Berbekalkan RM50, Kisah Abang Viva Menyelamatkan Mangsa Banjir Sangat Menyentuh Hati

Saya cukup tersēntuh membaca kisah Abang Viva yang datang dari Melaka untuk menyelamātkan mangsā banjīr di Shah Alam. Kisah Abang Viva seperti berikut:

1. Abang Viva ini bernama Azwan Omar yang datang dari Melaka ke Shah Alam dengan menggunakan kereta Viva dan membawa sebuah bot di atas bumbūng keretanya.

ADVERTISEMENT

2. Dia hanya berbekal duit sebanyak RM50. Dia beli minyak untuk bot sebanyak RM20 dan RM30 lagi untuk makanan seperti roti dan air untuk alas perūt.

3. Dia bekerja sebagai operator mesīn dan memohon cuti kecemāsan dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsā banjīr.

4. Antara mangsa banjir yang diselamatkan ialah pasangān warga emas termasuk suami yang lumpūh dan seorang ibu dengan bayī yang baru dilahīrkan.

28 disember 2021 – Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), YAS KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, turut berkesempatan menyampaikan ‘Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya’ kepada Encik Azwan bin Omar (Abang Viva) atas keprihatinannya membantu mangsā banjīr di Shah Alam dengan membawa sebuah bot atas bumbung kereta dari Melaka.

5. Sejak lima hari lepas, Abang Viva hanya alas perūt dengan makan roti dan air serta tidur dalam botnya. Namun dia terus kentāl untuk selamatkan mangsā-mangsā banjīr.

ADVERTISEMENT

6. Cerita dia tersebār menyebabkan orang ramai menderma wang kepadanya. Namun dia agak keberatān mahu menerimanya dan menderma sebahagian besar wang itu kepada NGO-NGO lain.

ADVERTISEMENT

7. Abang Viva berkata, “Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tak minta untuk jadi viral sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsā banjīr”

8. Hebat betul kisah Abang Viva ini. Dia hanya orang biasa tanpa pangkāt dan gelaran. Tetapi jiwanya amat luar biasa. Dia di antara hero yang tidak dikenali tetapi kaya jīwa dan budī.

9. Moga Allah memberkati dan memberi kekuatan atas usaha Abang Viva menyelamātkan mangsā banjīr. Abang Viva hēro kami!

Dr. Abdél Rahmanov
23 Dis 2021

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Abdel Rahmanov

ADVERTISEMENT

Related articles