Berselera Anak-Anak Makan. Resepi Sambal Daging Cili Api Ini Memang Berbaloi Dicuba!

Sekali sekala pasti ibu-ibu akan masak masakan daging. Jika ingin memasak daging apa kata cuba resepi sambal daging cili api bersama kacang panjang perkongsian Ziera Xiera ini. Pasti berselera anak-anak dan suami nanti.

Bahan dan cara memasaknya juga ringkas dan mudah. Mari ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Asyik Ulang Makan, Resepi Nasi Daging Ini Memang Berbaloi Dicuba

RESEPI SAMBAL DAGING CILI API

Masak 1 jenis lauk jer kita hari ni.. Sambal daging cili api campur kacang panjang.. Alhamdulillah.

BAHAN KISAR A :

  • 1kg Daging
  • 15 – 20 ulas cili api merah **
  • 3 ulas bawang putih **
  • 2 biji bawang besar
  • 1″ Halia di hiris

Bahan bertanda ** kisar hancur dulu, baru kisar bawang merah sekejap sahaja, supaya tidak hancur sangat.

BAHAN B :

  • Garam
  • Gula (saya guna gula perang)
  • 1@2sdb kicap pekat manis
  • 1@2sdb sos tiram
  • 4@5sdb sos cili

BAHAN HIRIS :

  • Bawang besar
  • Kacang panjang
  • Cili merah di belah dua

CARA-CARA MEMASAK :

1. Potong/Hiris daging. Basuh dan bersihkan. Gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga 70% masak. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar A sehingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan bahan B. Gaul sehingga sebati dan secukup rasa. Panaskan seketika.

4. Masukkan daging yang telah digoreng tadi. Gaul seketika sehingga sekata.

5. Akhir seklai masukkan bahan-bahan hiris. Gaul sekejap. Tutupkan api dan sedia dihidang.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Ziera Xiera

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles