Beza Antara ‘Kuweh’ & ‘Bajing’ Serta Hukum Memakannya

HU’KUM MEMAKAN TUPAI

Perbahasan berkenaan dengan tupai dan hu’kum memakannya telah menjadi perbincangan yang ha’ngat dikalangan para penuntut Ilmu dan para Ilmuwan di Tanah air ini.

Saya (Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir) simpulkan perbahasan berkenaan dengan perkara ini seperti berikut :

1. Di dalam Bahasa Arab ianya disebut السنجاب . Ianya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai Tupai dan ke dalam Bahasa Indonesia sebagai Bajing.

2. Hukum memakan Tupai @ Bajing adalah harus menurut para Ulama Syafieyah. Perkara ini telah disebutkan di dalam kitab-kitab para Ulama Syafieyah yang muktabar.

3. Terdapat satu lagi jenis binatang yang disebut Treeshrew atau زبابيات الشجر yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu khususnya masyarakat utara ( Kedah ) sebagai Kuweh dan di dalam Bahasa Indonesia disebut dengan Tupai.

4. Hukum memakan Treeshrew @ Kuweh @ Tupai Indonesia adalah ha’ram kerana ianya termasuk di dalam keluarga Ti’kus.

5. Rupa kedua-dua binatang ini hampir sama cuma Treeshrew agak muncung mulutnya berbanding Bajing @ Tupai Malaysia .

6. Perbezaan terjemahan ini memberi impak yang sangat besar dalam perletakan hukum. Maka perlu bagi para penuntut Ilmu meneliti dengan baik perkara ini agar kita tidak termasuk mengha’ramkan perkara yang dihalalkan Syarak.

7. Kebanyakan daripada masyarakat kita menggunakan pandangan yang disebutkan oleh sebahagian Ulama Besar tanah Melayu semisal al-Allamah Syeikh Arsyad al-Banjari rahimahullah yang menyebutkan bahawa Tupai adalah ha’ram. Jika kita melihat dengan teliti maka pandangan Syeikh Arsyad adalah sangat tepat kerana tupai yang dimaksudkan adalah Treeshrew bukannya Squirrel . Syeikh Arsyad adalah merupakan seorang yang berketu-runan Indonesia dan Tupai di dalam istilah mereka adalah Treeshrew.

8. Ini dikuatkan dengan pandangan daripada Majlis Ulama Indonesia ( MUI) yang telah mengeluarkan fatwa tentang perkara ini dengan sangat jelas bertarikh 9 Rabi’ul Awwal 1441 bersamaan 6 November 2019 .

9. Tahqiq tentang masalah ini sangat perlu bagi memahamkan kepada Masyarakat umumnya .

10. Disebabkan itulah saya menggunakan istilah Tupai Bajing bagi yang halal dimakan , dan Tupai Kuweh bagi yang ha’ram dimakan menggabungkan kedua-dua bahasa agar dapat dibezakan

 

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir

Related articles