Para ulamak menyebut di dalam kitab-kitab mereka banyak perkara-perkara yang menyebabkan solat tidak diterima.
Yang penting dan banyak berlaku diantaranya ialah ri’ak dan makan minum dari harta yang ha’ram dan tidak khusyuk dan ujub.
Berkata Syeikh Abdullah Ba’lawi Al-Hadhrami As-Syafie :
فَصْلٌ : في شُرُوطِ قَبُولِ الصَّلاةِ
وشُرِطَ، مَعَ ما مَرَّ [مِنْ شُرُوطِ صِحَّةِ الصَّلاةِ]، لِقَبُولِها عِنْدَ اللهِ سُبْحانَهُ وتَعالى [أي نَيْلِ ثَوابِها ودَرَجاتِها]: أنْ يَقْصِدَ بِها وَجْهَ اللهِ وَحْدَهُ [أي وِجْهَةَ طاعَةِ اللهِ] ، وأنْ يَكُونَ مَأْكَلُهُ ومَلْبُوسُهُ ومُصَلّاهُ حَلالًا، وأنْ يُحضِرَ قَلْبَهُ فيها [بِأَنْ يَخْشَعَ قَلْبُهُ للهِ ولَوْ لَحْظَةً]، فَلَيْسَ لَهُ مِنْ صَلاتِهِ إلّا ما عَقَلَ [أي وَعَى]، وأنْ لا يُعْجَبَ بِها. [ومَعْنَى صِحَّةِ الصَّلاةِ دُونَ قَبُولِها، أنْ تَسْقُطَ عنه المُطالَبَةُ بِها دُونَ أنْ يَنالَ ثَوابَها الخاصَّ.]
Artinya : “Fasal pada menerangkan segala syarat diterima akan sembahyang. Bersama segala syarat yang telah lalu dari syarat-syarat sah sembahyang bagi diterima akan sembahyang itu di sisi Allah سبحانه و تعالى artinya mencapai akan pahalanya dan darjatnya bahawa seorang itu hanya menghendaki dengan sembahyangnya itu akan Allah bukan lainnya. Dan bahawa makanan dan pakaiannya dan tempat sembahyangnya itu halal dan bahawa hadir hatinya di dalam sembahyang yaitu khusyuk hatinya bagi Allah sekalipun sekejap maka tiada dari sembahyangnya kecuali apa yang dia ingat yakni khusyuk sahaja. Dan bahawa tidak dia ujub akan dirinya dengan sembahyang itu. Dan makna sah sembahyang tanpa diterima itu ialah gugur tuntutan wajib dengannya tanpa mendapat akan pahala yang khusus.” (Kitab Sullam Taufiq)
KETERANGAN
— RI’AK
Arti ri’ak ialah lawan bagi ikhlas yaitu melakukan amalan akhirat seperti sembahyang bukan kerana Allah tetapi kerana dunia seperti kerana hendak dipuji atau dikatakan baik atau seumpamanya sedangkan ikhlas ketika beramal itu ialah perintah Allah سبحانه و تعالى.
Firman Allah :
ومَا أُمِرُوْا إِلاَّ لِيَعْبُدُوْا اللهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ
Artinya : “Dan tiadalah mereka itu diperintahkan kecuali supaya mereka beribadah akan Allah dalam keadaan ikhlas sekelian mereka itu baginya dalam beragama.” (Al-Bayyinah : 5)
Ri’ak ketika beramal adalah syirik kecil dan di akhirat nanti tiada pahala yang disediakan bagi mereka dan mereka akan disuruh pergi mencari pahala dengan orang-orang yang mereka ri’akkan ketika di dunia dahulu.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ ؟ قَالَ : الرِّيَاءُ . إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ تُجَازَى الْعِبَادُ بِأَعْمَالِهِمُ : اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ بِأَعْمَالِكُمْ فِي الدُّنْيَا ، فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً
Artinya : “Sungguh yang paling aku takut atas kamu sekelian ialah syirik kecil. Bertanya para sahabat r.a. : Apa itu syirik kecil wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah : Ri’ak. Allah سبحانه و تعالى akan berfirman pada hari pembalasan hamba-Nya dengan segala amal mereka : Pergilah kamu kepada orang-orang yang telah kamu ri’akkan dengan amalan kamu di dunia dahulu dan kamu lihatlah adakah kamu dapat disisi mereka ada pahalanya.” (Hadith riwayat Ahmad & At-Tabarani)
— MAKAN YANG HA’RAM
Wajib atas sekelian manusia makan minum dan menggunakan harta yang halal. Orang yang makan dari harta yang ha’ram adalah pengikut syaitan kerana itulah sembahyangnya tidak diterima kerana mana mungkin melakukan sembahyang dengan perintah Allah tetapi dalam masa yang sama mengikut ia akan perintah syaitan.
Firman Allah سبحانه و تعالى :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Artinya : “Wahai sekelian manusia makanlah kamu sekelian dari harta yang halal dan yang bersih dibumi ini dan jangan kamu sekelian mengikut akan jejak langkah syaitan sungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu yang sangat nyata.” (Al-Baqarah : 168)
Allah adalah maha bersih sedangkan makanan dan harta yang ha’ram itu adalah kotor maka kerana itu tidak diterima sembahyang orang yang makan yang ha’ram.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّباً
Artinya : “Sesungguhnya Allah سبحانه و تعالى itu maha bersih tidak menerima oleh-Nya kecuali yang bersih.” (Hadith riwayat Muslim)
Dan adalah memakan yang halal itu didulukan dari melakukan amal soleh kerana ia adalah syarat bagi diterimanya amal tersebut.
Firman Allah سبحانه و تعالى :
يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
Artinya : “Wahai sekelian Rasul makanlah kamu dari harta yang baik-baik dan lakukanlah amalan soleh. Sungguhnya Aku dengan apa yang kamu lakukan sangatlah mengetahui.” (Al-Mukminun : 51)
Dan pula di akhirat nanti tempat duduk orang yang makan minum yang ha’ram itu ialah neraka.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda kepada sahabatnya Ka’ab bin Hujrah رضي الله عنه. :
يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ إِنَّهُ لاَ يَرْبُو لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ إِلاَّ كَانَتِ النَّارُ أَوْلَى بِهِ
Artinya “: “Wahai Ka’ab bin Hujrah sungguhnya tiadalah membesar tubuh seorang yang makan yang ha’ram kecuali api neraka yang lebih layak dengannya.” (Hadith riwayat Tirmizi)
— TIDAK KHUSYUK
Tujuan Allah mewajibkan kita sembahyang ialah supaya ingat kepada-Nya maka kerana itu khsuyuk itu adalah suatu perkara yang sangat penting kerana jika tidak ingat kepada Allah ketika sembahyang maka tidaklah berguna sembahyangnya.
Firman Allah سبحانه و تعالى :
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Artinya : “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang supaya kamu ingat kepada-Ku.” (Taha : 14)
Dan adalah sembayang yang tidak khusyuk itu tidak menghapuskan sekelian do’sa dan kesalahannya.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
مَا مِنِ امْرِئٍ مُسْلِمٍ تَحْضُرُهُ صَلَاةٌ مَكْتُوبَةٌ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهَا وَخُشُوعَهَا وَرُكُوعَهَا إِلَّا كَانَتْ كَفَّارَةً لِمَا قَبْلَهَا مِنَ الذُّنُوبِ مَا لَمْ يُؤْتِ كَبِيرَةً وَذَلِكَ الدَّهْرَ كُلَّهُ
Artinya : “Tiada dari seorang Islam yang mendapati solat fardu lalu dia elokkan wuduknya dan khusyuknya dan rukuknya kecuali adalah sembahyangnya itu menghapuskan bagi segala do’sa yang telah lalu selama tidak dia lakukan do’sa besar selamanya.” (Hadith riwayat Muslim)
— UJUB
Ujub artinya rasa hairan oleh seseorang dengan dirinya sendiri kerana telah berbuat ibadah dan amal soleh dan perkara-perkara yang terpuji dan lupa ia bahawa sekeliannya itu adalah pemberian Allah dengan rahmat-Nya.
Ujub adalah sifat yang terce’la dan salah satu sebab yang membina’sakan dirinya.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ : شُحٌّ مُطَاعٌ وَهَوًى مُتَّبَعٌ وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ
Artinya : “Tiga perangai yang membina’sakan yaitu kede’kut yang ditaat dan hawa naf’su yang diikut dan ujub seorang dengan dirinya sendiri.” (Hadith riwayat Abdurrazak dalam Musannafnya)
wallahua’alm
ustaz azhar idrus
Mudah-mudahan juga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Ustaz Azhar Idrus