Boleh Tak Mengungkit Sesuatu Dengan Niat Nak Menyedarkan Suami Atau Anak? – Ustazah Asma Harun

Perkataan ‘membebel’ kerap dikaitan dengan perempuan. Ibarat isi dengan kuku.. wanita dan membebel memang sukar untuk dipisahkan. Walaupun tidak semua, tetapi itulah perbuatan yang selalu dikaitkan dengan perempuan terutamanya yang mempunyai tanggungjawab dan keluarga.

Menurut Dr. Taufiq Razif, apabila sesorang perempuan itu membebel ada ada maksud tersirat di sebalik bebelan itu yang laki kena faham. (Boleh baca disini : Kenapa Perempuan Be’bel?)

Namun disana, membebel ya orang perempuan silakan kalau nak membebel, tapi ada etika dan larangannya menurut Ustazah Asma Harun.

#Etika Pertama  – TOLONG JANGAN GUNA PERKATAAN KE’SAT

Elakkan, nak membebel macam mana pun. Contoh perkataan ke’sat apa? Kita bebel pasal adalah satu pinggan tak basuh, ‘Ni pinggan sapo la ni.. tapi jangan sampai keluar perkataan “PEMALAS BETUL..” itu kan dah ke’sat.. betul kan? padahal semalam suaminya PERAJIN. 

Bila kita sebut ‘pemalas’ seolah olah kita menghapuskan seluruh kebaikkannya sebelum ini. Padahal sebelum ni dia basuh je pinggan, ada tolong buat itu ini.

#Etika Ke-2 : TOLONG JANGAN MENGUNGKIT

Jangan sesekali mengungkit.

#Etika Ke-3 : JANGAN BUAT PERBANDINGAN DENGAN ORANG LAIN

Bila kita buat perbandingan dengan orang lain kita akan buat perbandingan yang baik-baik saja. Sebab nak bagitau yang buruknya dia ni, kita akan ambil bandingan yang baik-baik pada orang.

‘Cuba awak jadi macam jiran sebelah tu, Ayah saya kan.. cuba tengok tu, tengok jiran depan.. begitu dan begini..’ Akhirnya kita hanya akan mengumpulkan kebu-rukan pasangan dan melihat kebaikkan orang lain.

#Etika ke-4 – AMALKAN DOA INI SEBELUM BEBEL/BERBICARA

رَبِّ اشرَح لى صَدرى  وَيَسِّر لى أَمرى  وَاحلُل عُقدَةً مِن لِسانى يَفقَهوا قَولى

Ya Allah, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka paham perkataanku.

Bacalah doa ini, supaya lancar perkataan kita ketika berbicara dalam memberi nasihat, supaya tidak ada salah paham.

Elak Membebel, Ini Cara Wanita Ini Jadikan Suaminya Kini Jauh Lebih Baik Dari Sebelumnya!

Sekadar coretan dari pengalaman sendiri.

Saya bukan kahwin terus senang.. Di awal perkahwinanan Saya Allah uji dgn ribut dan taufan.. sbnrnya Allah uji saya sbg isteri.. kalau saya terus senang mungkin saya akan ‘Manja’????

Dulu saya selalu berharap bahagia dari suami, bila harapan diletakkan pada makhluk, maka saya banyak ke’cewa, ma’rah dan sedih bila suami tak capai standard/piawaian yang diharapkan.

Dalam banyak perkara, saya nak suami ubah jadi begitu begini, jangan buat begitu begini, jenuh hari-hari saya membe’bel, ma’rah, sin’dir suami dan sebagainya, dengan harapan suami akan berubah.

Dalam masa yang sama, saya tak rasa saya salah, sebab semua saya ajar suami yang baik-baik, membebel suruh jadi baik, suruh jadi soleh, suruh pimpin anak isteri dan sebagainya perkara yang baik-baik.

Dimana salahnya saya?

Rupa-rupanya salah saya pada AKHLAK. Allah tidak pandang siapa betul siapa salah, tapi kita sering tertipu dengan “aku betul, kau salah”.

Jika “siapa betul siapa salah” jadi ukuran, sudah tentu Nabi SAW tak pernah mengaku salah dengan isteri Baginda, yang ketika itu memang Baginda tidak bersalah, tapi tetap juga Baginda mengaku salah.

Itulah akhlak yang mulia.

Akhlak saya tidak baik, membe’bel sikap yang tidak baik, ma’rah-ma’rah adalah sifat syaitan, bagaimana saya ingin menyeru hati manusia menjadi baik, sedangkan akhlak saya sendiri tidak baik?

Saya menyuruh kebaikan, pada masa yang sama saya suburkan keben’cian dalam hati suami. Sebab itulah bebe’lan, her’dikan, teng’kingan, tidak akan jadi “asbab hidayah” untuk orang sekeliling berubah.

Membe’bel, mema’rahi secara meneng’king, meng’her’dik, ia bukan kaedah mendidik, sebaliknya ekspresi kema’rahan yang dilepaskan oleh naf’su maz’mumah dalam diri.

Kaedah mendidik manusia, tidak dapat tidak adalah kaedah Nabi yang tersusun cantik dalam sunnah Baginda SAW. Sama juga dalam kaedah mendidik anak2.. kalau kita nk anak2 kita Solat kita kena Solat dulu awal waktu.. ????

Akhlak must comes first.

Jika tiada akhlak, bahkan membe’bel meleteri 24 jam non-stop sekalipun, tiada hati yang terpikat untuk berubah menjadi lebih baik.

Perkara yang baik perlu diajak dengan kebaikan, bukan dipaksa dengan kebencian dan hati yang panas membara. Tiada jiwa manusia yang tenang saat sedang membe’bel.

Dima’rahi, dile’teri, diteng’king, dihi’na, diher’dik, tak ada jiwa manusia yang suka perkara begini, tapi semua membenci. Asbab itulah Baginda tidak mendidik dengan kaedah yang dibenci oleh fitrah manusia ini, kerana ia menjauhkan dan merosakkan hati-hati yang baik.

Di satu ketika apabila saya muhasabah diri, saya “pejam mata” akan kekurangan suami, saya mula bicara dengan Allah kembali, saya letakkan harapan pada Dia Yang Satu, saya ubah diri sendiri tanpa pedulikan ingin mengubah suami atau orang sekeliling.

Hebatnya Allah Ta’ala, bila saya fokus ubah diri sendiri, Allah tak semena-mena mengubah suami saya.

Turning point saay bila sy tekad belanja suami saya menunaikan umrah dgn niat mahu Sama2 berubah ke jalan Allah.. saya niat & minta Allah ikhlaskan hati saya supaya amal ibadah kami di terima dan kami pulang dgn Hidup yang baru????

Dulu saya penat lidah, penat emosi, penat men’tal membe’bel setiap hari, tapi sebaliknya keburukan yang saya dapat, berga’duh siang malam, hati tak tenang, str’ess, jiwa kacau, tapi once saya ubah diri saya, baiki solat, jaga solat awal waktu, jaga aurat,baiki akhlak sendiri, baiki hubungan dengan suami, fokus didik anak, tanpa sepatah kata, Allah telah ubah dia, malah jauh lebih baik dari apa yang saya mahukan selama ini.

Suami saya sudah mula jaga solat berjemaah 5 waktu di masjid, makin banyak luangkan masa dengan anak-isteri, berkasih-sayang, berlumba-lumba khidmat dalam rumahtangga, tiada lagi sikap berebut malas, bersama-sama berpimpin tangan berganding bahu, lead anak buat khidmat diluar rumah, jaga amal, menasihati yang baik2 dgn ahli keluarga, infaq sana sini, masya Allah…

Benarlah Allah kata, “jika kamu bersyukur, maka Aku akan tambah nikmatKu kepadamu, namun jika kamu kufur, sesungguhnya a;zabKu amat pedih” (QS,14:7)

Teringat pada kata-kata Ustaz Ebit, “jangan ubah pasangan kita, tapi ubah diri kita”

Akhlak Ustaz Ebit saja telah dapat tarik arwah ibu beliau meninggal dunia dalam Islam, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik isteri beliau terjun dalam kerja-kerja dakwah, akhlak para daie ini bahkan telah berjaya menarik golongan LG’BT, mat rempit, dr’ug ad’dicts, dan sebagainya ummat yang jauh dari agama.

Yang mana mereka bukan telah confirm nera’ka, dan kita pula bukan telah confirm syurga.

Saya yakin, tiada kejayaan melainkan dengan cara Nabi saw dan para sahabat radhiaLlahu ‘anhum, yakni orang-orang yang telah berjaya, yang dijamin syurga oleh Allah ta’ala…

Disclaimer: Post ini berkisarkan tentang akhlak dalam mendidik jiwa manusia, bukan ingin merendahkan sesiapa atau ingin memuji sesiapa, tapi digarapkan dalam bentuk pengalaman dan kisah peribadi saya sendiri.

Moga Allah ampun, moga Allah redha, tempat tuju kita semua akhirnya kembali ke sana jua.

sumber : Ummu Izz
Video : Ustazah Norhafizah Musa

Related articles