ISNAD HAQIQI DAN ISNAD MAJAZI
Apabila kita belajar ilmu aqidah kita akan jumpa perbahasan isnad haqiqi dan isnad majazi.
Isnad haqiqi maksudnya sandaran pada haqiaqat kepada Allah. Seperti kita kata pada haqiqat Allah سبحانه و تعالى yang buat kerusi, meja, kain dan lain-lain.
Adapun Isnad majazi yang ialah kita sandarkan perbuatan kepada makhluk. Contohnya kita kata: kerusi ni Abu yang buat, meja ni Ali yang buat, kain ni Salman yang tenun.
Padahal kita sudah yakin dan percaya segala perbuatan di alam ini adalah perbuatan Allah sahaja, tiada yang lain. Inilah pegangan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Perkara ini boleh di lihat di dalam ayat quran surat al-Anfal ayat 17:
وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ رَمَىٰ
Maksudnya : Tiadalah kamu baling, ketika kamu baling melainkan Allah yang balingkan.
Di dalam sepotong ayat ni lengkap ada Isnad Haqiqi ketika ALlah menafikan tidaklah kamu baling…….tetapi Allah yang balingkan. Dan ada isnad majazi ketika Allah berkata: Ketika kamu baling.
Banyak lagi Dalam Quran perkara seperti ini. Ada ketika Allah sandarkan menyembuh itu hanya kepadaNya sahaja. Ini Isnad Haqiqi. Ada ketika Allah sandarkan kepada madu. Ini Isnad majazi. Semua ayat ini ada dalam rangkaian 6 ayat-ayat Syifa’.
Jadi untuk berkata KITA JAGA KITA, boleh atau tidak?
Sudah pasti boleh sebab itu berbentuk sandaran secara majazi. Seperti kita dok kata hari-hari, “kenyang makan nasi hari ni”. Padahal yang buat kenyang tu Allah, bukan nasi. Yang tak boleh ialah percaya dalam hati bahawa kita lah yang jaga kita, bukan Allah.
Memang baik kalau kita nak tukar kepada ALLAH JAGA KITA. Sekurang-kurangnya mengingatkan kita kepada Allah. Namun untuk kata tak betul dan salah kata “KITA JAGA KITA” itu tidak tepat.
Wallahu a’lam. – MZMAZ
Kesimpulannya, selagi kita berpegang Allah menentukan dan membuat segala-gala perkara, kata-kata yang disandarkan pada sebab-sebab (yang hakikatnya tuhan jadikan) tidaklah syi’rik, tidaklah ka’fir, tidaklah berdo’sa.
Jadi nak buat hashtag ‘kita jaga kita’ (#kitajagakita) atau ‘Allah jaga kita’ (#Allahjagakita) , kedua-duanya betul.
Kerana kedua-duanya ada sudut pandang berbeza الحيثية tapi tujuannya sama. Tak perlu saling menyalahkan.
Beberapa contoh lagi ayat Isnad Majazi dan Isnad Haqiqi
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
Maksudnya : Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.(Al-Taubah:71)
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ، مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ، تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
Maksudnya : “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sa-kit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sa-kitnya).” (Riwayat Muslim)
وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya : “.. dan Allah adalah Pelindung semua orang-orang yang beriman..” (Ali Imran:68)
بَلِ اللَّهُ مَوْلَاكُمْ
Maksudnya : “Tetapi (ikutilah Allah), Allahlah Pelindungmu.. ” (Ali Imran:150)
والله أعلمُ
Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Mohd Zaki Bin Zulkifli