Adakah Kerajaan Pahang ‘Zalim’ Menebang Pokok Durian Ketika Berbuah? Serta Hukum Makan Durian Dari Tanah Haram?

ADAKAH KERAJAAN PAHANG ZALĪM MENCABUT POKOK-POKOK DURIAN KETIKA TENGAH BERBUAH? HUKUM MAKAN DURIAN DARI TANAH HARĀM?

Oleh : PU Salman

Tindakan ini tepat dan tiada salahnya menurut Islam kerana hadis berikut:

Nabi صلى الله عليه  bersabda:

وَلَيْسَ لِعِرْقٍ ظَالِمٍ حَقٌّ

“Pokok yang ditanam secara zalim (di tanah bukan miliknya) penanam tiada hak keatas pokok tersebut.” (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)

CERITA DISEBALIK HADIS

Pada zaman Nabi صلى الله عليه وسلم   ada berlaku seorang lelaki yang menanam pokok di tanah orang lain. Kisahnya disebut dalam Sunan Abi Daud:

‎عن عروة ابن الزبير أنه قال : ” فلقد خَبَّرَنِي الذي حدثني هذا الحديث : ” أن رجلين اختصما إلى رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم غرس أحدهما نخلا في أرض الآخر فقضى لصاحب الأرض بأرضه وأمر صاحب النخل أن يخرج نخله منها “
‎قال : ” فلقد رأيتها وإنها لتُضْرَبُ أُصُولُها بِالفؤوس وإنَّها لنَخْلٌ عُمٌّ ( أي تامة ) حتى أخرجت منها

Urwah bin Zubair رضي الله عنه berkata:

Sahabat yang meriwayatkan hadis ini telah menceritakan:

2 orang lelaki telah mengadu perbalahan mereka kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم salah seorang mereka telah menanam pokok kurma di tanah seorang lagi. Nabi صلى الله عليه وسلم memberikan semula tanah kepada tuan tanah dan penanam pokok kurma tadi disuruh untuk mengeluarkan pokok tersebut dari tanahnya.

Kata sahabat perawi :

“Aku melihat kejadian itu dimana pangkal pokok kurma itu ditebang dengan kapak-kapak DALAM KEADAAN POKOK KURMA YANG SEMPURNA (BUAHNYA) sehingga terkeluar pokok dari tanah. (Hadis Riwayat Abu Daud – Sahih Lighairih)

Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

مَن زرعَ في أرضِ قَومٍ بغَيرِ إذنِهم فلَيسَ لَه منَ الزَّرعِ شيءٌ ولَهُ نفَقتُهُ

Sesiapa yang tanam ditanah orang lain tanpa izin maka dia tidak berhak mendapat apa-apa dari tanamannya dan dia berhak mendapat upah pembiyaan pokok tersebut. (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)

Ibnu Rusyd berkata:

‎أجمع العلماء على أن من غرس نخلا أو ثمرا وبالجملة نباتا في غير أرضه أنه يؤمر بالقلع

Ulama sepakat bahawa sesiapa yang tanam kurma atau buah-buahan dan tanaman-tanaman pada bukan tanah miliknya dia disuruh untuk cabut. (Bidayatul Mujtahid dan Nihayatul Muqtasid)

Sepatutnya upah cabut itu dibayar oleh penanam durian bukan kerajaan.

Malahan ulama mewajibkan kepada penanam durian haram ini bayar sewa 10 tahun kerana menggunakannya tanpa hak.

Al-Imam Nawawi berkata:

‎وإذا أعاد الأرض كما كانت ولم يبق نقص فلا أرش لكن عليه أجرة المثل لمدة الإعادة

Bila perāmpās mengembalikan tanah seperti sediakala dan tiada kekurangan maka tiada ganti kerugian tetapi dia mesti bayar upah semasa sehingga tempoh pemulangan. (Minhaj)

APA YANG KERAJAAN DAN PENANAM KENA BAYAR?

  • Kerajaan kena bayar : Upah tanam dan penjagaan pokok.
  • Pekebun Hāram kena bayar : Upah cabut dan sewa semasa.

HUKUM MAKAN DURIAN DARI TANAH HARĀM

Ulama memfatwakan harām makan buah hasil tanah yang dirampas atau milik orang lain.

Firman Allah سبحانه و تعالى‎:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salāh… (Surah Al -Baqarah : Ayat 188)

Oleh itu kerajaan Pahang hari ini telah menyelamatkan kita dari makan benda harām. TAHNIAH DIUCAPKAN.

Assalamualaikum
KELAS ONLINE (ZOOM) BERKITAB

Kelas adalah seperti berikut(BOLEH PILIH ATAU AMBIK SEMUA):

KELAS SIANG:

Jumaat (3.00 Petang)

  • kitab Manhajul Qawim Ibnu Hajar (Fekah Ibadat)
  • Kifayatul Awam (Tauhid) . Jumaat 3pm.

KELAS MALAM:

Selasa (9.15 Malam)

  • Umdatus Salik (Fekah Mazhab Syafie)
  • Matan Waraqat (Usul Fekah)

Rabu (9.15 Malam)

  • Riyadus Solihin (Hadis Bersanad)
  • Syamail Muhammadiah (Hadis)

Khamis (9.15 Malam)

  • Jauharah Tauhid (Ilmu Tauhid)
  • Tafsir Ayat Hukum

Ahad (9.15 Malam)

  • Tafsir Jalalain
  • Al-Azkar Imam Nawawi

Terbuka untuk umum semua peringkat. Ada public figure seperti Dato Dr. Fadzilah Kamsah, ahli akademi seperti Dato Seri Awang Sariyan , selebriti dakwah seperti PU Hafiz, PU Akram , Ustaz Don Daniyal, Imam Muda Aran , instafamous seperti Idin Ramli , Player Pro JDT Adam Norazlin, suri rumah dan banyak lagi. Takda basic pun boleh join

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Viral Malaysia Ku

Related articles