Bacalah Surah ‘Lazim’ Ini Sebelum Tidur , Sesungguhnya Surah Ini Ialah Kelepasan Daripada Syirik

Syi’rik adalah perbuatan menye-kutukan Allah سبحان و تعالىٰ dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah سبحان و تعالىٰ.

Do’sa Syi’rik

Syi’rik adalah do’sa besar yang paling besar. Oleh itu, ianya diletakkan sebagai do’sa besar yang pertama daripada 76 do’sa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir. Maka jelas syi’rik merupakan perkara yang sangat diha-ramkan dalam Islam.

ADVERTISEMENT

Firman Allah سبحان و تعالىٰ:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan do’sa syi’rik memperseku-tukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan do’sa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang memperseku-tukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan do’sa yang besar.” (Surah al-Nisa’: 48)

Imam Ibn Kathir رحمه الله  berkata: “Allah Ta’ala tidak akan mengampuni do’sa syi’rik yaitu ketika seorang hamba bertemu Allah dalam keadaan berbuat syi’rik.”

ADVERTISEMENT

Menurut Imam Ibn al-Jauzi رحمه الله pula, Allah tidak akan mengampuni orang yang musy-rik yang ma-ti dalam kesyi’rikan. (Lihat Zad al-Masir, 2/103). Ini bermaksud, jika dia mening-gal dunia dalam keadaan sempat bertaubat, maka dia akan selamat daripada azab ne-raka.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

ADVERTISEMENT

أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ

“Do’sa besar yang paling besar, adalah menyeku-tukan (sesuatu) kepada Allah.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6919)

Jenis-Jenis Syi’rik

Perbuatan syi’rik itu ada bermacam-macam jenis dan tidak semuanya mengeluarkan pelakunya dari agama Islam dan ada yang tidak. Walaupun kesemuanya dikira do’sa besar, tahapnya tidak semuanya sama.

Imam al-Sanusi dalam al-Muqaddimat membahagikan syi’rik kepada enam jenis:

  1. Syi’rik istiqlal : Menetapkan adanya dua tuhan atau lebih yang berlainan seperti akidah Ma-jusi yang mempercayai adanya Ahura Mazda dan Angra Mainyu.
  2. Syi’rik tab’id : Menyatukan tuhan daripada beberapa oknum seperti akidah Tri-niti agama Kris-tian.
  3. Syi’rik taqrib : Beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah سبحان و تعالىٰ dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحان و تعالىٰ.
  4. Syi’rik taqlid : Beribadah kepada Allah سبحان و تعالىٰ kerana mengikut orang lain.
  5. Syi’rik asbab : Menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang bersifat adat seperti berpegang bahawa manusia kenyang kerana makan, dan bukan Allah سبحان و تعالىٰ yang mengenyangkannya.
  6. Syi’rik aghrad : Beramal kerana selain daripada Allah سبحان و تعالىٰ.

Bagi no. 1 – 4, seseorang itu dikira ku’fur secara ijmak. Bagi no. 6, ianya dikira maksiat dan tidak ku’fur secara ijmak. Adapun bagi no. 5, ia memerlukan perincian. Jika ianya disandarkan kepada sebab tertentu semata-mata, maka dia dikira ku’fur secara ijmak. Jika dia meyakini bahawa ianya memberi kesan melalui daya yang dijadikan oleh Allah kepada makhluk, dia dikira fasik dan ahli bid’ah.

Semoga penjelasan ini memberikan kita kefahaman tentang syi’rik dan lebih berhati-hati dalam tingkah laku kita supaya tidak tergolong dalam golongan yang mensyi’rikkan Allah سبحان و تعالىٰ.

BACA SURAH AL-KAFIRUN SEBELUM TIDUR

Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tentang bacaan yang patut dibaca sebelum tidur.

Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم :

اقْرَأْ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ فَإِنَّهَا بَرَاءَةٌ مِنْ الشِّرْكِ

“Bacalah قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (Surah al-Kafirun), sesungguhnya surah itu ialah kelepasan daripada syi’rik”. (Hadis riwayat al-Tirmizi dan disahihkan oleh al-Suyuti dalam al-Jami’ al-Saghir)

Ayuh kita amalkan setiap hari sebelum tidur. Mudah-mudahan kita terpelihara daripada syi’rik.

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

ADVERTISEMENT

Related articles