Baca Zikir Ini Ketika Memasak, InsyaAllah Hati Suami, Anak Lunak Dan Tidak Degil

Makanan yang dimasak dengan hati yang ikhlas, penuh adab dan terjaga kesuciannya adalah rahsia air tangan ibu solehah dan penambat kasih sayang keluarga.

Perkongsian pada kali ini khas untuk ibu-ibu dan para isteri juga umumnya untuk semua yang memasak..

Memasak ni sangat penting wahai ibu, wahai isteri.. Tok-tok guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak benarkan anak murid makan di luar sebab khuatir termakan makanan yang syubhah atau masakan orang yang tak solat di khuatiri akan mematikan hati.

Ketahuilah makanan yang kita makan itu akan menjadi darah daging kita… seterusnya akan memberi kesan pada amal dan rohani kita..

Maka suka untuk kami kongsi adab-adab memasak dari Kitab Mudzakarah Masturat yang merupakan amalan para Ulama’. Bukanlah satu kewajipan kepada kita akan tetapi ini hanyalah anjuran  Ulama.. Moga masakan yang dimasak menjadi masakan yang Barakah dengan wirid dan doa ini insyAllah…

Mulakan dengan lafaz Bismillah setiap kali memasak.

كلُّ أمرٍ ذي بالٍ لا يُبدَأُ فيهِ ببسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيم فهو أقْطَعُ

Maksudnya: Setiap perkara yang tidak dimulai dengan memuji Allah, maka amalan tersebut akan terputus. (Riwayat Ibnu Majah no.1894)

#1 – Sebaiknya sebelum memasak berwuduk dan solat 2 rakaat. Berdoa minta petunjuk Allah agar dapat memasak yang terbaik dengan hati yang ikhlas..

#2 – Baca Doa Masuk Dapur ( Surah Al-Kahfi ayat 10 )

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

“Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami”

#3 – Doa Mengambil Beras ( Surah An-Nahl ayat 96 )

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

“Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah adalah kekal..”

#4 – Doa Cuci Beras

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ

“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.”

#5 – Doa Letak Beras Dalam Periuk

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

“Segala puji bagi Allah yang telah mmberikan makan setelah lapar.”

#6 – Doa Letak Air Dalam Beras

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

#7 – Doa Mengacau ( lawan ke arah kanan dan lawan arah jarum jam iaitu putaran tawaf )

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

“Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah.”

#8 – Doa Potong Sayur Dan Daging ( Surah Al-Baqarah ayat 71 )

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

#9 – Doa Basuh Sayur

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

“Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah.”

#10 – Doa Menghaluskan Perencah ( Surah Al-Kautsar Ayat 1 hingga 3 )

Kalau tak mampu buat macam ni (seperti di atas) cukuplah sekadar :

  • berselawat,
  • Istigfar
  • dan zikir

JANGAN bercakap hal-hal mengum-pat atau fit-nah atau cerita kebu-rukan-kebu-rukan ketika memasak apatah lagi buka lagu-lagu yang lalai dari mengingati Allah ketika memasak..

Usahakanlah sebaiknya untuk tutup au-rat atau berpakaian sopanlah ketika memasak.. kalau nak kacau lauk atau nak rasa lauk gunakanlah tangan kanan.. InsyaaAllah…

Sila amalkan untuk keberkatan dalam keluarga. InsyaaAllah, supaya beroleh keluarga dan anak-anak yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak.. terutamanya ibu-ibu dan isteri-isteri yang Solehah… Semoga menjadi asbab Hidayat untuk seluruh umat.. Amin

Ustaz Ahmad Farkhan Daie – Muhajir Madani

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles