TIADA LARANGAN TIDUR LEPAS SUBUH DAN ASAR?
Saya dapat tulisan gambar bawah ini dari satatus seorang instafamous dan juga seorang pendakwah dan sahabat saya. Saya dah tegur dan beliau jawab dengan baik. Saya tulis untuk peringatan agar tidak bermudah-mudahan keluar kenyataan “hadis yang melarang ini doif dan menafikan terus kandungan hadis tadi” tanpa merujuk pendapat ulama muktabar.
HADIS LARANGAN
كان الزبير ينهى بنيه عن التصبح ( وهو النّوم في الصّباح )
Adalah Zubair bin Awwam melarang anak-anaknya tidur selepas subuh.
Hadis mauquf Sahih Riwayat Ibnu Abi Syaibah.
Khawwat bin Jubair seorang sahabat yang menyertai perang Badar berkata:
كان نوم أول النهار خرق، وأوسطه خلق، وآخره حمق
Tidur pagi keja’hilan, tidur tengahari baik dan tidur petang kebo’dohan.
Hadis ini sahih menurut ibnu Hajar (fathul bari). Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Adabul Mufrad.
Lebih-lebih lagi lepas subuh waktu yang didoakan Nabi صلى الله عليه وسلم keberkatannya:
اللهم بارك لأمتي في بكورها
Ya Allah berkatilah ummatku pada waktu paginya. (Hadis Riwayat Tirmizi Ahmad)
ULAMA YANG MELARANG
Hukum tidur lepas subuh dan asar adalah makruh. Makruh juga adalah salah bentuk larangan dalam Islam walaupun tidak berdo’sa.
Antara ulama yang mengatakan demikian:
Imam assafarini :
ويكره نومك أيها المكلف بعد صلاة الفجر لأنها ساعة تقسم فيها الأرزاق
Dan makruh tidur lepas solat subuh kerana ia adalah waktu dibahagi-bahagi rezeki . (Ghizaul Albab)
Imam Ahmad bin Hambal :
Dimakruhkan tidur lepas asar, dibimbangi sesuatu berlaku pada akalnya. (Syarah manzumah adab as-Syariayyah.
Dalam kitab Mausuah Feqhiah Kuwaitiah :
يكره النوم في مواطن منها
Dimakruhkan tidur dalam beberapa keadaan (antaranya)
- النوم بعد العصر (tidur selepas asar).
- النوم بعد صلاة الفجر لأنه وقت قسمة الأرزاق (tidur lepas solat subuh kerana ia waktu dibahagikan rezeki).
Syeikh Bujairimi menukilkan:
ﻭﻓﻲ ﺗﺬﻛﺮﺓ ﺍﻟﺠﻼﻝ ﺍﻟﺴﻴﻮﻃﻲ ﺍﻟﻨﻮﻡ ﻓﻲ ﺃﻭﻝ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ ﻋﻴﻠﻮﻟﺔ ﻭﻫﻮ ﺍﻟﻔﻘﺮ ﻭﻋﻨﺪ ﺍﻟﻀﺤﻰ ﻓﻴﻠﻮﻟﺔ ﻭﻫﻮ ﺍﻟﻔﺘﻮﺭ ﻭﺣﻴﻦ ﺍﻟﺰﻭﺍﻝ ﻗﻴﻠﻮﻟﺔ ﻭﻫﻲ ﺍﻟﺰﻳﺎﺩﺓ ﻓﻲ ﺍﻟﻌﻘﻞ ﻭﺑﻌﺪ ﺍﻟﺰﻭﺍﻝ ﺣﻴﻠﻮﻟﺔ ﺃﻱ ﻳﺤﻴﻞ ﺑﻴﻨﻪ ﻭﺑﻴﻦ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﻓﻲ ﺁﺧﺮ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ ﻏﻴﻠﻮﻟﺔ ﺃﻱ ﻳﻮﺭﺙ ﺍﻟﻬﻼﻙ
Disebutkan dalam kitab tadzkirah karangan Al-Jalal As-Suyuthi bahwa :
- Tidur di permulaan siang (pagi hari) disebut ‘ailulah yaitu (menyebabkan) kefa’kiran.
- Tidur di waktu dluha disebut failulah, (menyebabkan) kele’mahan/lesu pada badan.
- Tidur ketika tergelincir matahari (zawal) disebut qoilulah, dapat menambah (kecerdasan) akal.
- Tidur setelah zawal disebut hailulah, yakni dapat menghalangi antara orang itu dan solat.
- dan tidur di akhir siang iaitu petang lepas asar disebut ghoilulah, dapat menyebabkan bina’sa. (tuhfatul habib hasyiah bujairimi alal khatib)
Imam bujairimi menyatakan lagi kebu’rukan tidur lepas subuh dan asar:
هذا في النوم في غير وقت العصر والصبح وأما فيهما فأعظم
ضررا لأنه لا يمكن استقصاء مفاسده في العقل والنفس
Ini pada bukan tidur pada waktu asar dan subuh. Pada waktu keduanya tidur lebih banyak mudo’rat kerana tidak terjangkau kebu’rukannya pada akal dan jiwa. (Jilid 2 ms 478 Hasyiah Bujairimi Alalkhatib)
KESIMPULAN
Amat ma-lang bila larangan lepas subuh dan asar ini dianggap mitos dan tidak benar. Walaupun ada hadis doif dan palsu yang berkait dengannya , sepatutnya sebagai pendakwah merujuk kepada ulama fekah dalam membawa hukum. Penarafan satu hadis itu doif tidak menunjukkan hu’kumnya ditolak. Tidak terkira banyaknya hadis-hadis yang doif tetapi ulama mengambilnya sebagai hukum seperti hadis Nabi صلى الله عليه وسلم hantar Muaz رضي الله عنه ke yaman , ianya sepakat diterima ulama termasuklah Ibnu Taimiah.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Sumber : PU Salman