:::HUKUM PUASA 10 MUHARRAM SAHAJA:::
1) Sunat berpuasa pada 10 muharram, berdasarkan hadis bahawa ia memiliki fadilat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.
2) Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram mengiringi 10 Muharram kerana ini perintah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam agar menyelisihi amalan kaum Ya.hudi pada zaman Baginda.
3) Ulama juga menyatakan jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharram maka berpuasalah pada 10 dan 11 Muharram.
4) Apakah hukum berpuasa pada 10 Muharram sahaja? Menurut Imam Ibnu Hajar di dalam karya beliau “Tuhfah al-Muhtaj”:
قول المتن (وعاشوراء) ولا بأس بإفراده
Maksudnya: Matan (al-Minhaj) menyebut: “…dan (disunatkan beyrpuasa) ‘Asyura” dan tidak mengapa hanya berpuasa pada hari itu sahaja.
5) Menurut kenyataan di atas, mazhab Syafi’ie mengharuskan berpuasa pada 10 Muharram sahaja walaupun tanpa iringan puasa pada 9 Muharram.
6) Namun yang amat digalakkan iaitu lebih afdal berpuasa sehari sebelum ‘Asyura kerana itu keazaman Baginda pada masa akan datang. Jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharram maka digantikan pada 11 Muharram.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Sumber : Facebook Syed Shahrizan