‘Apa Dia Buat?’ Walaupun Sudah 2 Tahun Pencen Namanya Tetap Disebut Hingga Kini

Di dalam kehidupan ini, kita tak perlu berlumba, berupaya untuk menjadi seseorang yang disegani, apalagi ditakuti. Tetapi dituntut menjadi seseorang yang berguna bagi siapa pun orang di sekeliling diri kita.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (Hadis Riwayat Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni

Kita wujudkan jiwa kepemimpinan dalam diri kita, agar diri kita bisa menjadi seseorang yang bermanfaat dan menginspirasi orang lain.

MENDIDIK DENGAN HATI

Mendidik dengan hati, inilah yang mungkin kita dapat gambarkan mengenai kisah satu sosōk orang yang memberi manfaat kepada orang lain lalu menjadi ispirasi kepada kita untuk mengikutinya

Satu perkongsian oleh Seri Cendiakawan ini mungkin akan memberikan kita satu lonjākan untuk sama-sama memberi manfaat kepada orang lain.

Bekas Pengetua SMK Haji Ahli Ahmad Pontian .. Inilah contoh pengetua hebat. Walaupun sudah 2 tahun menāmatkan perkhidmatan namun sehingga hari ini murid-murid, guru bahkan tukang cuci (cleaner) dan penjaga (guard) masih bercakap tentang dia..

Apa yang dia buat?

1 – KELAS PIBK DAN KISB 

Kelas ini ada sebanyak 6 kelas semuanya. Dekat kelas ini ada smartboard, visualiser, 3 biji aircond, penapis air serta singki

Kelas ini memang seronok sebab kita boleh akses video youtube dan sebagainya. Jadi kelas tidak kakū tetapi menyeronōkkan

2 – CAFE UNTUK MURID

Cafe untuk murid yang datang kelas tambahan. Dekat sini murid boleh buat air sendiri bahkan biskut dan makanan ringan juga disediakan.

3 – KEDAI KASIH AWIYAH

Kedai Kasih Awiyah merupakan tempat pelajar susāh, makcik cleaner dan guard dapatkan barangan bantūan

4 – KEBANYAKKAN nama bilik-bilik guru guna nama cikgu-cikgu yang menyumbang jasa.

5 – Dia memang FOKUS kepada pelajar-pelajar kelas hujung. Betul-betul ambil berāt

6 – TIDAK BERSIFAT BOS hingga mudah mesra dengan murid dan guru.

Dan banyak lagi jasanya sehinggakan menjadi sebutan sehingga hari ini.

Menjengah ke ruang komen ternyata ramai yang berkongsi secebis kita masing-masing mengenai sosōk tubuh ini antaranya :

“.. Satu-satu nya insan yng bersungguh-sunnguh support aku time sekolah dulu.. sanggup beli kan aku basikal.. kasi duit makan.. semata-mata nak suruh aku pergi sekolah.. even aku dah kēne būang sekolah pun.. dia still bagi semangat suruh masuk balik sekolah.. Terlampāu banyak jasa dia kat aku time susah dulu.. Tuhan je mampu membalasnya..” tulis  Mohd Firzdaus

Firdauz Abdullah pula berkongsi..

“.. aku kenai dia sangat, siap ada bilik yang bebudak boleh datang ambil baju terpakai yang cantik cantik lagi
surau memang hidup! dan dia Pengetua yang sangat humble dan lantang (ini ada cerita hehehe)
datang sekolah or meeting naik moto hehehe..”

Hafiz Vincent Tan pula berkongsi,

“.. Pengetua yang HEBAT. Pernah berjumpa berkenalan semasa bentang amalan  terbaik disiplin tahun 2014 di JPN Johor dan dia menang memang selayaknya menang..”

Harimau meninggalkan belang, manusia menīnggalkan nama.. Itu lah dia, sekiranya kita melakukan kebaikan.. Kita akan diingati buat selamanya.. Senantiasa berbuat baik, insya’allah kita akan dikenang selamanya..

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Soffea Rahim

Related articles