Baca Surah Ini Sebelum Tidur Setiap Hari Mudah Mudahan Menjadi Asbab Masuk Syurga Satu Keluarga

Berkumpul bersama-sama ahli keluarga adalah salah satu dari kenik-matan nik-mat dunia. Siapa yang tidak bahagia dan gembira ketika semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama semuanya?

Suasana bahagia yang dirasai oleh hati dan tidak dapat digambarkan, tidak dapat digantikan dengan berkumpul bersama kawan atau pun sahabat ra-pat sekalipun.

Kita dapat lihat sebagai contoh suasana ketika menyambut Hari Raya Idul Fitri, kita sendiri dapat lihat suasana orang ramai berpusu-pusu dari bandar ke kampung halaman untuk pulang untuk menyambut hari lebaran bersama ahli keluarga tercinta. Segala persiapan diusahakan agar dapat berkumpul bersama keluarga. Misalnya bersesak sesak untuk mendapatkan tiket pulang ke kampung, meredah perjalanan yang jauh ketika memandu, menghadapi kesesakan jalan raya berjam-jam lamanya. Semuanya itu dilakukan agar dapat berkumpul bersama ahli keluarga.

Perlu diketahui bahwa semua kebahagiaan dan kesenangan yang ada di dunia, akan ada pula dan disediakan oleh Allah di syurga. Semua kenik-matan dan kebahagiaan yang diinginkan oleh manusia di dunia, akan ada di syurga kelak.

Allah berfirman,

ﻭَﻟَﻜُﻢْ ﻓِﻴﻬَﺎ ﻣَﺎ ﺗَﺸْﺘَﻬِﻲ ﺃَﻧْﻔُﺴُﻜُﻢْ ﻭَﻟَﻜُﻢْ ﻓِﻴﻬَﺎ ﻣَﺎ ﺗَﺪَّﻋُﻮﻥ

Di dalam syurga kamu memperoleh apa (segala kenik-matan) yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa (segala kenikma-tan) yang kamu minta. (Fushshilat: 31)

Hanya saja hakikat namanya boleh jadi sama akan tetapi kenik-matannya tentu berbeza, jauh lebih nik-mat di syurga.

Diantaranya, tentunya kenik-matan di dunia berupa berkumpul dan masuk syurga bersama keluarga, juga telah Allah SWT sediakan.

Allah berfirman,

جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ

(yaitu) surga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama orang-orang saleh dari bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya.(Surah Ar-Ra‘du: 23).

Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan maksud ayat ini bahwa Allah akan mengumpulkan seseorang bersama keluarganya, orang tua, isteri dan anak-cucunya di syurga. Ini adalah dalil satu keluarga boleh masuk surga bersama.

#– Berikut adalah perkongsian daripada Ustazah Asma Harun cara untuk  masuk syurga berjemaah (bersama keluarga)

Amalkan surah Ar-Rahman ayat 1-4

Maksudnya : (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya (1) Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran (2) Dia lah yang telah menciptakan manusia; -(3) Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (Surah Ar-Rahmaan : 1-4)

Caranya :

  • Sebelum tidur letakkan tangan atas kepala anak-anak dan baca (ayat 1 hingga 4) Surah Ar-Rahman.

Boleh dengar penjelasan lanjut video dibawah :

Semoga kita semua boleh melangkah masuk ke dalam syurga bersama keluarga yang kita cintai.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Related articles