Baca 2 Zikir Ini Supaya Allah Jaga Suami Kita Dari Buat Perkara Yang Tidak Elok

Suatu hari, Aisyah ditemui ‘Amr bin ‘Ubaid dan ‘Atha. Keduanya berkata kepada Aisyah, “Beritahukanlah kepada kami sesuatu yang paling mengesankan yang pernah engkau lihat pada Nabi Muhammad صلى الله عليه?”

Aisyah berkata, “Adakah sesuatu yang tidak mengesankan pada diri Baginda? Baiklah, ada satu hal yang paling mengesankanku. Pada suatu malam, Baginda mendekat kepadaku hingga kulit beliau bersentuhan dengan kulitku. Lalu Baginda berdiri dan berkata,

“Wahai Aisyah, biarkanlah aku beribadah kepada Tuhanku.”

Aku berkata, “Ya Rasulullah, demi Allah aku ingin dekat denganmu, tetapi aku tidak bisa mencegah keinginanmu.”

“Baginda berdiri lalu solat dan menangis hingga air matanya membasahi janggutnya. Kemudian Baginda rukuk dan menangis hingga air matanya membasahi pangkuannya. Lalu, Baginda bersujud dan menangis hingga air matanya membasahi tempat sujudnya.

Setelah selesai aku berkata, ”Ya Rasullah, bukankah Allah telah mengampuni semua dosamu?”

Beliau menjawab, ”Wahai Aisyah, apakah tidak boleh aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?”

(Hadis Riwayat bukhari, Muslim, at-Tirmizi, al-Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad).

Hebatnya akhlak Rasulullah صلى الله عليه kata Ustazah Asma Harun. Sebab itu saya selalu sebutkan begini pada lelaki sekalian. Memang orang lelaki tidak wajib minta izin nak keluar rumah. Dia boleh keluar je. Tak wajib, tetapi seorang isteri wajib minta izin daripada seorang suami untuk keluar daripada rumahnya.

Ada orang tak puas hati, kenapa pulak? Orang lelaki boleh keluar je macam tu.. orang perempuan kena minta izin?

Saya tanya balik, ” Kalau apa-apa berlaku la kan, hajah pergi shopping pergi beli beg.. tengah seronok bawa beg baru ni, kat escalator tergelupuh, terjatuh ke, tergelincir.. polis akan call siapa dulu? Akan telepon mak ayah kita ke? Polis akan cari suami sebab itu yang paling dekat.

Bila kita melangkah keluar daripada rumah, orang yang bertanggungjawab keatas isteri adalah suami. Sampai dihospital doktor akan cari siapa suaminya dan akan dihubungi. Tiba-tiba suami dapat tahu isteri ke shopping complex. Rupanya on the way balik singgah shopping complex dulu.

Sebab itu wanita yang solehah, walaupun dia minta izin nak keluar ke masjid dengar kuliah misalnya. Dia akan terus balik ke rumah, dia takkan singgah dimana-mana. Kalaupun ada keperluan nak singgah, dia akan call minta izin daripada suaminya.

Rasulullah صلى الله عليه minta izin dengan A’isyah, “Wahai Aisyah, biarkanlah aku beribadah kepada Tuhanku.”

Nak bangun qiamullail, nak tinggalkan isteri dipembaringan, Nabi minta izin bagitau. Tetapi lelaki hari ini, dia main keluar je. Isteri dah hidang, seronok, tiba-tiba dah hilang suaminya.

“Bang, awak kat mana?, Kawan panggil jawab si suami

Sebab itu jika wanita yang minta izin untuk keluar daripada suaminya, atas urusan apa pun dia telah mencontohi akhlak Nabi صلى الله عليه .

Baca 2 Zikir Ini Supaya Allah Jaga Suami Kita Dari Buat Perkara Yang Tidak Elok

Apabila seorang suami keluar daripada rumah, dia perlu jaga maruah dirinya. Dia perlu jaga aib dirinya. Dia perlu batasan-batasannya.

Sebab itu, orang tanya saya.. ‘Ustazah saya risau lah kat suami saya kat luar entah apa yang dia buat? Kadang tu bila kat pejabat saya call banyak kali, tanya kat mana? Boleh buat video call tak nak tengok siapa depan awak?

Suami ni ikut juga mula-mula tu, hah betul kat pejabat. ok..ok.. Tengahari call lagi..’Bang, awak makan tengahari ke? Aah.. ‘makan dengan siapa? Boleh buat video call tak? Nak tengok kot makan dengan perempuan lain.

Kalau boleh nak pasang cctv perati suami buat apa.

Kita tak boleh nak kawal, nak awasi, tak boleh nak cek selalu. Tetapi kita da CCTV yang lagi hebat. CCTV Allah.

Allah Ya Bashir – Yang Maha Melihat, Allah Ya  Syahid – Yang Maha Menyaksikan. Allah Ya Samik – Yang Maha Mendengar. Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin – Yang Maha Menjaga dan Yang Maha Mengawasi

Habis tu Ustazah, saya nak buat macam mana? Saya risau la suami saya ni. Lagi risau lagi menjadi balas ustazah.

Serahkan tawakal jagaan suami itu kepada Allah سبحانه و تعالى . Amalkan lah zikir :

‘Ya Hafiz’ ‘Ya Muhaimin’ – Ya Allah Yang Maha Menjaga, Yang Maha Mengawasi, aku serahkan suamiku ini untuk dijaga dan diawasi oleh Mu Ya Allah

Kalau suami nak buat perkara yang tak elok dipejabat. Allah akan campakkan rasa berdo’sa, rasa bersalah. Allah akan halang sebab jagaan Allah lebih baik daripada kita.

Ya Allah, aku serahkan suamiku ini dalam jagaan Mu Ya Allah, selamatkan dia pergi dan balik kerja Ya Allah.

Allahuakhbar. Indahnya hidup kalau kita bergantung kepada Allah سبحانه و تعالى . Hati kita akan tenang.

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles