BENARKAH ORANG YANG MEMBACA SURAH AL-MULK TERPELIHARA DARI A’ZAB KU-BUR?
SOALAN :
Selalu juga saya mendengar penceramah menyebut orang yang selalu membaca surah Al-Mulk akan terpelihara dari a’zab ku-bur.
Ingin tahu adakah ia hadith atau bukan?
JAWAPAN :
Memang benar dikatakan orang yang selalu membaca surah Al-Mulk akan terpelihara dari a’zab ku-bur kerana ia telah disebut di dalam hadith Nabi saw.
Pada zaman Nabi saw adalah para sahabat menamakan surah Al-Mulk ini dengan nama Al-Mani’ah artinya yang menghalang dari a’zab ku-bur.
Telah diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya :
عن عبدِ اللهِ بنِ مسعودٍ قال : من قرأ { تباركَ الذي بيدِه الملكُ } كلَّ ليلةٍ ؛ منعه اللهُ عز وجل بها من عذابِ القبرِ
Artinya : “Barang siapa membaca akan surah Al-Mulk setiap malam nescaya Allah akan menghalangnya dengan sebab surah ini dari a’zab ku-bur.”
Kemudian berkata Ibnu Mas’ud r.a. lagi :
وكنا في عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم نسميها المانعة
Artinya : “Adalah kami dahulu pada zaman Rasulullah saw menamakan surah Al-Mulk ini dengan Al-Ma’ni’ah (yang menghalang).” (Riwayat Imam An-Nasaaie)
Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya :
فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: هي المانعة، هي المنجية تنجيه من عذاب القبر.
Artinya : “Maka Rasulullah saw telah bersabda surah Al-Mulk ini ialah Al-Mani’ah yaitu surah yang menyelamatkan dari a’zab ku-bur.” (Riwayat Imam Tirmizi)
Berkata Imam Zarqani :
ينجيه من عذاب الله وينجو بها صاحبها من عذاب القبر
Artinya : “Menyelamatkannya dari a’zab Allah dan menyelamatkan pembacanya dari a’zab ku-bur.” (Syarah Muwattha’)
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Sumber : Ustaz Azhar Idrus