pada rakaat kedua.

Disunatkan membaca mengikut tertibnya didalam Quran.

Membaca satu surah penuh lebih afdhal dari membaca sebahagian ayat sekalipun surah lebih pendek dari sebahagian ayat.

Harus mengulangi surah yang sama yang telah dibaca pada rakaat yang terdahulu.

Dan harus hanya membaca huruf-huruf yang menjadi permulaan surah seperti الٓـمّٓ dan صٓ dan قٓ dan نٓ.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : ustaz azhar idrus

 

 

 

Related articles