Mak-mak cuba perhatikan dapur masak gas kat dapur tu. Masa awal-awal beli dulu tip top aje nyalaannya. Kemah keming biru dan cepat waktu memasak. Tapi jika sekarang apinya merah, tungku pun dah berkarat dan bila nak memasak habis hitam bawah periuk dan ‘bontot’ kuali tu.
Itu tandanya dapur gas perlu diservice. Tak perlu tukar atau beli yang baru boleh dibuat kat rumah sahaja. Macam mana caranya?
Mak-mak boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini. Mudah je, orang perempuan pun boleh buat.. dah siap nanti boleh memasak dengan hati yang senang
Nak lagi mudah minta la en. suami yang buatkan.. hehe
CARA SERVIS AIP DAPUR GAS YANG DAH TAK KUAT
Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan. Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?
Sesekali jom kita minta pasangan kita buat kerja rmntik servis dapur kesayangan kita.
ALATAN YANG PERLU DISEDIAKAN :
- Playar
- Paku saiz seinci setengah
- WD-40 (Spray anti karat)
- Pisau
CARA-CARA SERVIS DAPUR
1. Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)
2. Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau.
3. Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)
4. Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)
5. Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal. (Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)
SEBELUM DI SERVIS

SELEPAS DI SERVIS

Sharelah jika bermanfaat pada uolss.
Sumber/Foto: Abdul Ghopar Zakaria Ansari
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Viral Malaysiaku