Bila ‘Mak Dan Ayah’ Kita Dah 60 Tahun Keatas, Maka Dengarkanlah Nasihat Ini

APABILA KITA DIREZEKIKAN Allah سبحانه و تعالى‎ MEMILIKI EMAK DAN AYAH YANG BERUMUR 60 TAHUN KE ATAS

Kita tidak boleh lagi mengharapkan masakannya, tetapi kita kena usaha memasak/membeli/menyediakan apa sahaja makanan kegemaran mereka.

Bukan lagi masanya untuk kita harap kepada jasa mereka, tetapi kita pula yang berjasa kepada mereka.

Bukan lagu masanya untuk kita menunggu pemberian mereka, tetapi kita lah yang perlu banyak memberi kepada mereka.

Bukan lagi mengharapkan pengorbanan mereka, tetapi kita yang perlu berkōrban apa sahaja untuk mereka.

Bukan lagi menunggu bukti kasih sayang dari mereka, tetapi kita yang perlu buktikan kasih sayang kita kepada mereka.

Bukan masa lagi kita mahu mereka menjaga kita, tetapi kitalah yang perlu menjaga mereka.

Duhai anak-anak…
Peganglah tangan ibu bapa mu dengan penuh kasih sayang .. sebelum tiba masanya kamu hanya mampu memegang batu nīsānnya dengan tanganmu itu.

Sungguh! Yang telah kehīlānganya sahaja yang tahu bagaimana perasaannya ..

oleh : @Hasnom07

Ingatlah !

Ibu ayah kita semakin tua, suara mereka semakin kurang didengari. Mereka tidak ada cerita baru. Hanya cerita lama.

Dengarkan sahaja cerita mereka walau diulang berpuluh malah beratus kali.

Kerana suatu hari nanti kita akan terlalu rindu untuk mendengar suara dan kisahnya, biar sejam, dua jam malah lebih lama daripada itu. Kerana yang diperdengarkan kepada kita buka hanya cerita tapi cinta.

Jika waktu sekarang terdapat hal-hal menghālang untuk kita pulang ke kampung menjenguk mereka, maka jangan ia pula menghalang kita untuk menghubungi mereka sebagai ganti.

Apa khabar ibu ayahmu dikampung?

Ucapkanlah, terima kasih mak.. terima kasih ayah..

tanpa cinta mereka, tiadalah kita, mudah-mudahan Allah سبحانه و تعالى‎ panjangkan umur kedua orang tua saya dalam keberkatan.

Al-Imam al-Hakim رضي الله عنه ada meriwayatkan sebuah hadith:

‎”بروا آبائكم تبر أبنائكم

Hendaklah kamu berbakti kepad orang tuamu nescaya anak-anakmu akan berbakti kepada mu kelak.

Al-Imam Ahmad رضي الله عنه pula pernah berkata :

بر الوالدين كفارة الكبائر

“Berbakti kepada kedua orang tua mampu menghāpūskan dōsâ besar”

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles