Kalau ada rasa kecil hati dengan anak, ada rasa macam-macam jangan sampai syaītan masuk dalam rasa itu, dalam ( مجرى الدم ) aliran darāhku, berkatalah yang baik dan bacalah doa ini
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا وَ تُبْ عَلَيْنَآ
Kalau ada rasa dengan siapa-siapa pun bukan dengan anak-anak sahaja ya, cepat-cepat baca
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا وَ تُبْ عَلَيْنَآ
allhummagfirlana warhamna wa tub alaina
Ya Allah ampunkanlah kami, kasīhanilah kami, dan terima taubat kami
Ustazah pernah tuan puan, anak baik Alhamdulillah, anak-anak yang baik tetapi biasa Allah سبحانه و تعالى uji kadang-kadang dan ini adalah pengajaran untuk kita sebagai mak ayah ye supaya jaga tutur kata.
Kadang-kadang sebagai ibu yang tuan puan kita mudah kecik hati. Setuju tak?
Terutama ibu-ibu yang makin berusīa ni ye.. mungkinlah. Kita selalu salahkan hormōn kan.. tak tahu lah sebenarnya salah siapa? Tetapi yelah kadang-kadang jadi moōdy sangat. Mudah kecik hati.
Tuan puan sekali benda itu pun ustazah lalui, kata Ustazah Norhafizah Musa
Suatu hari anak ustazah itu hendak balik ke asrama, jauh tempat dia. Jadi ustazah mengambil kira dia nak balik, walaupun ustazah ada program pagi dan petang. Ustazah usahakan juga dengan bantuan Allah untuk sampai dirumah tengahari.
Jadi, ustazah balik juga. Santuni anak yang nak balik ke sekolah, ke asrama ni. Jadi, bila sampai rumah tuan puan sekalian. Suami ustazah bagi duit belanja pada anak tu melalui ustazah. Jadi, ustazah tak bagi langsung duit macam tu, malah ustazah cari kot ada beg beg kecik kecik kan sebab nak menyantuni tu sebab tak nak bagi duit macam itu je.. tak nak. Bagi dia beg kecik cantik dalam itu. Kita berpikir sebagai seorang ibu menyantuni, cari beg kecik untuk masukkan duit belanja tersebut nak beri kepada anak.
Apabila anak masuk dalam bilik ustazah, dia nak ambil barang.. ustazah bercakap dengan dia tapi dia tak jawab.. Kita bercakap, bertanya kan, tapi dia tak jawab.. senyap je..
Tuan puan suka tak anak-anak buat macam tu?
Kita pun rasa hairan apa lagi yang tak kena kan? Jadi dia senyappp.. Ustazah pun mula naik angīn..
Eh! Ustazah pun naik angīn? Eh, naik jawab Ustazah Norhafizah Musa
Kita manusia biasa, boleh naik angīn.
Jadi, ustazah muka rasa, Ishh gerāmnya.. (rasa geram dalam hati), kita sampai balik nak menyantuni dia tiba masa kita bercakap dia senyap.
Ustazah pun bila dia senyap malas lah ustazah nak bercakap dah kan.. tanya juga dia.. ‘kenapa ni? kenapa ni kakak? kenapa senyap je..? dia pun senyapppp
Jadi ustazah pun rasa la naik angin tu. Ustazah pun dah siap-siap untuk program petang, jumpa dengan ustaz. Ustazah kata,
“takpe lah, abang bagi lah duit ni kat dia..”
dah letak dalam bekas, dah lawa dah ni nak bagi..
Ustaz kata kenapa tak nak bagi? Takpelah, taknaklah jawab ustazah.
Jadi ustaz pun tahu, ni adalah benda tak kena. Jadi ustaz kata jangan pergi kecuali pergi dulu dekat anak. Selesaikan, jangan pergi dalam keadaan macam ini, selesaikan.
Tapi ustazah pula berfikir, anak itu patut selesaikan dengan ustazah. Masa ini, orang merajuk memang pikir macam tu.
Jadi ustazah berfikit, Eh.. dia nak balik, dia nak keluar, dia patut selesaikan dan dia tahu ustazah nak keluar dah ni. Dalam hati ustazah kalau ada dalam perjalanan nak keluar pintu kang dia ada ustazah salam. Kalau dia takda ustazah tak cari.
Ini cerita orang merājuk tuan puan. Kalau masa normal kita tahu pertimbangan bagus, tapi ini orang tengah merajuk. Sebab dalam hati ustazah..
“Ya Allah, nak .. ummi sampai balik nak menyantuni kamu ..rasanya ummi tak pernah kat wan macam tu, mak kita.. rasanya lah.. tak pernah bila mak bercakap dengan kita, kita tak layan.. tak pernah rasanya…”
Jadi rasa macam, ‘Ya Allahhhh.. pasal apa pula anak jadi macam ni? ‘
Ok, Alhamdulillah dalam perjalanan nak pergi kat pintu tu ada anak tu dah siap tu.. Jadi ustazah pun salam dengan dia. Tapi maklum lah orang merajuk, salam dia lain. Kalau tak merajuk salam tu berpelūk-pelūk sampai tak lepas tak tahu bila mak nak lepas dulu ke anak nak lepas dulu. Memang kita sayang sangat dengan anak.
Kadang rasa tuan puan tak nak lepas anak menuntut ilmu jauh-jauh, nak tengok anak itu membesar depan mata, nīkmat.
Tapi tak boleh macam itu ye, Jadi hati itu merajukkan ustazah pun salam macam touch N go je lah hujung-hujung jari. Salam macam ni dan takda peluk-peluk dan anak ni pun macam yela dia mungkin takut juga kan, tengok mak macam marah kan ye.. Jadi, ustazah pun pergi dan sempat cakap dengan ustaz,
“Abang tolong nasihatkan anak kita jangan buat mak dia macam ni..”
Kita sayang anak itu kan, anak tu baik tetapi bila jadi macam itu dia lain sedikit. Ustazah paham tuan puan jika mak datang mengadu jika anak-anak yang melawan.. ustazah tahu dia punya bīsa itu lebih berbīsa daripada pīsau yang menghīrīs hati kita. Terlalu bīsa, bīsa yang amat.
Bila anak buat sesuatu pada mak ayah ia terlampaū bīsa rasa dia. Jadi, tuan puan ustazah pergi ceramah balik, jumpa balik dengan ustaz. Ustaz pun panggil ustazah..
Ini dah masuk sesi nasihat menasihat
Ustaz kata, “Tahu tak sebenarnya apa yang berlaku?”
Ustazah pun katalah, anak tak nak jawab bila bertanya kan..
Ustaz kata tadi dah tanya dah dengan anak tersebut dan dia telah meluahkan dan dia menangīs bercakap dalam kereta sebelum sampai di station bas.
Dia kata, sebenarnya abi.. dia terlalu sedih nak meninggalkan abi dan ummi. Terlampau sedīh, jadi bila terlalu sedīh tu kan nak pandang ummi pun rasa tak sampai hati sebab apa? sebab tak nak rasa kebêratan untuk pergi menuntut ilmu, nak kan kekuatan tu tapi dia kata bila ummi cakap macam ni
“best la orang nak balik asrama..”
dia kata dia takda perkataan dia nak jawab dan sebenarnya dia kata dia nak pergi solat tapi dia takda perkataan nak jawab sebab apa? sebab memang sebenaranya hatinya Ya Allah.. puas minta pada Allah kuatkan hatiku semangat menuntut ilmu ini.. Sebab sayu syahdu nak tinggalkan ummi dan abi.
Tapi dia kata lagi, ummi terlampau pantas, terlampau cepat jadi ruang untuk menceritakan itu dia rasa tak sesuai. Dia tahu ummi nak pergi program, dia tahu ummi nak cepat juga, ummi nak solat zohor.. ummi nak makan. Jadi dia tak sempat nak menguruskan masa itu dan dia kata dia tawakal kepada Allah dan dia sebut Allah mengetahui dalam hati kakak. Kakak takda niat nak menyakītī hati ummi.
Jadi dia kata, abi tolong cakap dengan ummi.. Tolong restui kakak sebab kakak tidak akan ada daya untuk menuntut ilmu Allah jika tidak bersama dengan doa abi dan ummi.
Jadi tadi memang terkīlan sebab kakak nak pelūk sekuat-kuatnya, seerat-eratnya ummi tapi kakak tahu masa itu tidak sesuai.
Jadi macam mana ustazah dengar … “Ya Allah, aku ini mak jenis apa? Mak ketogeri apa ye..? Anak aku bukan buat benda durhāka.. “
Kita cuma salah faham tuan puan. Ini orang putih panggil “mīssed communīcation “ kita cuma salah faham. Utsazah kata apa …
“Ya Allah, self fish nya aku Ya Allah … Ya Allah , aku ini mak ketogeri apa? “
Kita belum sampai Allah uji tuan puan, anak itu ya Allah ya Tuhan.. ada orang-orang yang Allah uji nak sebut pun takūt kena kat kita. والعياذ بالله
Ada ibu-ibu yang Allah uji anak dia penagīh dadāh tuan puan sekalian. Ini cerita betul. Anak dia penagīh dadāh. Dekat tubuh badan habis kudīs-kudīs.. Ustazah rasa mungkin dah kena hīv kot. Orang keliling tu apa tak kata pada anak dia. Kalau anak dia pergi kat restoran berdekatan tu orang tak masuk restoran tu nampak kudīs-kudīs pada badan anak dia. Tapi apa suami.. ayah kepada anak lelaki itu berkata,
“Anak dia tidak makan di restoran pun, anak dia sentiasa setiap hari mana-mana pun akan balik makan kat rumah sebab ibunya akan santuni anak makan kat rumah macam anak itu CEO Petronas. Tapi anak itu penagīh dadāh tuan puan. Badan penuh kudīs tapi mak tu tetap santuni anak bagi makan yang elok-elok supaya anak tidak makan kat restoran kan kesian orang tak makan di kedai makan. Mak tu boleh buat. Nak kata sakīt mata, sakīt tengok anak. Nak kata sakīt telinga, sakīt hati, semua sakīt. Tapi sabarnya mak itu nak badingkan dengan ustazah dengan ujīan tadi.
Ustaz bagi cukup-cukup la, braīn wāsh .. MasyaAllah. Mana kekuatan kita.
Siapa yang kebih dewasa, kita ke anak? kita yang lebih dewasa. Siapa yang lebih matang. Kita ke anak? Kita
Siapa guru siapa murid? Kita guru anak kita ibarat murid.
Tapi kenapa kita dengan mudah ye.. mudahhh terlūka dengan anak-anak didik kita sedangkan mereka baru berlajar.
Jadi di situ tuan puan pada hari itu ustazah belajar satu perkara, bila ustaz ajarkan kalau ada rasa kecik hati dengan anak-anak, ada rasa macam-macam jangan sampai syaītan masuk dalam rasa tu, dalam ( مجرى الدم ) aliran darāhku, berkatalah yang baik dan dicadangakan oleh ustaz kepada ustazah untuk sebut
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا وَ تُبْ عَلَيْنَآ
Lepas itu ustazah memang ambil betul buah itu ye tuan puan. Kalau ada rasa apa apa pun, dengan siapa siapa pun bukan dengan anak sahaja.. cepat cepat baca
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا وَ تُبْ عَلَيْنَآ
allhummagfirlana warhamna wa tub alaina
Ya Allah ampunkanlah kami, kasīhanilah kami, dan terima lahi taubat kami
Macam mana datangnya lintasan rasa pedīh tu tuan puan cepat cepat. Kalau tak pedih tu berlarutan, pedih tu berpanjangan. Nanti takūt keluar perkataan tak baik, jangan tuan puan. Ustazah mengingatkan diri sendiri juga. Masa kita marāh.. macam-macam perkataan boleh keluar.
Anak kita bukan anak yang tidak baik. Anak yang soleh, anak yang solehah tapi kadang-kadang kita ini terlalu sensetif sampai perkataan kita tidak bagus, jadi.. sebut selalu
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا وَ تُبْ عَلَيْنَآ
MasyaAllah, sampai bila kita sebut kuat-kuat, maknanya anak-anak tahu kita tengah mārah la tu, lagi baik, lagi bagus cara macam tu kan. Daripada kita mēlayan perasāan dan daripada keluar perkataan-perkataan yang tidak baik.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku