Bayam Brazil Goreng Belacan, Sedap Rupanya Buat Lauk Tumis Macam Ini

Masakan ringkas seperti Bayam Brazil goreng belacan ni sangat sedap jika digandingkan dengan lauk seperti ikan goreng dan sambal belacan. Pasti akan bertambah-tambah nasi dibuatnya.

Siapa sangkat bayam brazil ni sangat sedap dibuat goreng belacan, yang suka belacan boleh lebihkan belacan. Serius memang sedap

BACA JUGA : Cara Tanam Pokok Bayam Brazil Dalam Botol Plastik. Cantik Merimbum, Senang Petik & Alihkan!

RESIPI BAYAM BRAZIL GORENG BELACAN

Tak habis lagi dengan Bayam Brazil ni, tak boleh move on. Sis sukaaa , sedap buat goreng belacan ni. letak belacan banyak sikit sedap gile.

Serius sedap dari kangkung goreng belacan, harapkan batang kangkung ja belambak daun secoet. Korang kena try taw.

Bayam Brazil Goreng Belacan

BAHAN-BAHAN

  • 1 mangkuk bayam Brazil
  • 6 biji cili besar + cili padi*
  • 3 ulas Bawang merah*
  • 2 ulas Bawang putih*
  • Sedikit udang kering atau ikan bilis
  • Belacan – kuantiti agak-agak
  • Gula, garam , perasa, asam

CARA MEMASAK :

1. Tumbuk semua bahan yang bertanda * ini tadi. Kalau nak blend, bagi kasar sikit ya.

2. Kemudian, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, dah masak elok masukkan ikan bilis atau udang kering, belacan, perasa, gula garam dan sedikit saja tau perahan lemon atau air asam jawa.

3. Akhir sekali, bolehlah masukkan sayur bayam. Masak sehingga layu. Siap!

Sumber/Foto : Robakyah Che Ros

Related articles