‘Antara Soalan Yang Paling Banyak Orang Perempuan Suka Tanya’ — Ustazah Asma Harun

Bila sebut tentang ‘ken’tut’ saya pun teringat soalan yang masyhur. Soalan yang paling banyak orang perempuan suka tanya.

Macam mana angin/ken’tut yang keluar pada pintu depan. Alat kema-luan (fa-raj) bahagian depan.

Ramai yang tanya soalan ini, dan saya dah rujuk. Maksud rujuk daripada ceramah/kuliah daripada beberapa orang guru dan rujuk juga beberapa buah kitab. Saya ini sebut nama-nama kitab takda la ingat sangat ujar Ustazah Asma Harun.

Tapi yang bertanya ini adalah wanita (makcik) beberapa minggu lepas. Dia tanya.. Umur dia dah 50 lebih dekat 60 tahun macam tu la..

‘Ustazah, Ustaz kata batal wuduk, solatnya batal. Masalahnya makcik ni bila solat keluar angin pintu depan…’ paham tak pintu depan ni, bukan pintu belakang. Bukan melalui bahagian biasa ni.. soal Ustazah pada hadirin yang mendengar kuliahnya.

‘”.. Jadi makcik ni kadang solat 4 5 kali kena ulang. Makcik dah beli kacip fatimah..’

Dia cakap betul ni.. dia makan macam-macam ubat. Nak bagi ketat balik dia kata. Lepas tu buat senaman tu senaman ni.. pergi urut sengkak la.. saya kata.. ” Makcik, makcik dah umur 60 tahun dah.. macam buat semua tu?”

‘Yela Ustazah, sebab payah sangat..”

Bila solat kita kan melakukan pergerakan. daripada berdiri ke rukuk, pastu rukuk ke sujud.. semua tu kan.. pergerakkan tu banyak. Bila melakukan pergerakkan tiba-tiba akan keluar angin pintu depan. Angin ini keluar daripada alat kema-luan wanita.

Baik.. kita tahu orang perempuan ada 3 luban, Betul kan?

Lubang Belakang – Tempat buang air besar
Lubang Depan – Tempat buang air kecik
dan Lubang Ketiga – Tempak keluarnya anak.

Lubang ketiga ini, lubang ini bersambung dengan rahim. Angin yang keluar daripada pintu depan adalah angin yang keluar daripada rahim. Yang mana orang perempuan satu keadaan dimana rahim dah longgar, rahim dah jatuh. Sama ada orang muda..orang belum berkahwin pun boleh jadi. Akhirnya angin itu boleh masuk . Jadi jawapannya ialah sebahagian besar para Ulama besar mengatakan tidak batal wuduk, tak batal solat angin yang keluar daripada pintu depan. (Sebagian ulama juga menyatakan batal solat)

Beginilah.. siapa yang nak berpegang pada pendapat yang batal wuduk, batal solat angin yang keluar melalui pintu depan.. tafadal, silakan.

Jika tanya saya.. saya berpegang pada pendapat yang tidak batal. Dan ini juga termasuk dalam keadaan الضَّرُورَاتُ تُبِيحُ الْمَحْظُورَاتِ iaitu bila berlaku kesukaran akan ada kemudahan.

Ia juga berkaitan apa contoh keadaan yang lain lelaki/perempuan ada penyakit kencing tak lawas. Penyakit dedah kecing tak lawas. Lepas buang aie kecil rasa nak buang lagi. Dah solat tak rasa apa-apa kelaur je.. Pergi jumpa doktor, doktor kata kemutan bahagian pundi kencing tu dah tak kuat.

Jadi bila sebelum solat, dia bersihkan dahulu. Pakai pakaian yang bersih, tengah solat keluar (air kencing).. maka tak batal solat dia, dah termasuk dalam keadaan tidak mampu di kawal. Diluar kebiasaan.. dia sakit. Sama juga dengan masalah istihadhah.

Bagi mereka yang ada masalah seperti ini, mereka perlu segera solat selepas ambil wuduk. Tidak boleh berlengah-lengah. Syaratkan angkat wuduk dan terus solat.

Disini kami serta dalil/hujah qaul (pendapat) yang mengatakan tidak batal wuduk:

Mereka berpendapat bahawa angin yang keluar daripada fa’raj wanita atau qu’bul lelaki itu tidak berasal daripada na’jis, sebaliknya berlaku kerana pergerakan otot, justeru ia bukan ‘ken’tut’, angin na’jis dalam erti kata sebenar.

Berkata Imam Ibn Abidin daripada Hanafiyyah: “Tidak batal wuduk dengan keluarnya angin daripada qu’bul dan za’kar, kerana sesungguhnya hal itu hanyalah ikhtilaj (pergerakan otot) yakni bukan angin ken’tut secara hakikatnya, kalau angin ketut sekalipun, ternyata ia tidak muncul daripada na’jis, justeru tidak batal wuduk.”

Rujuk al-Bada’i al-Sana’i (1/25) oleh Imam al-Kasani

Berkata Syeikh al-Dardir daripada mazhab Maliki: “Jika keluar sesuatu yang biasa keluar di tempat-tempat yang tidak biasa ia keluar, seperti keluarnya dari mulut, keluarnya kencing daripada du’bur, keluarnya angin daripada qu’bul, meskipun qu’bul perempuan, atau daripada suatu lubang tebukan (di badan), maka hal itu tidak membatalkan wuduk.”

Rujuk al-Syarh al-Kabir ma’a Hasyiah al-Dusuki (1/118)

Kesimpulannya :

Keluarnya angin dihadapan yang juga dikenali sebagai ken’tut fa’raj, jika berlaku batal wuduk dan solat. Namun jika semasa dalam solat sahaja ia hadir, ia umpama was-was yang datang dari syai’tan. Kalau selalu berlaku, di dalam dan luar solat, dihu’kum seperti wanita yang keputihan yang mana hendaklah orang berkeadaan demikian melakukan wuduk ketika hendak dekat-dekat/setelah azan. Dipanggil wuduk dhoruri.

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Video : Ustazah Asma Fans

Related articles