Bagaimana Ingin Mengetahui Bahawa Kamu Ahli Dunia Atau Ahli Akhirat?

Pernahkan kita terpikir, sedang kita duduk sendirian, kita merenung tanya kepada diri kita, ‘aku ini ahli dunīa atau ahli akhīrāt ?

Pernah tak ?

Syaidina Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه di tanya, bagaimana seseorang itu ingin mengetahui bahawa dia ahli dunīa atau ahli akhīrāt ?

ADVERTISEMENT

Dia ingin mengetahui ukuran bagi hal ini .

Cara ingin mengetahuinya adalah dengan melihat kepada diri mu sendiri .

Adakah jika kita ingin menilai seseorang maka kita perlu lihat kepada orang lain ? Tidak

Cara menilai seseorang adalah dengan melihat kembali kepada dirinya sendiri .

ADVERTISEMENT

Lalu bagaimana ?

Kata Syaidina Ali رضي الله عنه :

ADVERTISEMENT

Jika datang kepadamu seseorang yang ingin memberi sesuatu kepadamu dan lagi seseorang lagi datang untuk mengambil sesuatu darimu

( jadi, ada seseorang yang datang untuk memberi hadiah kepadamu dan seorang lagi datang untuk meminta sesuatu darimu )

maka ada dua golongan ..

jika kamu lebih gembira dengan orang yang memberi daripada orang yang meminta , maka ketahuilah kamu tergolong dalam kalangan ahli dunīa ..

manakala, jika kamu lebih gembira dengan orang yang memīnta daripada orang yang memberi sesuatu kepadamu , maka kamu tergolong dalam kalangan ahli akhīrāt .

Kerana manusia itu akan gembira kepada seseorang yang memberi sesuatu yang dia suka ( bina pahala akhīrat ) , jadi jika kamu mahu menjadi ahli akhīrat maka kamu perlu gembira dengan orang yang memīnta sesuatu darimu ( kerana dia membina pahala akhīrātmu )

Ahli Dunīa : Orang yang cintakan dunīa
Ahli Akhīrat : Orang yang cintakan akhīrat lalu dia mempersiapkan diri untuk menghadapīnya

oleh : Syaikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi رحمه الله

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles