Ayam Rebus Chilli Oil Ni Memang Sedap, Kecur Air Liur Dibuatnya!

Nampak sedap betul ayam rebus chilli oil ni kan? Kecur lidah dibuatnya.

Nak menyediakannya juga ringkas, cepat dan mudah. Yang baru nak belajar masak pun boleh cuba. Hidangan ini juga antara menu yang sihat dan rendah kalori kerana kurang penggunaan minyak.

Jom kita lihat perkongsian resepi di bawah ini.

BACA JUGA: Buat Dry Chilli Pan Mee Ikuti Resepi Ni, Memang Sedap. Restaurant Kopitiam Pun Tak Leh Lawan!

RESIPI AYAM REBUS CHILLI OIL

Selalu duk makan dumpling dengan chilli oil, kalini rasa nak try ayam rebus herba dengan chilli oil ni. Ya Allah sedap sangat! Meh nak share resipi.

ayam rebus chilli oil

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam
  • Halia
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Daun bawang
  • Kiub ayam
  • Bay leaves atau daun salam

BAHAN-BAHAN CHILI OIL:

  • 4 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar chili flakes
  • 1 sudu bijan
  • Gula, garam & secukup rasa
  • Minyak
  • Daun bawang
  • Bay leaves / daun salam

Nak beli Chili Oil yang halal dan sedap kat sini 👉🏻 Kaijia Signature Chilli Oil (Halal)

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Rebus ayam bersama semua bahan di atas lalu ketepikan.

2. Letak dalam mangkuk 4 ulas bawang putih yang dicincang, 3 sudu besar chili flakes, satu sudu bijan, gula, garam dan secukup rasa.

3. Panaskan minyak, masukkan daun bawang, bawang dan bay leaves. Ambil minyak tu masukkan dalam mangkuk tadi. Siap!

4. Sediakan mangkuk letak cendawan enoki dulu, lalu susun ayam yang dipotong, hirisan lada dan chili oil.

5. Boleh makan dengan kuey tiaw sup Chinese style pun sedap! Siap!

Menarik dan mudahkan menu ni? Selamat mencuba semua!

Sumber/Foto : Linda Safar

Related articles