Bahaya! Walaupun Harus, Namun Nabi Minta Dijauhi Daripadanya, Namun Kita Pula Bermudah-Mudah Dengannya

Al Iman al-Bukhari رحمه الله meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya , daripada Syaidatina A’isyah رضي الله عنها memberitahu bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم berdoa di dalam solatnya sebelum salam :

‎اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

“.. Ya Allah سبحانه و تعالى‎, seseungguhya aku berlindung dengan Engkau dari perbuatan dōsā dan kesūsahān hūtang.. “

‎( الْمَأْثَمِ adalah dōsa , وَالْمَغْرَمِ adalah hūtang )

Seseorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

‎فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ: مَا أَكْثَرَ تَسْتَعِيذُ مِنَ المَغْرَمِ

Wahai Rasulullah, kenapa kamu selalu berdoa agar dijaūhi daripada hūtang ?

Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata :

‎إِنَّ الرَجُلُ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ

‘ Sesungguhnya seseorang itu apabila berhūtang , apabila dia berbicara dia akan berdūstā , apabila dia berjanji dia akan mūngkirī .

Inilah keadaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan hūtang . Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم minta dijaūhi daripadanya. Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم memohon dengan Allah سبحانه و تعالى‎ agar menjauhkannya (dirinya) daripada hutang . Agar menjaganya daripada hūtang, daripada belēnggūnya. Setiap kali sebelum tidur, Rasulullah صلى الله عليه وسلم memohon kelapa Allah سبحانه و تعالى‎ agar melepaskannya daripada hūtang.

Ini adalah keadaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkaitan dengan hūtang.

Dan ini pula keadaan umatnya dengan hūtang . Kita bermudah-mudah dengannya.

Sehingga ada dalam kalangan kita jika ingin beli rumah, maka dengan hūtang. Beli kereta dengan hūtang .. menghias rumah, dengan hūtang … nikah, dengan hūtang .. persediaanya , dengan hūtang .. pergi bercuti , dengan hūtang .. berkōrban pada Aidiladha , dengan hūtang ..

Bahkan ada orang yang punyai duit untuk membeli sesuatu, tetapi dia lebih suka membelinya dengan cara berhūtang.

Orang yang lakukan seperti ini adalah orang yang kurang cerdik, bermudah-mudah dengan hūtang adalah satu perkara yang janggāl sepertimana yang kita dengar berkenaan tindakkan Nabi صلى الله عليه وسلم bahawa Baginda berwaspada daripada hūltang.

Imam Ahmad رحمه الله meriwayatkan satu hadis yang sangat penting

عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما قل مت رجلٌ منَّا فغَسَّلناه وحَنَّطناه وكفَّنَّاه، ثم أتينا به رسولَ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم فقلنا: تصلِّي عليه؟ فخطا خُطًا ثم قال: أعليه دين؟ قلنا: ديناران، فانصرف

Daripada Saidina Jabir Ibn Abdullah رضي الله عنهما beliau berkata : ‘Seorang lelaki telah menīnggāl dunia , lalu kami mandikandan kāfankānnya .. lalu kami bawa jēnazāhnya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم untuk solatkannya .

Kami berkata : “Wahai Rasulullah, solatlah untuknya” .. setelah berjalan beberapa langkah Rasulullah صلى الله عليه وسلم berpaling dan bertanya :

‘Adakah māyāt ini mempunyai hūtang ?’

Kami berkata : Ya, dia mempunyai hūtang 2 dinar.

Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم pun beredar .. Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak mahu menyolatkannya

Dalam riwayat yang lain Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata :

‎قَالَ صَلُّوا عَلَى صَاحِبِكُمْ

“ Biar kalianlah yang bersolat atas jenāzāh sahabat kalian..”

Lalu Saidina Abu Qatadah رضي الله عنه berkata :

‎فقال أبو قتادة: الدنياران عليَّ

Wahai Rasulullah, aku tānggung hūtang 2 dinar itu ..

Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata :

‎قد أوفي الله حق الغَريمِ وبَرِئَ منهما الميِّتُ؟

Telah sempurna haknya dan telah bebas si mātī daripadanya ?

Saidina Abu Qatah رضي الله عنه berkata :

‎قال: نعم، فصلَّى عليه

Ya wahai Rasulullah . Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم pun solatkannya

Bila tiba keesokkan harinya, Nabi صلى الله عليه وسلم bertanyakan kepada saidina Abu Qatadah رضي الله عنه : ‘Kamu sudah selesaikan 2 dinar itu?

Saidina Abu Qatadah رضي الله عنه berkata : Ya Rasulullah , sesungguhya dia baru menīnggāl semalam.

Pada hari berikutnya Nabi صلى الله عليه وسلم bertanyakan lagi, lalu saidina Abu Qatadah رضي الله عنه berkata : ‘Aku telah langsāīkan hūtang 2 dinar tersebut wahai Rasulullah..

Lalu Nabi صلى الله عليه وسلم berkata :

‎الآنَ برَّدْتَ عليه جِلْدَه

‘Baru sekarang kamu telah sejukkan kulitanya..

Baru sekarang kamu telah sejukkan kulitnya bila mana telah selesai hūtāngnya.

Seseorang manusia apabila dia menīnggāl dan tidak melangsaīkan hutāngnya, kulitnya tidak akan sejuk hinggalah hūtangnya dilāngsāikan.

Lihat keadaan kita umat pada hari ini, sangat bermudahan dengan yang namanya ‘hūtāng’.. bahkan dipermudahkan pula.. orang dahalu berhūtang atas keperluan hidup .. berhūtang membeli rumah, kereta , motosikal misalnya.

Namun kita hari ini berbeza keadaanya, hūtang dilakukan atas kehendak semata, bukan keperluan.. Dari sebesar perkara hinggalah sekecil perkara.

Apa dia?

lihat masyarakat hari ini, nak beli hāndphone berhūtang, nak beli pekakas rumah seperti periuk dan lain-lain pun berhūtang , kasut, handbag, jam tangan dan pelbagai gādjet semuanya berhūtang.. hūtang, hūtang..

Berhutang lalu tidak langsaikan, kulit tidak akan sejuk .. semoga Allah سبحانه و تعالى‎ pelihara kita

الدن خطير
Hutāng sangat bahāya. Bāhayā!

‎نَفْسُ المُؤمِنِ مُعَلّقَةٌ بِدَيْنِه حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
Jiwa seorang mukmin tergāntung dengan hūtangnya sehingga dilunāskan hutāng baginya.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles