Antara rahsia khusyuk di dalam sujud
Semua orang boleh buat dan rasaī kelazatānnya sendiri insyaAllah :-
(1) Turun dari kedudukan i’tidal dalam keadaan tenang dan perlahan-lahan.
(2) Apabila sudah sujud, jangan tergesa-gesa untuk ucapkan apa-apa zikir lagi seperti yang kebiasaannya kita buat. Cuba tenangkan fikiran dahulu, ambil sedikit masa dalam 10 saat lebih kurang atau lebih, sehingga dirasa pernafasan sudah semakin lembut, perlahan, dan menyamankan. Hinggalah dirasa keadaan sekeliling yang tenang, hingga suasana sekitar terasa kesunyiannya, tenangnya hingga kita dapat mengira bunyi denyutan jantung kita, hingga dapat mendengar bunyi detik jam dinding kita, hingga seakan-akan masa sedang terhenti, yang wujud ketika itu hanya kita dengan Allah سبحانه و تعالى.
(3) Biarkan diri berada di dalam keadaan tersebut, jangan sekali-kali mengucapkan apa-apa zikir lagi. Tetaplah dalam keadaan demikian hingga dirasakan bahawa kita betul-betul sedang mengerjakan sujud. Kalau tidak dirasai, cuba hadirkan hati kita bahawa kita sedang melakukan sujud, hingga kita merasai bahawa ketika itu kita sudah benar-benar sedang sujud pada Allah, dan segala urusan dunia telah kita tinggalkan dibelakang dan tidak menoleh lagi ke arahnya. Ini berbeza sikit dengan sujud yang kebiasaanya kita buat, kerana sujud biasa yang dibuat kalut-kalut, biasanya hanya tidak lebih untuk menunaikan rukun yang wajib dalam solat sahaja.
(4) Kekalkan diri dalam keadaan demikian, kemudian mulalah hadirkan dalam di dalam hati kita, akan kerendahan setiap anggota badan kita. Hinggalah kita dapat rasakan bahawa bukan setakat tubuh badan kita sahaja yang sedang bersujud, tetapi jiwa kita juga sedang bersujud, fikiran kita juga sedang bersujud, jantung kita juga turut berirama mengikut rentak sujud, darah yang mengalir juga sedang bersujud, hinggalah dirasa segenap tubuh badan kita, segala anggota luar dan dalam, termasuk hati kita sedang bersujud kesemuanya kepada Allah سبحانه و تعالى.
(5) Apabila telah dirasa segala keadaan yang demikian, hinggakan diri terasa dalam keadaan sungguh terhina, kepala yang jatuh ke satu aras sama tinggi kedudukannya dengan kaki, jatuh serendahnya ke bumi tanda penyerahan penuh dan kehinaan di hadapan Yang Maha Tinggi dan Agung, maka ketika itulah baru gerakkan bibir kita seraya mengucapkan perlahan-lahan سبحان ربي الأعلى و بحمده , dengan hati yang serendah hinanya, sambil menghayati sepenuh maknanya :
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi, dan segala pujian bagiNya.” .
Ya Rabb.., Ketahuilah ketika itu, pasti kita akan merasai betapa lazat dan bermaknanya ucapan yang dikeluarkan dari hati yang penuh murni dan ikhlas. Satu perasaan yang mungkin tidak pernah kita rasainya sebelum ini pada ucapan tersebut.
(6) Dan selepas itu, rayulah pada Allah سبحانه و تعالى sepuasnya apa hajat kita, ceritalah sekalian apa pendertaan kita, sampaikan rasa cinta dan kasih kita kepadaNya ketika itu, pujilah Allah sebanyakNya, doalah segala apa yang diingini. Ingatlah dosā – dōsa yang kita pernah buat lalu pohonlah pengampunan Allah padanya. Dan ketika itu, sudah pasti kita akan dapat merasakan perasaan benar-benar sedang berada dekat disisi Allah سبحانه و تعالى, sedang hampir kepadaNya, sedang benar-benar berbicara denganNya, sedang benar-benar menghadap pada Sang Pencipta yang Maha Agung dan Mulia.
(7) Jangan kalut-kalut ketika malafazkan ‘Subhana rabbiyal a’la wa bihamdih’, dan jangan juga cepat-cepat baca semata-semata untuk genap 3 kali bacaan kerana menunaikan apa yang dituntut seperti yang biasa kita buat. Sebaliknya baca perlahan-lahan dengan penuh menghayati maknanya. Kerana manusia ketika sujud, seringkali yang terhadirnya di dalam hatinya bukanlah makna atau penghayatan lafaz ketika sujud, sebaliknya yang hadir adalah usaha untuk mengira jumlah lafaz sujud sahaja untuk memastikan betul di ucap sebanyak 3 kali, tak lebih dari itu. Penghayatannya pula ntah ke mana. Moga Allah سبحانه و تعالى ampunkan kita.
Pesanan:–
*Kalau tak percaya, try sekali, InsyaAllah pasti akan merasai manisnya sujud. saya yakin jika betul-betul dibuat, maka 5 minit pun kita rasa belum puas untuk sujud pada Allah. Kadang-kadang masa yang lebih dari itu terasa berlalu dalam keadaan kita tak sedar, seperti berlalunya ia bagai sekelip mata. Kalau buat betul-betul, sujud 1/2 jam pun takkan rasa apa-apa lenguh bahu atau sakit pinggang. Sebaliknya pula kita akan sedar mengalirnya air jernih yang suam-suam panas tiba-tiba membasahi mata kita, moga ianya menyucikan segala dosa-dosa yang ada, dan menyelamatkan kita di akhirat nanti
*Seperti yang di maklumi, ketika baginda solat di malam hari, sujud baginda adalah lama seperti qiamnya. Moga-moga apa yang dikongsi, adalah hampir dengan apa yang dibuat dan dirasai oleh baginda Nabi صلى الله عليه وسلم, walau untuk menyamainya mgkin adalah jauh sama sekali. Allah yaftah lana.
*Cuma kaedah sujud ini adalah sesuai untuk solat sendirian di malam hari sahaja. Yakni jangan sesekali dibuat pada waktu solat fardhu pula, lebih-lebih lagi yang jadi imam, kerna Nabi tidak berbuat demikian ketika mengimamkan solat. Nanti mengundang fītnah pula. Sekian, selamat beramal.
*Cuba amalkan kaedah ni pada rukun-rukun yang lain juga
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Viral Malaysia Ku
Sumber : Pak Ngah Al-Dimashqy