Benarkah Kemunculan Wabak Adalah Tanda Kedatangan Dajjal?

KEMUNCULAN WABAK BUKAN TANDA KEDATANGAN DA’JJAL

Oleh : Dr Mohd Khafidz Soroni
(Ketua Kluster Hadis, Majlis Akademik ISLAMI)

Menekuni hadis-hadis Nabi SAW berkenaan tanda-tanda hari Kiamat atau akhir zaman merupakan perkara yang harus dilihat sebagai suatu yang amat penting. Tanpa ilmu lengkap mengenainya, kita akan mudah percaya dengan pelbagai dakwaan yang hakikatnya tidak berpijak kepada fakta-fakta yang disebutkan dalam hadis-hadis Nabi SAW.

Misalnya, akibat kemunculan pandemik COV1D-19 di seluruh dunia kini, banyak masjid di negara-negara Islam, termasuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ditutup bagi mengawal penularan wabak tersebut. Ringkasnya, banyak masjid kosong daripada perlaksanaan solat berjemaah dan solat Jumaat. Lalu ada yang mendakwa kejadian ini sebagai;

1. Da’jjal akan muncul sedikit masa lagi.

2. Da’jjal akan mula masuk apabila surau masjid dah tiada azan dan solat jemaah.

3. Wabak sedunia ini akan menyebabkan berlaku catuan bekalan makanan dan minuman, lalu Da’jjal akan datang tawarkan pertolongan dan membawa syurga di mata, tapi nera-ka di dalamnya.

4. Da’jjal bergerak ke seluruh dunia selama 40 hari dan pada waktu itu kita akan rasa suatu masa yang amat lama. Ramai nanti yang akan mengikut Da’jjal, hingga Nabi SAW berpesan; ikatlah tangan isteri dan anak perempuan kamu.

COV1D-19 BUKAN WABAK DAHSYAT PERTAMA

Perlu diketahui, COV1D-19 bukanlah wabak dahsyat yang pertama. Sebelumnya sudah ada pelbagai wabak yang melanda umat manusia. Pada tahun 639M (18H), berlaku wabak taun yang bermula di ‘Amwas, Palestin, Syam yang mengor-bankan 25,000 – 30,000 nyawa kaum muslimin, termasuk sahabat2 besar Nabi SAW seperti Abu ‘Ubaidah RA, Mu‘az RA, Yazid bin Abi Sufyan RA, Syurahbil bin Hasanah RA, Abu Jandal RA, al-Fadhl bin al-‘Abbas RA dan lain-lain.
(lihat al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn Kathir, (6/202) (7/93)(8/124)).

Pada tahun 818M (218H) berlaku wabak di Mesir hingga ramai gabenor dan pemimpin negara Mesir turut ma-ti. Pada tahun 1048 M (448 H) tersebar wabak di Andalus, Mesir dan lain-lain sehingga masjid ditutup dan tiada orang yang bersolat di dalamnya. (lihat Tarikh al-Islam oleh az-Zahabi).

Di Mesir sahaja, seramai 1,000 orang ma-ti setiap hari dan wabak ini terus merebak ke seluruh dunia. (lihat al-Muntazam oleh Ibn al-Jawzi).

Pada tahun 1049 M (449 H), berlaku wabak dahsyat di Asia Tengah yang mengor-bankan 18,000 orang setiap hari dan bilangan seluruh kema-tian yang direkodkan ialah 1,650,000 orang dan mungkin lebih daripada itu.
(lihat al-Muntazam oleh Ibn al-Jawzi)

Pada abad ke-14, sekitar 1347-1351M (749H-753H), pandemik ‘Kema-tian Hitam’ (Black De’ath) telah meragut antara 75-200 juta nyawa manusia, iaitu sekitar 20-40% dari jumlah populasi manusia pada masa itu.

Azan terhenti di sebilangan daerah dan kebanyakan masjid dan pusat agama ditutup (lihat al-Suluk li Ma‘rifah Duwal al-Muluk oleh al-Maqrizi). Pada tahun 1424 (827H), berlaku wabak di Makkah menyebabkan kema-tian 40 orang setiap hari, sehingga hanya tinggal seorang imam dan dua makmum saja yang bersolat di Masjidil Haram. (lihat Inba’ al-Ghumr oleh Ibn Hajar)

Pada tahun 1433 M (833 H) berlaku wabak taun di Mesir yang meragut banyak jiwa. (lihat Inba’ al-Ghumr oleh Ibn Hajar). Pada tahun 1444 (848H), berlaku lagi wabak taun di Mesir yang menjadi bertambah buruk apabila kembalinya para jemaah haji daripada Makkah sehingga meragut nyawa lebih daripada 1,000 orang pada setiap hari. (lihat Inba’ al-Ghumr oleh Ibn Hajar)

Pada tahun 1918-1920, wabak Demam Sepanyol (Spanish Flu) mengorbankan 50-100 juta nyawa di seluruh dunia. Wabak mutakhir sebelum COV1D-19 yang dirasai di seluruh dunia ialah pada tahun 2009, apabila pandemik H1N1 menyebabkan kema-tian 300,000 – 500,000 orang.

Jelasnya, COV1D-19 adalah salah satu siri wabak yang melanda umat manusia sebagai satu peringatan daripada Allah SWT kepada mereka agar kembali bertaubat kepadaNya. Ya, wabak penya’kit juga salah satu daripada tanda-tanda akhir zaman, tetapi ia bukanlah tanda kedatangan Da’jjal. ‘Auf bin Malik RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari Kiamat; – salah satunya ialah – kema-tian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penya’kit yang menyerang kambing sehingga ma-ti secara tiba-tiba”
(HR al-Bukhari no: 3005 dan lain-lain).

Ibn Kathir menyatakan, tanda ini sudah berlaku pada tahun 18H dengan tersebarnya wabak taun ‘Amwas di Syam yang mengorbankan puluhan ribu nyawa orang Islam, termasuk sahabat2 Nabi SAW.
(lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 6/202)

TANDA-TANDA KEDATANGAN DA’JJAL

Kemunculan wabak bukanlah salah satu daripada tanda-tanda kedatangan Da’jjal. Berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, kedatangan Dajal hanya berlaku selepas kemunculan Imam al-Mahdi. Jelasnya, selagi Imam al-Mahdi tidak muncul, maka Da’jjal juga tidak akan keluar. Manakala bila Imam al-Mahdi muncul pula, ia menjadi tanda kepada penyatuan umat Islam di seluruh dunia kerana mereka akan menjadi satu kuasa besar yang akan digeruni oleh musuh-musuh Islam. Penyatuan dunia Islam bermakna akan berlakunya perang besar yang dahsyat antara tentera Islam dengan golongan kafir. Lalu, ketika itu barulah Da’jjal keluar bagi membantu menghan-curkan kekuatan tentera Islam. Penjelasannya secara terperinci adalah sepertimana berikut;

1. KEMUNCULAN IMAM AL-MAHDI

Hadis-hadis tentang kemunculan al-Mahdi di akhir zaman merupakan hadis yang boleh dikatakan mencapai tahap mutawatir secara makna. Ini kerana ia telah diriwayatkan oleh 33 orang sahabat Nabi SAW dan sejumlah mursal tabiin (lihat al-Mahdi al-Muntazar oleh Sayyidi ‘Abdullah al-Ghumari). Antara ulama yang awal menyatakan hukum mutawatirnya ialah Abu al-Hasan al-Sijzi. Kemudian diikuti oleh ramai ulama hadis seperti al-Qurtubi, al-Mizzi, Ibn al-Qayyim, Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Sakhawi, al-Suyuti, Ibn Hajar al-Haytami, Mulla ‘Ali al-Qari, Mar‘i ibn Yusuf, al-Zarqani dan lain-lain. Antara hadis-hadis mengenainya:

 Daripada Ibnu Mas`ud RA bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Dunia ini tidak akan han-cur sehingga seorang lelaki daripada ahli baitku akan menguasai bangsa Arab, namanya sama dengan namaku”.
(HR at-Tirmizi dan katanya: Dalam bab yang sama daripada ‘Ali RA, Abu Sa‘id RA, Umm Salamah RA dan Abu Hurairah RA, dan ini hadis hasan sahih).

Dalam riwayat lain terdapat tambahan:

“Maka, dia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan keseimbangan, sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman”.
(HR Ibn Abi Syaibah, al-Tabarani dan al-Hakim)

Daripada ‘Ali RA daripada Nabi SAW sabdanya:

“Jika tidak berbaki daripada hayat dunia ini kecuali sehari saja, nescaya Allah akan membangkitkan seorang lelaki daripada ahli baitku, dia akan memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman”.
(HR Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan Abu Dawud dengan sanad sahih)

Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Akan keluar dalam kalangan umatku al-Mahdi, di mana Allah akan menurunkan hujan kepadanya, bumi akan mengeluarkan tumbuhannya, dia akan mengagihkan harta walaupun kepada orang-orang yang sihat, binatang berkembang biak, umat manusia semakin ramai, dan dia hidup selama tujuh atau lapan musim haji”.
(HR al-Hakim dan katanya: Sahih sanadnya, serta dipersetujui oleh az-Zahabi)

2. BERLAKU KEMARAU DAN KEBULURAN DAHSYAT


Diriwayatkan daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya sebelum keluarnya Da’jjal terdapat tiga tahun yang dahsyat, di mana manusia akan ditimpa kebuluran yang melampau. Allah memerintahkan langit pada tahun pertama agar menahan satu pertiga hujannya dan memerintahkan bumi agar menahan satu pertiga tumbuhannya. Kemudian Allah memerintahkan langit pada tahun kedua agar menahan dua pertiga hujannya dan memerintahkan bumi agar menahan dua pertiga tumbuhannya. Kemudian Allah memerintahkan langit pada tahun ketiga agar menahan semua hujannya sehingga tiada setitik pun yang turun dan memerintahkan bumi agar menahan semua tumbuhannya sehingga tiada satu pokok hijau pun yang tumbuh. Maka, tiada seekor binatang pun yang tinggal melainkan ia akan binasa kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah”.

Ada yang bertanya: “Lalu bagaimanakah manusia hidup pada zaman itu?”

Jawab baginda: “(Dengan) tahlil, takbir, tasbih dan tahmid yang berfungsi bagi mereka itu seumpama makanan”. (HR Ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan lain-lain)

3. TERJADI PEPERANGAN BESAR ANTARA ISLAM DAN KRISTIAN (AL-MALHAMAH AL-KUBRA)

Daripada ‘Auf bin Malik RA berkata: “Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda:

“Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari Kiamat; iaitu

[i] kema’tianku,

[ii] kemudian pembebasan Baitul Maqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitul Maqdis),

[iii] kemudian kema-tian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penya’kit yang menyerang kambing sehingga ma-ti tiba-tiba,

[iv] kemudian melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun ia masih marah (merasa kurang),

[v] kemudian timbulnya fitnah sehingga tidak ada satupun rumah orang Arab (dalam riwayat lain: rumah orang Islam) melainkan ia akan memasukinya,

[vi] kemudian perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri dari dua belas ribu (12,000) tentera”. (HR al-Bukhari no: 3005, dan lain-lain)


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan terjadi hari kiamat hingga bangsa Rom akan turun berhimpun di A’maq atau Dabiq (dekat Halab, Syria), lalu keluar menghadapi mereka sekelompok askar dari Madinah antara sebaik-baik penduduk bumi ketika itu. Maka tatkala mereka berhadapan, bangsa Rom berkata:

‘Biarkanlah kami memerangi orang-orang yang mengambil tawanan daripada kami!’

Kaum muslimin menjawab: ‘Tidak, demi Allah, kami tak akan membiarkan kalian memerangi saudara-saudara kami.’

Maka terjadilah peperangan antara mereka. Lalu ada sepertiga yang kalah di mana Allah tak akan mengampuni dosa mereka untuk selamanya, dan sepertiga lagi terbunuh sebagai sebaik-baik para syuhada’ di sisi Allah, dan sepertiga lagi akan memperolehi kemenangan. Mereka tak akan ditimpa sebarang fitnah selamanya, lalu mereka akan menakluki Konstantinopel.

Kemudian ketika mereka sedang membahagi-bahagi harta rampasan perang di mana mereka telah menggantungkan pedang-pedang mereka pada pohon zaitun, tiba-tiba syaitan meneriak terhadap mereka: ‘Sesungguhnya al-Masih (Da’jjal) telah muncul dalam kalangan keluarga kalian’, maka mereka pun segera keluar, sedangkan itu hanyalah satu kebohongan. Apabila mereka mendatangi Syam, ia pun muncul. Maka ketika mereka sedang mempersiapkan diri untuk peperangan dan merapikan barisan, tibalah waktu solat.

Lalu turunlah Nabi Isa bin Maryam sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu ia mengimami mereka.

Apabila musuh Allah (Da’jjal) melihatnya, nescaya ia akan mencair sebagaimana garam mencair di dalam air. Seandainya ia membiarkannya sahaja nescaya ia juga akan mencair sehingga binasa, akan tetapi Allah ingin membunuhnya dengan tangannya, lalu baginda memperlihatkan kepada mereka darahnya yang melekat di tombaknya.”
[HR. Muslim no: 2897 dan al-Hakim no: 8486]

4. PEMBUKAAN KONSTANTINOPEL

Selepas al-malhamah al-kubra akan berlaku pembukaan Konstantinopel, tanda kemenangan tentera Islam. Kemenangan dan kekuatan tentera Islam ini yang akan membuatkan Da’jjal muncul untuk bertindak balas menghan=curkan mereka.

Diriwayatkan daripada Mu‘az ibn Jabal RA Rasulullah SAW bersabda:
“Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan tanda kehan-curan Yathrib (Madinah), kehan-curan Yathrib merupakan tanda permulaan al-malhamah, permulaan al-malhamah merupakan tanda pembebasan Konstantinopel, pembebasan Konstantinopel merupakan tanda kemunculan Da’jjal”.
(HR Abu Dawud no: 4294, Ibn Abi Syaybah no: 37477, Ahmad no: 22174 dan al-Tabarani no: 214)

KESIMPULAN

Demikianlah antara tanda2 penting tentang kedatangan Da’jjal dan wabak penya’kit bukanlah salah satu daripadanya. Ia hanya salah satu daripada pelbagai tanda hari Kiamat yang pasti akan tiba. Namun, hanya Allah SWT sahaja yang tahu bilakah masa sebenarnya.

Adapun baginda Nabi SAW hanya memberitakan kepada kita tentang pelbagai tandanya, sama ada yang kecil mahupun yang besar. Antara tanda-tanda besarnya ialah kemunculan Imam al-Mahdi, tercetusnya Perang Besar, diikuti dengan kemunculan Da’jjal dan turunnya Nabi ‘Isa AS untuk membunuh Da’jjal.

Tanda-tanda besar ini pasti akan muncul menurut urutannya satu persatu, namun bukanlah tugas kita untuk meramalkan tarikh-tarikhnya kerana kita hanya ditugaskan untuk bersiap sedia dengan memantapkan iman, meningkatkan amal ibadah dan terus mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Wallahu a’lam.

InsyaAllah, pada artikel yang akan datang kami akan nukilkan padangan ulama mengenai perihal virus COV1D 19 ini yang memiliki beberapa hal menakjubkan sehinggan ia dapat mendatangkan perubahan dan fit-nah kepada Agama (perubahan pada ekonomi, perubahan pada akidah, perubahan pada perhubungan, perubahan pada pendidikan adab, perubahan pada pembelajaran, perubahan pada segala sesuatu) dan ia satu daripada petanda kia’mat.

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Bicara Hadith Bersama Ustaz Mohd Khafidz Soroni

Related articles