Baca Ayat Ini Di Malam Hari. Nascaya Rumah Tidak Akan Dimasuki Syaitan Sehingga Pagi

Daripada Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه berkata:

مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ، لَمْ يَدْخُلْ ذَلِكَ الْبَيْتَ شَيْطَانٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ حَتَّى يُصْبِحَ: أَرْبَعًا مِنْ أَوَّلِهَا، وَآيَةُ الْكُرْسِيِّ، وَآيَتَينِ بَعْدَهَا، وَثَلَاثٌ خَوَاتِيمُهَا

Maksudnya: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pada satu malam maka rumah tersebut tidak akan dimasuki syai-tan pada malam tersebut sehingga pagi iaitu empat ayat awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan tiga ayat terakhir di dalam surah al-Baqarah”. [Riwayat Imam al-Darimi (3425)]

Hukum Hadith Dan Ulasan

Imam al-Haithami mengatakan bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani dan perawi-perawinya adalah sahih melainkan al-Sya’bi kerana beliau tidak mendengar (hadith) daripada Ibn Mas’ud. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 118/10]

Selain itu juga, Imam Ibn Hajar al-Asqalani menghukum hadith ini sebagai mawquf serta perawinya adalah thiqah dan pada sanadnya inqitha’ (terputus). [Lihat: Futuhat al-Rabbaniyyah, 284/3]

Berdasarkan dua pendapat Imam yang besar ini, kami dapat menyimpulkan bahawa hadith di atas adalah termasuk di dalam kategori dhaif (lemah) kerana sanadnya terputus iaitu al-Sya’bi tidak mendengar hadith ini daripada Abdullah bin Mas’ud.

Tambahan pula, terdapat sebuah hadith di dalam Sahih Muslim berkaitan kelebihan surah al-Baqarah ini dan maknanya seperti hadith di atas:

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه , bahawa Nabi صلى الله عليه و سلم bersabda:

لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Maksudnya: “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perku-buran, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. [Riwayat Muslim (780)]

Menurut Syeikh al-Mubarakfuri mengatakan yang dimaksudkan dengan menjadikan rumah seperti perku-buran adalah rumah yang kosong daripada zikir dan ketaatan maka dengan itu menjadikannya seperti perku-buran atau seperti orang yang ma’ti. Di antara makna lain bagi hadith ini adalah tidak boleh mengebu’mikan orang-orang yang mati di dalam rumah. Akan tetapi, hadith ini menunjukkan pada makna yang pertama iaitu rumah yang kosong daripada zikir dan ketaatan. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 146/8]

Penutup

Kesimpulannya, walaupun hadith di atas adalah mawquf serta terputus pada sanadnya, namun di sana terdapat sebahagian ulama’ yang membenarkan untuk beramal dengannya. Tambahan pula, terdapat hadith lain yang menguatkan hadith mawquf tersebut sebagaimana yang kami nyatakan di atas iaitu daripada sahih Imam Muslim. Di samping itu juga, para sahabat رضي الله عنه tidak akan mengatakan sesuatu melainkan mereka mendengarnya daripada Nabi صلى الله عليه و سلم sendiri. Untuk itu, Nabi صلى الله عليه و سلم bersabda:

فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ

Maksudnya: “Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafa’ al-Rasyidin yang diberi petunjuk (hidayah)”. [Riwayat al-Hakim (329)]

Akhirnya, semoga Allah سبحانه و تعالى memberi kita taufiq dan hidayah dalam beramal serta menerima segala amalan yang kita lakukan. Amin.

والله أعلمُ

Pada hari jumaat ini perbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Kita Muhammad صلى الله عليه وسلم . Moga Allah himpunkan kita bersama Nabi kita di Syurga-Nya…

Baca sighah selawat ini 80 kali selepas solat Asar, disebutkan didalam hadis ‘Diampunkan do’sa sebanyak 80 Tahun..’ << klik untuk baca >>

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Related articles