Lumrah dalam kehidupan kita sebagai manusia yang dijadikan tidak pernah terlepas dari segala salāh dan berbuat dosā dalam kehidupan seharian. Setiap daripada kita pasti pernah melakukan dosā sama ada dosā kecil atau dosā besar.
Walau sebesar mana sekalipun dosā kita, Allah سبحانه و تعالى itu adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang yang sentiasa menerima taubat hambānya yang bertaubat dengan sepenuh-penuh taubat.
Jika tidak bertaubat, dosā ini akan menjadi beban di akhīrat kelak. Namun terdapat kesalāhan-kesalāhan yang dilakukan dibālās dengan segera oleh Allah سبحانه و تعالى terhadap pelakunya. Saya ingin berkongsi 2 dosā yang mendapat balasan segera di dunia ini bersama azāb di akhīrat.
عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رضي الله عنه، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم “ مَا مِنْ ذَنْبٍ أَجْدَرُ أَنْ يُعَجِّلَ اللَّهُ تَعَالَى لِصَاحِبِهِ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا – مَعَ مَا يَدَّخِرُ لَهُ فِي الآخِرَةِ – مِثْلُ الْبَغْىِ وَقَطِيعَةِ الرَّحِمِ ”
Daripada Abu Bakrah رضي الله عنه beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
“Tidak ada dosā yang lebih layak disegerakan akibat burūknya oleh Allah ke atas perlakunya di dunia ini bersama dengan azāb disimpan untuknya di akhīrat berbanding :
- Kezalīman (berbuat jahāt kepada orang lain), dan
- Memutūskan hubūngan silaturahim. (Riwayat Imam Al-Tirmidhi)
عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رضي الله عنه، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه : اثنان يعجلهما الله في الدنيا البغي وعقوق الوالدين وسلم
Daripada Abu Bakrah رضي الله عنه beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
“Dua dosā yang disegerakan oleh Allah azābnya (di dunia ini) :
- Kezaliman (berbuat jahat kepada orang lain); dan
- Derhākā kepada kedua ibu bapa. (Riwayat Imam al-Bukhari)
Kebanyakkan riwayat yang lain menyebut
- Kezalīman (berbuat jahāt kepada orang lain); dan
- Memutūskan hubūngan silaturahim.
Berhati-hati lah, pada hari ini, dosā bahasa banyak digantikan dalam bentuk tulisan kadang-kala lebih kesāt, buruk, penuh dengan tohmāhan, adu dombā, umpatān, kejīān dan fītnāh yang lebih mudah ditulārkan dalam media sosial. Janganlah kita menzālimi diri sendiri dan orang lain.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku