Apa Itu Kehidupan Dunia? Mari Dengarkan Huraian Yang Cukup Menarik Oleh Sheikh Mutawalli al-Sya’rawi

Sesungguhnya kehidupan dunia itu..

Apa yang dimaksudkan dengan kehidupan dengan kehidupan dunia?

Iaitu kehidupan yang rendah, bila mana kita kehidupan dunia (yang rendah), maka kita tahu pasti ada yang berlawanan dengannya iaitu kehidupan yang tinggi (akhi’rat).

Akan tetapi dunia di sini bukan membawa maksud yang buruk tapi bila kita sebut kehidupan dunia kita jangan anggap ianya kehidupan yang dicela. Kenapa?

Kerana dunia adalah ladang untuk kita mendapatkan hasil diakhi’rat kelak. Bagaimana kamu ingin masuk ke dalam syurga? Bukankah dengan memperbanyakkan amalan di dunia?

Oleh itu, dunia adalah termasuk dalam urusan agama bukan akhirat kerana akhi’rat adalah hari pembala’sannya, ianya adalah hari pembala’san atas setiap perkara yang dilakukan.

Oleh itu, kita pernah katakan sebelum ini bahawa dunia ini penting, maka jangan lupakannya. Kenapa?

Kerana dunia ini adalah persediaan untuk menghadapi hari akhirat. Dunia itu jangan kamu lupakannya, tapi menjadi hi’na kalau kamu menjadikannya sebagai tujuan. Kerana apabila kamu menjadikannya tujuan, ia akan membuatkan kamu lupa akan tujuan kamu yang sebenar.

Cotohnya aku masuk sekolah rendah, kemudian percubaan, kemudian menengah, kemudia masuk ke kuliah (universiti), kemudian aku bekerja, kemudian aku kahwin (mendirikan rumahtangga), kemudian mendapat anak, kemudian.. kemudian kita ma’ti…

Jadi kita tidak boleh jadikan dunia ini sebagai tujuan selama mana kita sebut ‘kemudian’ maka ia tiada penghujungnya, kemudian berlakunya hari kiamat, kemudian mati dan hidup kembali, kemudian kita akan ditentukan samaada ke syurga atau nera’ka.

Tujuan sebenar adalah yang tiada lagi tujuan selepasnya . Jika sesuatu yang berlaku selepas sesuatu itu kita sebut sebagai marhalah (peringkat)

والله أعلمُ

Pada hari jumaat ini perbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Kita Muhammad صلى الله عليه وسلم . Moga Allah himpunkan kita bersama Nabi kita di Syurga-Nya…

Baca sighah selawat ini 80 kali selepas solat Asar, disebutkan didalam hadis ‘Diampunkan do’sa sebanyak 80 Tahun..’ << klik untuk baca >>

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Video : MurtajimClips

Related articles