Ayam Masak Rose, Resipi Dari Tukang Masak Kenduri Sendiri. Memang Sedap & Menjadi!

Ayam masak rose ni antara menu hidangan wajib yang kebiasaanya dimasak semasa kenduri-kendara orang dulu-dulu.

Resepi perkongsian Mariana Abd Majid ni adalah resepi yang beliau dapat daripada tukang masak kenduri sendiri.

Biasanya jika resepi daripada tukang masak kenduri ni memang confrim sedap la rasanya. Mari ikuti perkongisan resepi di bawah ini.

BACA JUGA : Cara Buat Acar Rampai Yang Rangup Dan Sedap, Lauk Kenduri Pembuka Selera. Ini Caranya!

RESIPI AYAM MASAK ROSE

Ayam masak rose resepi ni kami dapat dari tukang masak kenduri. Dulu-dulu kan gotong royong time masak.

Kami kongsi sama-sama dengan ampa. Kita tambah ilmu dalam masakan. Semoga bermanfaat buat ampa semua na. Ok, la ni dia resepi ayam masak rose untuk ampa semua.

Ayam masak rose

BAHAN-BAHAN :

  • Ayam
  • 4 sekawan
  • Serai 2batang (diketuk)
  • Daun pandan 2helai (disimpul)
  • Cili kering (direbus dahulu)*
  • Carrot (sebatang)*
  • Tomato(sebiji)*
  • Bawang besar 3 biji*
  • Bawang putih5 @6 ulas*
  • Halia (hiris)*
  • Serbuk kas kas
  • Serbuk badam (badam biji tu kisar halus)
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk cili
  • Susu cair (setengah tin)
  • Susu pekat 1 camca
  • Tomato pure
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Garam kasar
  • Gula
  • Perasa (jika suka)

CARA-CARA MEMASAK :

  1. Basuh bersih ayam. Gaul dengan kunyit dan garam, kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar halus bahan bertanda (*).
  3. Tumis bawang besar yang dihiris, 4 sekawan, serai dan daun pandan sehingga sedikit layu.
  4. Masukkan pula bahan kisar yang pertama dulu (bawang besar, bawang putih dan halia). Tumis sekejap.
  5. Kemudian masukkan pula bahan kisar yang kedua (cili kering, carrot, tomato). Tumis sehingga pecah minyak.
  6. Bila dah pecah minyak, masukkan pula serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk kas kas (satukan semua bahan ini dan jadikan pes).
  7. Masukkan susu cair setengah tin, 1 sudu susu pekat, tomato pure dan tambahkan air. Biarkan sehingga mendidih.
    Ayam masak rose
  8. Masukkan ayam, serbuk badam, garam, gula dan perasa.
  9. Masak sehingga kepekatan kuah yang kita nak. Tutup api, tabur daun bawang dan daun sup.

    Ayam masak rose

Siap! Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Mariana Abd Majid

Related articles