Benarkah Habbatus Sauda’ Penawar Bagi Segala Penyakit?

Pengamalan sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم merupakan lambang keimanan seseorang Muslim. Sunnah Baginda صلى الله عليه وسلم diamalkan dengan keyakinan bahawa terdapatnya keberkatan dan manfaat yang dibawa oleh sunnah itu kepada kehidupan.

Sunnah Baginda صلى الله عليه وسلم adalah elemen penting yang menjadi panduan dalam aspek kehidupan Muslim. Ia sesuai dengan sabda Baginda صلى الله عليه وسلم yang bermaksud, 

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya (sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم) (Riwayat Malik, Hadis 1594).”

Gaya Hidup Masyarakat Muslim Banyak Didorong Oleh Sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم.

Sebagai contoh, ia dapat dilihat dalam aspek penjagaan kesihatan. Masyarakat Muslim banyak merujuk kepada sunnah Baginda صلى الله عليه وسلم dalam hal ehwal merawat penya’kit kerana di samping dapat meraih pahala, ia turut membawa manfaat kesihatan.

Salah satu sunnah yang biasa dirujuk oleh masyarakat Muslim apabila mengalami masalah kesihatan ialah sunnah berkaitan habbatus sauda’. Maksud hadis berkaitan habbatus sauda’ berbunyi:

“Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penya’kit kecuali mati (Sahih Bukhari, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan Sahih Muslim, Kitab al-Salam, hadis 2215).”

Namun, kefahaman terhadap hadis tersebut perlulah melalui kaedah yang betul. Salah faham berlaku apabila masyarakat memahami secara literal terhadap terjemahan hadis. Berlaku salah faham berhubung ungkapan “penawar segala penya’kit” yang digunakan dalam hadis berkenaan sehingga masyarakat beranggapan bahawa habbatus sauda’ pengubat kepada segala penya’kit kecuali ma’ti.

Hal ini menjadi lebih buruk apabila wujud pihak berkepentingan menggunakan kefahaman yang tidak tepat ini untuk melariskan penjualan habbatus sauda’. Bahkan, kerap kali berlaku dakwaan bahawa produk kesihatan yang mengandungi habbatus sauda’ berupaya mengubati segala penya’kit dengan berhujahkan hadis tersebut.

Dalam isu ini, adalah penting untuk sekurang-kurangnya merujuk huraian tentang sesuatu hadis yang ditulis oleh alim ulama. Hal ini kerana keupayaan masyarakat awam untuk mentafsir sesuatu hadis dengan ruang lingkup ilmu yang dimiliki adalah terhad. Rujukan kepada huraian ulama dapat mengelakkan daripada timbul tafsiran yang tidak tepat.

Ulama menghuraikan hadis beruhubung habbatus sauda’ dengan menyatakan bahawa terdapat banyak manfaat pada habbatus sauda’ yang mampu mengubati penya’kit-penya’kit. Kitab Fathul Bari oleh Ibn Hajar al-Asqalani, iaitu huraian kepada Sahih Bukhari menyebutkan beberapa kegunaan habbatus sauda’ sebagai penawar.

Antaranya ialah apabila ia dihancurkan menjadi serbuk dan dibalut dengan kain, kemudian dihidu aromanya, boleh membantu orang yang mengalami sel-sema akibat cuaca sejuk. Selain itu, turut disebutkan bahawa sekiranya habbatus sauda’ dimasak bersama-sama cuka, kemudian digunakan untuk berkumur, ia dapat membantu melegakan sa’kit gigi.

Contoh-contoh kegunaan seperti dalam kitab syarah yang dinyatakan menunjukkan bahawa terdapat banyak manfaat kesihatan pada habbatus sauda’. Namun, ia tidak bermaksud habbatus sauda’ adalah ubat kepada semua penya’kit di dunia ini.

Dalam hal ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Antaranya ialah mendalami dan memahami lafaz-lafaz yang digunakan dalam hadis berkenaan habbatus sauda’ ini berpandukan ilmu usul al-fiqh.

Ibn Hajar al-Asqalani dalam Kitab Fathul Bari, syarah kepada Sahih Bukhari menukilkan bahawa Imam al-Khattabi menerangkan bahawa ungkapan “penawar segala penya’kit” merupakan lafaz umum yang membawa maksud yang khusus. Penggunaan maksud yang khusus adalah tepat kerana menurut Imam al-Khattabi tidak ada satu pun tumbuhan yang diciptakan oleh Allah سبحانه و تعالى di dunia ini yang terkumpul di dalamnya semua manfaat bagi tujuan perubatan.

Kefahaman khusus yang sepatutnya diambil ialah habbatus sauda’ bermanfaat sebagai penawar bagi segala penya’kit yang dilihat sesuai diubati dengannya. Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari dan Imam al-Nawawi dalam Syarah Al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim memperincikan dengan lebih lanjut tentang maksud “penya’kit yang sesuai diubati dengannya.” Ia bermaksud bahawa habbatus sauda’ secara khususnya sesuai untuk mengu-bati penya’kit-penya’kit yang timbul kerana cuaca sejuk dan tidak berkesan untuk penya’kit-penya’kit yang timbul disebabkan cuaca pa-nas, misalnya.

Pengkhususan keberkesanan habbatus sauda’ untuk penya’kit-penya’kit “sejuk” dan pengecualian keberkesanannya untuk penya’kit-penya’kit “pa-nas” dalam penulisan ulama menunjukkan bahawa terdapat limitasi pada kegunaan habbatus sauda’. Sehubungan itu, kefahaman bahawa habbatus sauda’ adalah ubat kepada segala penya’kit di dunia ini adalah tidak tepat.

Imam al-Nawawi turut menjelaskan bahawa penya’kit-penya’kit yang muncul akibat keadaan yang sejuk merupakan penya’kit-penya’kit yang biasa dalam kalangan masyarakat sekitar Baginda صلى الله عليه وسلم pada zaman itu. Kerana itulah hadis tentang habbatus sauda’ menggambarkan bahawa banyak manfaat boleh diperoleh daripadanya kerana ia berupaya mengu-bati pelbagai jenis penya’kit yang biasa pada masa tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya habbatus sauda’ mempunyai faedah yang banyak. Baginda صلى الله عليه وسلم menyebutkan tentang kebaikannya dalam sunnah Baginda adalah untuk manfaat awam. Kajian saintifik pada masa kini juga menunjukkan terdapat potensi-potensi kegunaan habbatus sauda’ sebagai ubat untuk masalah-masalah kesihatan yang tertentu.

Meskipun banyak manfaatnya, masyarakat awam tidak boleh mengambil kefahaman bahawa habbatus sauda’ adalah ubat kepada segala macam penya’kit di dunia ini secara li’teral kerana ia adalah kefahaman yang tidak tepat.

Masyarakat tidak dihalang daripada berikhtiar untuk berubat dengan menggunakan habbatus sauda’ terutamanya apabila mengikut kadar tertentu dan menggunakan cara tertentu bagi mengubati sesuatu penya’kit tertentu seperti yang pernah diamalkan suatu masa dahulu.

Perkara yang perlu sentiasa diwaspadakan dan dielakkan ialah menggunakan sesuatu produk kesihatan di pasaran yang mengandungi habbatus sauda’ dengan harapan dapat mengu-bati semua jenis penya’kit yang dialami. Ia merupakan suatu bentuk usaha dan tawakkal yang tidak tepat.

Usaha melalui konsultasi dan nasihat daripada ahli perubatan perlulah didahulukan kerana ilmu mereka lebih diyakini. Tawakkal yang didahului dengan usaha yang lebih diyakini adalah lebih tinggi nilainya di sisi Islam. Hal ini bertepatan dengan amalan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sepertimana Baginda menyerahkan urusan teknik menanam kurma kepada mereka yang berkemahiran tentangnya dengan menyatakan bahawa: “Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian (Sahih Muslim, Kitab Fadail, Hadis 2363).”

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Institut Kefahaman Islam Malaysia

Related articles