PENGGUNAAN media sosīal pada masa kini sudah menjadi keutamaan dalam kalangan masyarakat kita dan hampir pasti, sekurang-kurangnya setiap orang akan memiliki satu akaun media itu.
Ia dianggap penting dan menjadi tempat untuk menceritakan segala yang berlaku di dalam kehidupan hinggakan apa yang diluahkan di media sosīal sebenarnya sesuatu yang patut dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain.
Berbeza dengan masyarakat dahulu, mereka menggunakan diari untuk meluāhkan apa-apa yang terjadi di dalam kehidupan seharian mereka. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Orang lain akan tahu, kalau diari itu dibaca setelah pemiliknya tiada atau pun dibaca secara curī-curī.
Ada banyak perkara yang kita lakukan haruslah disembunyikan daripada pengetahuan masyarakat supaya keikhlasan itu dapat dijaga.
MENGMAKBULKAN AMALAN DIRI SENDIRI DIRI DI MEDIA SOSIAL
Mungkin kita tidak perasan, kēterujaan kita untuk berkongsi apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kita harus pandai menggunakan peluang yang sama ada dalam melakukan perkara yang baik atau apa-apa perkongsian tetapi pada masa sama, ada perkara kita perlu merahsiakan. Ia adalah rahsia antara kita dan Allah سبحانه و تعالى sahaja.
Berhentilah meng’makbul’kan amalan diri sendiri di media sosial.
‘Saya sedekah RM 3.00, Allah bayar cash, RM 3,000.00.’
‘Saya solat dhuha, setiap hari, dan setiap hari itulah rezeki saya mudah.’
Banyak lagi ayat-ayat yang menggambarkan kita meng’makbul’kan amalan diri sendiri di media sosial.
Hakikatnya, kita tidak tahu.. Apa benar apa yang kita sangka tentang rezeki kita..
Bersedekah, solat dhuha, solat sunat sebelum subuh, menyambung silaturahim, mendoakan saudara dalam keadaan saudara tidak mengetahui dan banyak lagi amalan yang sememang ada dikaitkan tentang kemurahan rezeki,
Namun, biarlah ia menjadi rahsia diri kita dengan Allah سبحانه و تعالى . Berpadalah kita dengan cerita-cerita para Salaf al-Soleh atau mereka yang telah pergi meninggalkan kita untuk dijadikan motivasi..
Kerana sesungguhnya amalan itu dihitung pada penutupnya.
Dalam riwayat disebutkan,
وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ
“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6607)
Renung pada diri, mencari apa sebenarnya?
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku