Biskut Cornflakes Susu Ni Rangup Di Luar & Cair Di Mulut. Resepi Mudah Tanpa Guna Oven & Mixer!

Manarik resepi biskut biskut cornflakes susu perkongisan Siti Nailah AlFarafisha Roslan ini. Tidak perlu menggunakan pemutar (mixer) ataupun oven sama sekali. Namun hasilnya sangat sedap. Bahkan ia sangat mudah disediakan.

Mari ikuti perkongsian di bawah ini

RESEPI BISKUT CORNFLAKES SUSU TANPA OVEN & MIVER

Ni resepinya kalau nak rasa biskut yang tak perlu bakar, sedap sangat

BAHAN-BAHAN :

4 cawan tepung gandum (digoreng/disangai)
1 cawan minyak sapi + 1 sdb
1 cawan gula kastor
2 cawan cornflakes (diramas)
Susu tepung untuk salut

CARA-CARA :

1. Cairkan minyak sapi. Ketepikan dalam sebuah bekas.

2. Kemudian, sangai (goreng tanpa minyak) tepung gandum selama lebih kurang 5 minit. Bila tepung dan menjadi ringan, dah boleh angkat.

3. Tak perlu tunggu tepung sejuk, terus masukkan ke dalam campuran gula kastor dan cornflakes. Gaulkan sehingga semua bahan kering sehingga sebati.

4. Seterusnya masukkan minyak sapi yang telah dicairkan tadi. Gaulkan sehingga sebati.

5. Sekarang dah boleh bentukkan adunan kepada bulat-bulat kecil.

6. Akhir sekali, salutkan dengan susu tepung sehingga bersalut rata.

Siap, selamat mencuba!

Sumber/Foto : Siti Nailah AlFarafisha Roslan

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles