Bancuh Tepung Guna Cara Ini, Barulah Dapat Cucur Kucai Yang Sedap. Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam!

Cucur antara hidangan ringkas yang sedap untuk dihidangkan untuk santapan ahli keluarga. Selain cucur ikan bilis, cucur udang, cucur bawang.. cucur kucai antara yang diminati dan digemari ramai. Boleh dijadikan hidangan waktu pagi dan minum petang.

Jika anda ingin dapatkan cucur yang rangup dan lembut boleh ikuti resepi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Umi Watie ini.

Mari ikuti perkongisan beliau di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Bulat-Bulat Cantik, Ini Cara Buat Cucur Ikan Bilis Rangup Diluar & Lembut Di Dalam

RESEPI CUCUR KUCAI BERSEPAH, RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

Pin pin beri laluan, beri laluan. Cekodok kucai bersepah nak melintas. Pergi kedai pagi tadi tengok daun kucai gemuk-gemuk. Geram betul ambil seikat, tamak sangat.

Ingat nak goreng dengan taugey, togey tak beli oiiii. Kau dah kenapa makrerama? Faktor usia sungguhlah.

Jadi kita kacau cekodok je lah. Kang esok kucai layu dah tak best nak buat apa pun. Jom minum petang jom.
#DapurMakRerama

CARA-CARA PENYEDIAAN :

Mula-mula kita buat bahan base dulu. Bancuhan Tang Zhong kalau untuk buat roti tu. Kira nanti roti kita lembut tanpa bahan pelembut.

1/4 cawan tepung gandum dan 3/4 cawan air panas menggelegak.

Air panas tadi jangan masuk semua sekali tau. Isi sikit-sikit. Dia memang bergentel macam gini bila bubuh air panas. Kiranya kita masak tepung gandum tu.

Ini bila kesemua air panas dah siap bancuh dengan tepung tadi. Ini base cekodok kita.

2 cawan tepung gandum, daun kucai seikhlasnya, udang ikut kemampuan, lobak merah ikut selera, bawang merah ikut suka dan garam untuk perasa.

Masukkan air biasa saja dalam 1 cawan.

Gaulkan sebati, tada dah siap. Rehatkan 5 minit. Panaskan minyak goreng sampai kekuningan.

Siap, untuk dihidangkan.

Sedap oiiii. Cekodok ke cucur ke memang febret. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Umi Watie

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles