Mungkin ada dalam kalangan pembaca ada yang tertanya-tanya apakah perbezaan Al-Masih yang ada pada Nabi Isa عليه السلام dan yang juga ada pada Dājjāl.
Maksud al-Masih pada Nabi Isa عليه السلام
Di dalam Al-Quran Allah سبحانه و تعالى ada menggelarkan Nabi Isa عليه السلام sebagai Al-Masih
Salah satunya, Allah سبحانه و تعالى berfirman:
إِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّـهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ
Maksudnya: (Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhīrat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). (Surah Ali Imran: 45)
Al-Iman Ibn Kathir رحمه الله dalam tafsirnya mentafsirkan firman Allah سبحانه و تعالى
“اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ”
(nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam),
menjelaskan maksudnya nama tersebut masyhur di dunia dan dikenal oleh orang-orang yang beriman. Dinamakan al-Masih, menurut sebahagian ulama salaf kerana Baginda عليه السلام banyak melakukan perjalanan. Ada juga yang berkata, kerana Baginda mempunyai tapak kaki yang rata tidak berlekuk. Dikatakan juga, kerana jika Baginda عليه السلام mengusap seseorang yang menghīdāpī penyākīt krōnīk, maka dengan izin Allah سبحانه و تعالى orang tersebut akan sembuh. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/60)
Al-Imam Ibn Manzur dalam kitabnya Lisan al-‘Arab berkata:
وَقِيلَ: سُمِّيَ بِهِ لأَنه كَانَ سَائِحًا فِي الأَرض لَا يَسْتَقِرُّ،
Dinamakan Nabi Isa عليه السلام dengan al-Masih kerana Baginda banyak mengembara di atas muka bumi serta Baginda عليه السلام tidak menetap pada satu tempat. (Lihat Lisan al-‘Arab, 2/593)
Dalam pendapat lain disebut:
سُمِّيَ بِذَلِكَ لأَنه كَانَ يَمْسَحُ بِيَدِهِ عَلَى الْعَلِيلِ والأَكمه والأَبرص فَيُبْرِئُهُ بإِذن اللَّهِ؛
Nabi Isa عليه السلام disebut dengan al-Masih kerana Baginda عليه السلام mengusap dengan tangannya pada orang yang sākīt, orang yang būtā sejak lahir, orang yang menderītā sākīt kūstā, kemudian mereka sembuh dengan izin Allah سبحانه و تعالى. (Lihat Lisan al-‘Arab, 2/593)
Maksud al-Masih pada Dājjāl
Terdapat lagi satu makhluk yang turut digelar dengan Al-Masih iaitu Al-Masih al Dājjāl. Perkataan al-Masih pada Dājjāl pula tidak disebutkan tetapi berdasarkan kepada hadis Nabi صلى الله عليه yang menyebut berkenaan bacaan untuk berlindung daripada empat perkara ketika bertasyahhud akhir.
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah صلى الله عليه bersabda:
إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu bertasyahhud, hendaklah dia meminta perlindungan kepada Allah daripada empat perkara dengan membaca:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada seksā nerākā Jahānnām, daripada seksā kūbūr, daripada fītnāh kehidupan dan kemātīān, dan daripada kejāhatān fītnāh al-Masih al-Dājjāl.” (Hadis Riwayat Muslim No. 1352)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, Rasulullah صلى الله عليه bersabda:
الدَّجَّالُ مَمْسُوحُ الْعَيْنِ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ كَافِرٌ
Maksudnya: “Dājjāl itu sebelah matanya terhāpus (seolah-olah tidak bermata), tertulis di antara kedua matanya kāfīr.. (Riwayat Muslim No. 7550 )
Al-Imam Ibn al-Athir رحمه الله berkata:
سمي الدجال مسيحاً، لأن عينه الواحدة ممسوحة، والمسيح: الذي أحد شقي وجهه ممسوح، لا عين له ولا حاجب
Maksudnya: “Dājjāl disebut Masih, kerana salah satu matanya terhāpus. Dan al-Masih: ialah orang yang salah satu sisi wajahnya mamsuh (terhāpus), tidak ada matanya dan tidak ada kening.” (Lihat Jami’ al-Usul fi Ahadith al-Rasul, 4/203)
Oleh itu, berdasarkan kenyataan di atas, jelaslah perbezaan perkataan al-Masih pada kedua-duanya tersebut.
Kami cuba mengamati betapa kalimah al-Masih digunakan kepada pembawa kebaikan dan kebenaran. Sedangkan yang satu lagi digunakan al-Masih juga untuk membawa kejāhātān dan kebātīlān serta kēsesātān. Ini banyak kali Allah سبحانه و تعالى ungkapkan dalam al-Quran dan juga terdapat hadith sebagaimana raja yang adil, hakim bijaksana dan amat berkuasa seperti Nabi Sulaiman عليه السلام . Begitu juga terdapatnya pemerintah yang zālīm bahkan mendakwa dirinya tuhan serta menguasai sebahagian besar tanah seperti fīrāun. Ini semua mengajar kita untuk memilih yang baik dan menjarakkan serta menjauhkan daripada yang tidak baik.
Sesungguhnya dan menariknya, kedua-dua al-Masih akan muncul di akhir zaman. Al-Masih Isa dengan kemuliaannya yang dikurniakan Allah bersifat turun dari langit seperti nas hadis sahih. Sedangkan al-Masih al-Dājjāl pula akan muncul dan keluar yang bersifat kebumian dan bukan dari atas yang membawa pelbagai sihir dan kēsēsātān dan akhirnya al-Masih membūnūh al-Masih, yakni al-Masih Isa akan membasmi dan membūnūh al-Masih al-Dājjāl seperti yang dinaskan. Itulah tanda kebesaran Allah سبحانه و تعالى bahawa kebenaran akan mengalahkan kebātīlan.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
> Viral Malaysia Ku <
Rujukan : Pelajbat Mufti Wilayah
Video : ML Studio & Mohammad Hakimi Abdul Mutalib