Apam Johol Daun Rambai, Kuih Tradisi Nogori Yang Super Sedap!

Apam Johol merupakan makanan tradisi yang berasal daripada negeri Sembilan. Kunikkan Apam Johol ini kerana ia dibungkus dengan sejenis daun yang dinamakan daun Rambai yang menjadikan rupanya yang unik dan aromanya yang menyelerakan.

Di nogori kuih ni sedap dimakan atau dicicah dengan rendang atau sambal tumis. Nak menyediakannya juga mudah dan ringkas. Mari ikuti perkongisan resepi di bawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Mudahnya Buat Kuih Abuk-Abuk Sagu Ni. Kuih Nostalgia Yang Sedap!

APAM JOHOL / APAM DAUN RAMBAI

Apam Johol daun rambai nak buat macam mana. Opah gemo hamat apam ni. Aroma daun rambai, rasanya tu kena sangat ngan tekak opah ni hah (tekak org tua katakan). Kalau balik Sahom macam tak sah pulak tak bawak balik daun ni. Tengok tu kemain nyeghoghen Apam Johol opah tu. Satu kepuasan disitu sebab itu identitinya. tersenyum gembira.

Apam Johol /Apam Daun Rambai (oleh Mas Cotek)

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn gula merah
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 1 sdb yis kering (mauripan)
  • 1 1/4 cwn air
  • 2 sdb margerin
    * daun rambai secukupnya untuk membungkus
    * daun pisang pun boleh

CARA-CARANYA :

1. Cairkan margerin (sejukkan)

2. Larutkan gula merah bersama air (tapis)

ADVERTISEMENT

3. Dalam besen besar satukan tepung, gula pasir dan yis

4. Tuang air gula merah dan sebatikan

5. Masukkan margerin cair, sebatikan lagi

6. Perap 3 jam

7. Sapu sedikit minyak pada daun rambai, sudukan 3/4 adunan ke atas daun rambai (bungkus seperti nasi lemak @ pulut inti)

8. Kukus 15min

Siap!

Nota: Rujuk resepi Apam Johol Mas Cotek.. setiap resepi ada berbeza bahan dan cara

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Mas Cotek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles