SOALAN
Ada orang kata kalau solat terawih tidak cukup 20 rakaat tak dapat pahala solat terawih.
Boleh tak ustaz kongsikan pandangan ulama muktabar Mazhab Syafie dalam hal diatas. Jazakumullahu khaira.
JAWAPAN
بسم الله، حمدا لله، صلاة وسلاما على رسول الله، أما بعد. اللهم هداية للصواب.
1. Bilangan rakaat solat sunat tarawih menurut pandangan majoriti ulama mazhab ialah sebanyak 20 rakaat.
Didalam kitab الموسوعة الفقهية الكويتية 27/141-142 ada menyebut :
فَذَهَبَ جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ مِنْ الْحَنَفِيَّةِ وَالشَّافِعِيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ وَبَعْضِ الْمَالِكِيَّةِ إلَى أَنَّ التَّرَاوِيحَ عِشْرُونَ رَكْعَةً لِمَا رَوَاهُ مَالِكٌ عَنْ يَزِيدَ بْنِ رُومَانَ وَالْبَيْهَقِيُّ عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ مِنْ قِيَامِ النَّاسِ فِي زَمَانِ عُمَرَ رضي الله تعالى عنه بِعِشْرِينَ رَكْعَةً وَجَمَعَ عُمَرُ النَّاسَ عَلَى هَذَا الْعَدَدِ مِنْ الرَّكَعَاتِ جَمْعًا مُسْتَمِرًّا قَالَ الْكَاسَانِيُّ: جَمَعَ عُمَرُ أَصْحَابَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم فِي شَهْرِ رَمَضَانَ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ رضي الله تعالى عنه فَصَلَّى بِهِمْ عِشْرِينَ رَكْعَةً وَلَمْ يُنْكِرْ عَلَيْهِ أَحَدٌ فَيَكُونُ إجْمَاعًا مِنْهُمْ عَلَى ذَلِكَ. وَقَالَ الدُّسُوقِيُّ وَغَيْرُهُ: كَانَ عَلَيْهِ عَمَلُ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ. وَقَالَ ابْنُ عَابِدِينَ: عَلَيْهِ عَمَلُ النَّاسِ شَرْقًا وَغَرْبًا. وَقَالَ عَلِيٌّ السَّنْهُورِيُّ: هُوَ الَّذِي عَلَيْهِ عَمَلُ النَّاسِ وَاسْتَمَرَّ إلَى زَمَانِنَا فِي سَائِرِ الْأَمْصَارِ وَقَالَ الْحَنَابِلَةُ: وَهَذَا فِي مَظِنَّةِ الشُّهْرَةِ بِحَضْرَةِ الصَّحَابَةِ فَكَانَ إجْمَاعًا وَالنُّصُوصُ فِي ذَلِكَ كَثِيرَةٌ.
” Menurut pendapat majoriti ulama fiqh dari kalangan Hanafiyyah, Syafi’iyyah, Hanabilah dan sebagian Malikiyyah bahawa solat terawih adalah 20 rakaat, kerana berdasarkan apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Malik daripada Yazid bin Ruman dan Imam Baihaqi dari Sa’ib bin Yazid tentang berdirinya manusia pada zaman Umar bin Khattab sebanyak 20 rakaat. Umar mengumpulkan manusia atas bilangan rakaat ini secara berterusan.
Imam al-Kasani berkata, ‘Umar telah mengumpulkan para sahabat Rasulullah dan Ubay bin Ka’ab menjadi imam kepada mereka sebanyak 20 rakaat, dan tidak ada seorang pun yang menging’karinya, maka hal itu menjadi ijma’ para sahabat.
Imam Dusuki dan lainnya berkata, Itulah yang dilakukan para sahabat dan tabi’in.
Imam Ibnu ‘Abidin berkata, Itulah yang dilakukan oleh manusia dari timur sampai ke barat.
Ali As-Sanhuri berkata, Itulah yang dilakukan oleh manusia dari seluruh pelu-suk dan ia berkekalan hingga di zaman kita.
Para ulama mazhab Hanbali mengatakan, ini sang-kaan kuat kemasyhurannya didalam para sahabat. maka ia merupakan ijmak’. Dan nas-nas yang menjelaskannya amat banyak.”
2. Namun mereka yang mengerjakan solat sunat tarawih tidak cukup 20 rakaat tetap mendapat pahala solat sunat tarawih tetapi hanya sekadar bilangan rakaat yang dikerja-kannya itu.
Hal ini dijelaskan dalam beberapa kitab muktabar dalam mazhab Syafie, antaranya :
(1) kitab Tuhfah Muhtaj 2/225 :
وَمِثْلُهُ مَنْ أَتَى بِبَعْضِ التَّرَاوِيحِ.
” Seperti itu juga mereka yang melakukan sebahagian solat terawih”.
(2) Kitab Nihayah Muhtaj 2/112.
وَمِثْلُهُ مَنْ أَتَى بِبَعْضِ التَّرَاوِيحِ.
” Seperti itu juga mereka yang melakukan sebahagian solat terawih”.
Berkata imam Syarwani dalam kitab hasyiahnya atas Tuhfah Muhtaj 2/225 :
(قَوْلُهُ: وَكَذَا مَنْ أَتَى بِبَعْضِ التَّرَاوِيحِ) أَيْ كَالِاقْتِصَارِ عَلَى الثَّمَانِيَةِ فَيُثَابُ عَلَيْهِمْ ثَوَابَ كَوْنِهَا مِنْ التَّرَاوِيحِ، وَإِنْ قَصَدَ ابْتِدَاءً الِاقْتِصَارَ عَلَيْهَا كَمَا هُوَ الْمُعْتَادُ فِي بَعْضِ الْأَقْطَارِ.
” ( Perkataannya : seperti ini juga mereka yang melakukan sebahagian solat terawih) yakni hanya melakukan lapan rakaat, maka diberikan pahala kepada mereka itu akan pahala keadaannya itu sebahagian dari solat terawih, sekalipun dia telah qa-sad pada awal-awal lagi untuk meringkaskan atas lapan rakaat seperti yang telah menjadi kebiasaan pada sesetengah negeri.”
KESIMPULAN
Yang betulnya ialah ganjaran pahala sunat tarawih tetap dapat mengikut kadar bilangan rakaat yang dikerjakannya itu walaupun tidak cukup 20 rakaat.
والله أعلم بالصواب
Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Haji Hussin
Mudir Pusat Pengajian Islam Bukit Kijang Air Jernih Kemasik Kemaman Terengganu
Dengarkan juga penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus berkenaan persoalan ini.
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Sumber : أبو أسامة محمد حنفية
Video : Ustaz Azhar Idrus Live