‘Bayangkan’ Anda Dalam Situasi Ini, Dan Lihatlah Dimana Keyakinan Anda Ketika Itu

Cuba anda bayangkan, yang anda keluar dari rumah untuk ke mana-mana tempat untuk urusan kerja atau urusan seharian.

Setelah selesai urusan, anda tunggu di suatu tempat untuk diambil oleh ibu anda.

Setibanya ibu , anda pun masuk kedalam kereta .
Sementara ibu anda memandu , anda pun bertanya kepada ibu anda ,

‘Where are we going ? Kita nak kemana Ibu ?’

Lalu ibu anda pun menjawab, “Just wait you’ll see .. ikut sahaja nanti kamu akan tahu..

Dalam situasi ini , berapa ramai dalam situasi ini akan menghubungi pihak polis kerana kamu dalam keadaan ketakūtān ?

“I don’t know where my mom is taking me!”
“ I’am relly scarēd!” ,
“ I think she’s gonna hūrt me! “

Ada sesiapa akan buat begini ? Menghubungi pihak polis.. Anyone?

Kenapa dalam situasi ini kita tidak sikit pun berasa takūt atau ketakutān ?

Sebabnya kita TRUST, kita PERCAYA kepada Ibu kita ..

Kita tidak tahu kemana kita akan pergi ..tetapi kita PERCAYA kepada pemandu itu.. siapa? Ibu kita ..

Sekarang, apa kita boleh kaitkan kisah di atas dengan Allah سبحانه و تعالى‎ ?

Allah سبحانه و تعالى‎ is THE DRIVER of our lives..

Allah سبحانه و تعالى itu الْبَارِئُ ( Al-Bari ) Yang Maha Pembuat, Maha Merancang, Maha Menjadikan

Namun, masih ramai lagi dalam kalangan kita , yang mana kita tidak tahu di mana, ke mana DIA (Allah سبحانه و تعالى‎) ingin bawa kita ..

Lantas kita PANĪK . Ya, kita panīk, gelisāh …

Allah سبحانه و تعالى‎ tahu apa yang sedang DIA lakukan .. Inilah yang harus kita sedar .. diantara nama-nama Allah سبحانه و تعالى‎ itu ada bersifat PENGETAHUAN, MENGETAHUI

‎اَلْعَلِيْمُ (Al-Alīm ) Yang Maha Mengetahui

‎الْحَكِيمُ (Al-Hakim) Yang Maha Bijaksana

Yang mana kita sedang berbicara tentang Tuhan yang memiliki ‘unlimited Knowledge and unlimited Ability’ nanum sering kali kita mempersoalkan Dia .

وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ

“Boleh jadi kamu mēmbencī sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,

وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat būrūk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

dan inilah yang dikatakan

حسن الظن بالله
bersangka baik pada Allah سبحانه و تعالى‎

Adakah kita benar-benar percaya (yakin) yang Allah سبحانه و تعالى‎ hendakkan yang terbaik untuk kita ?

atau kita takūt (ragu-ragu) bahawa mungkin sahaja Allah سبحانه و تعالى‎ akan melakukan sesuatu yang būrūk kepada kita.

Lihat ? Anda tidak akan terfikir pada masa itu yang ibu anda akan lakukan sesuatu hal yang būrūk, yang jahāt kepada anda .

Ketahuilah sesungguhnya Allah سبحانه و تعالى‎ jauh lebih menyayangi hambā-hambāNya dibandingkan kasih seorang ibu kepada anakya (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه , ia berkata bahwa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, :

“Allah سبحانه و تعالى‎ berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat).” – (Hadis Qudsi: Muttafaqun ‘alaih) (HR. Bukhari, no. 6970 dan Muslim, no. 2675)

حَدَّثَنِي سُوَيْدُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ، حَدَّثَنِي زَيْدُ بْنُ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِي، صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ ‏ “‏ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ حَيْثُ يَذْكُرُنِي وَاللَّهِ لَلَّهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ يَجِدُ ضَالَّتَهُ بِالْفَلاَةِ وَمَنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَمَنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِذَا أَقْبَلَ إِلَىَّ يَمْشِي أَقْبَلْتُ إِلَيْهِ أُهَرْوِلُ ‏”‏

Abu Hurairah رضي الله عنه berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda bahawa Allah سبحانه و تعالى‎ telah berfirman:

“ Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang. Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

وعن جابر بن عبد الله، رضي الله عنهما ، أنه سمع النبي، صلى الله عليه وسلم، قبل موته بثلاثة أيام يقول ‏:‏ لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله عز وجل‏”‏ ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏.

“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kalian mātī kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Betapa Allah سبحانه و تعالى‎ sebenarnya sentiasa dekat dengan kita. Allah سبحانه و تعالى‎ ada menjaga kita setiap masa. Janji Allah سبحانه و تعالى‎ bukan seperti janji manusia, yang kerap lupa. Tinggal kita yang perlu percaya.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles