Tidak sekadar hanya menjimatkan, membawa bekal ke pejabat juga terjamin kebersihan dan kualiti bahan yang digunakan.
Kebiasaannya selain ibu, isterilah yang bertanggungjawab membuat bekal untuk si suami. Tambahan pula kepada pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Kewangan masih belum kukuh, jadi membawa bekal daripada rumah merupakan salah satu langkah bijak dalam mengurung kewangan keluarga.
Meskipun hanya menikmati menu ‘simple’, sajian yang disediakan tetap terasa kelazatannya. Masa pun tidak perlu dibazirkan untuk membeli makanan di luar.
Namun tidak semua lelaki atau pun si suami yang berani bawa bekal yang disediakan oleh isteri kerana amalan baik ini adakalanya menjadi ‘bahan’ usikan orang sekeliling khususnya rakan sekerja. Apatah lagi jika bekal yang disediakan mempunyai pelbagai bentuk yang comel.
Seperti yang tular di laman aplikasi Tik Tok milik Moss Rose ini, dia kongsikan momen di mana salah seorang rakan pejabat mereka yang dipercayai baru sahaja mendirikan rumah tangga dan membawa bekal bersama nasi yang berbentuk hati (love).
Menerusi perkongsian video tersebut, jelas dapat dilihat lelaki yang dipercayai bernama Aril tersebut kelihatan malu-malu apabila salah seorang dari rakan mereka mula mengusik dan merakam bekal yang dibawa olehnya.
“.. Wahhhh hebat dia punya bent. bahagia bila dah berumahtangga yer Ariil..”tulis pemilik laman Tik Tok tersebut di ruangan kapsyen.
APA KATA NETIZEN?
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka dan ada juga yang mendakwa lelaki tersebut merupakan Omar “cucun-cucun” merupakan seorang kanak-kanak tular satu ketikan dulu dengan video menyusun bekal makanannya.
Disamping itu, jom sama-sama kita lihat apa lagi yang diperkatakan oleh netizen mengenai video tersebut menerusi tangkap layar di bawah.
DAPAT PULA MEMBER KAKI BAHAN, MEMANG KENA
WAWWW LOVEEEEE
YA ALLAH, SAYA SEYUM SORANG-SORANG
TERUK KENA BAHAN HAHAHAHA..
MULA-MULA MEMANG BENTUK LOVE..
MANA NAK CARI ACUAN LOVE NEH.. NAK BUAT KAT LAKI.. HAHHAHA
VIDEO
Tonton video disini >> @mossrose1
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Sumber/Video : @mossrose1 | Tiktok via Siakapkeli